SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, May 6, 2011

PROSPEK PELAJAR JURUSAN KEMANUSIAAN TINGKATAN 6 (THE FUTURE DEMAND OF ART GRADUATES)

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempunyai sesenarai panjang pilihan untuk menyambung pengajian sama ada tahap akademik lebih tinggi, atau kelayakan kemahiran teknikal dan vokasional. Antara pilihan yang boleh dibuat:

   1   pengajian prauniversiti tingkatan 6: laluan utama kursus ijazah sarjana muda

   2   matrikulasi Kementerian Pelajaran / UIAM / asasi sains UM:  laluan pengkhususan universiti lebih awal

   3   kursus diploma (akademik):  UiTM (bumiputera sahaja), politeknik

   4   kursus diploma (kemahiran teknikal, vokasional):   kolej komuniti, IKM, IKBN, ILP, IPB

   5   persediaan ijazah sarjana muda (foundation), A Level kolej swasta

   6   kelayakan pelesenan:  aeronatik, akademi laut, kulinari

   7   kursus prapekerjaan: akademi bomba, akademi polis, kawalan trafik udara, kolej jururawat, pembantu hospital

Tidaklah menjadi hal untuk memohon pelbagai pilihan pengajian, kemudian baharulah memuktamadkan keputusan. Sebagai individu yang mencapai usia 18 tahun, pengajian yang dipilih sudah pasti mempengaruhi perjalanan hidup dan kerjaya apabila memasuki usia 20-an kelak. Walaupun keinginan untuk bersama-sama dengan rakan karib sedia ada, persediaan untuk mencipta persahabatan yang baharu mesti sentiasa ada.

Jurusan Kemanusiaan Tingkatan 6

Dasar semasa kerajaan ialah nisbah 60:40, iaitu 60 peratus pelajar sains, dan 40 peratus pelajar sastera (kemanusiaan). Pelajar sains ditawarkan pilihan antara fizik dan biologi, di samping wajib mengambil kertas matematik T, kimia, pengajian am dan Muet. Jurusan kemanusiaan pula menawarkan beberapa kombinasi mata pelajaran, misalnya:

1    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Melayu, Sejarah

2    Pengajian Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Pengajian Perniagaan

3    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Matematik S, Perakaunan

4    Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Bahasa Arab, Syariah / Usuluddin

5     Pengajiam Am, Muet, Ekonomi, Sains Sukan, Geografi

Kombinasi mata pelajaran dan penawaran kursus akan berbeza berdasarkan waran yang dikeluarkan kepada sekolah. SMK St. Michael, Ipoh (SMI) misalannya menawarkan pakej 1 dan 2 sahaja. Namun, pelajar masih mempunyai pilihan kursus yang sangat luas untuk mengikuti kursus ijazah sarjana muda. Contoh bidang yang boleh menjadi pilihan:

  1 sastera tulen:  bahasa, antropologi, sosiologi, komunikasi, psikologi, sejarah, geografi, pengajian antarabangsa

     2  sastera ikhtisas:  ekonomi, perniagaan, perakaunan, perancangan kewangan, undang-undang, aktuari

     3   pengajian Islam

Pelajar cemerlang di peringkat universiti (gred purata kumulatif, CGPA 2.75 ke atas) juga berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana (masters) dan doktor falsafah (Ph.D), sama ada secara terus-menerus, atau semasa dalam kerja seperti pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). Pemegang ijazah tinggi tidak semestinya menjadi pensyarah, bahkan mungkin dilamar sebagai pakar runding, atau felo penyelidik agensi kerajaan dan swasta. Kepakaran yang dimiliki mungkin juga menjadi tiket bagi menempa nama dalam bidang keusahawanan dan korporat.

Sebenarnya pelajar jurusan kemanusiaan tidak perlu gusar akan peluang-peluang masa hadapan. Kelayakan akademik memang sangat penting, tetapi proses memupuk sikap yang berupa komponen penting kepimpinan, perkhidmatan dan kesukarelaan juga melengkapkan persediaan menempuh cabaran hidup. Pengajian tingkatan 6 jurusan kemanusiaan tetap relevan sampai bila-bila...

464 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 464 of 464
cikgu azhar said...

W.salam Ikhwan Nasri,

kena ambil diploma bidang sama dahulu melainkan ipts

Unknown said...

Aliran kemanusian ni kt smk benut ke saya nak pndh sekolah benut dan saya mengambil jurusan kemanusian bm ekonomi pp pngajian am muet saya dri sekolah renggam macam mne prosuder nye

Unknown said...

Aliran kemanusian ni kt smk benut ke saya nak pndh sekolah benut dan saya mengambil jurusan kemanusian bm ekonomi pp pngajian am muet saya dri sekolah renggam macam mne prosuder nye

cikgu azhar said...

salam ahmad tarmizi,

isi borang pindah sekolah. dapatkan di pejabat sekolah atau ppd.

Unknown said...

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Cgpa 2.8-2.9 tidak menjaminkan sambung ijazah, pemerhatian ini saya buat melalui senior lepasan stp. jadi saya nk tanya, saya mgambil sub geo, pp, bm sebagai subjek elektif. Apakah kursus yg sesuai kepada saya selain dripada pengurusan dll. Mohon ckgu memberi pencerahan

Unknown said...

Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. Cgpa 2.8-2.9 tidak menjaminkan sambung ijazah, pemerhatian ini saya buat melalui senior lepasan stp. jadi saya nk tanya, saya mgambil sub geo, pp, bm sebagai subjek elektif. Apakah kursus yg sesuai kepada saya selain dripada pengurusan dll. Mohon ckgu memberi pencerahan

Anonymous said...

Kalau nak ambk bidang psikologi,time ambk STPM mmg wajib ambk Sastera Tulen ke bagi pelajar aliran sains time spm dlu?

Azlan Ismun said...

Maaf urgent 24154Dte

My full application MS Visual Basic 4.0 System Library 1.0
https://goo.gl/19Ucqs

Codes for the System Library 1.0
https://goo.gl/FA26WS

Google Profail
https://goo.gl/wZ38Nv

Jin said...

Cikgu pointer nak masuk U melalui stpm brp ?

cikgu azhar said...

Salam,

fatin liyana: bergantung kepada bidang pengajian. ada pelajar yang pngk 2.0 + pun berjaya ke UiTM (mass com), tetapi muet band 4. akhir sekali dipengaruhi oleh markah temu duga.

anon oct 13: mana2 aliran pun boleh. matematik spm kena dapat kredit yang baik kerana psikologi banyak menggunakan analisis kuantitatif

alif azzizul: bergantung kepada pilihan bidang pengajian. kalau mungkin hubungi dekan / penolong pendaftar fakulti yang berkenaan

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
nak tanya, bagaimana mana kalau kita daripada lepasan Diploma untuk jurusan lain dapat tak kita memohon untuk ambil jurusan guru :)

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
nak tanya, bagaimana mana kalau kita daripada lepasan Diploma untuk jurusan lain dapat tak kita memohon untuk ambil jurusan guru :)

c said...

W.salam,

Boleh memohon. pengajian ijazah pertama memang terbuka. cuma mesti memenuhi syarat am dan syarat khas pengajian yang dipohon.

Unknown said...

assalamualaikum cikgu
adakah perlu untuk membeli no. pin untuk kemasukan ke form 6?

Unknown said...

assalamualaikum cikgu
adakah perlu untuk membeli no. pin untuk kemasukan ke form 6?

cikgu azhar said...

W. salam aimannaim,

tidak perlu

hanya perlu semak tawaran di portal kementerian pendidikan malaysia, moe.gov.my

Anonymous said...

saya lepasan stpm bagi subjek bm,geografi,seni dan pengajian am..bidang apa yang sesuai untuk saya melanjutkan pengajian di IPTA?

Unknown said...

Selamat pagi,

Saya pelajar dr aliran sastera, subjek yg saya ambil pengajian am,muet, geografi, sejarah, ekonomi dgn subek tambahan p.seni. Tapi saya nak drop subjek sejarah sbab x ada masa nak belajar subjek lain.. boleh tanya ??apakah kursus yg disediakan di universiti untuk subjek nie selain dr subjek sej??

Unknown said...

Saya ditawar tingkatan 6 jurusan kemanusian...apakah subject yang saya perlu ambil dan bolehkah saya menerima tawaran ini untuk meneruskan cita cita saya yang hendak menjadi seorang lawyer

qish said...

Assalammualaikum cikgu,saya adalah pelajar jurusan kemanusiaan tingkatan 6,cikgu kalau saya ambik pengajian am,muet,ekonomi,pengajian perniagaan,perakaunan .
selepas says tamat stpm,saya boleh sambung ijazah dalam bidang apa?

Anonymous said...

Salam. Boleh saya tanya. Syarat untuk kemasukan tingkatan 6 sekurang kurang nya kepujian dalam matapelajaran bahasa melayu. Keputusan saya mendapat 5 kredit dan memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan.tetapi kenapa ramai pelajar yang mempunyai keputusan yang memnuhi syarat2 tersebut tidak layak memasuki tingkatan 6 malah pelajar yang hanya mendapat 4 kredit layak masuk ke dalam tawaran T6.. boleh memohon rayuan?

Ayunee Jamil said...

kalau nak ambil jurusan fakulti sains dan matematik dekat upsi boleh ke ambil jurusan kemanusiaan mase f6 ? atau kene ambil aliran sains jugak ?

Nuraini said...

assalam cg, cita-cita saya nak jadi pegawai polis dan apakah sbjek yg perlu saya ambil dlm stpm untuk smbung ke mana2 U nnti?

Anonymous said...

Salam, cikgu terima kasih atas maklumat.. saya nak tanya macam mana nak buat rayuan tukar aliran? saya dapat jurusan sains tapi saya nak tukar kepada jurusan sains kemanusiaan. saya lepasan spm 2016

Bilahaniman said...

Assalam cikgu sy nk tanya baru2 ini sy tlah menerima tawaran ke tingkatan 6 dlm bidang kemanusiaan...sekiranya sy ingin menjadi seorang peguam..mataplajaran apa yg perlu sy ambil dan brape pointer yg perlu sy capai utk memudahkn sy menyambung jurusan undang2 di universiti nnti serta apa langkah seterusnya slepas tamat STPM nnti??

Unknown said...

salam cikgu mcm mna dengan pelajar yang merayu pembelajaran sama juga dengan pelajar yang mendapat tawaran

Unknown said...

Selamat sejahtera cikgu. Saya nak tanya jika saya mengambil subjek ekonomi, pengajian am, muet, sejarah, ekonomi. Apakah pilihan kerjaya yang mampu saya dapat di universiti setelah habis STPM?. Dan juga subjek apa yang majoriti universiti menawarkan paling banyak?.

Anonymous said...

Cikgu adakah subjek ict stpm tu susah?

Anonymous said...

Salam. Cikgu, saya dpt tawaran mengikuti Pengajian T6 aliran Kemanusiaan-bermula sesi 2017/2018.Saya ditawarkan utk menyambung pelajaran dlm mata pelajaran pengajian am, muet, sejarah, bahasa melayu. Dan saya juga diberi peluang untuk memilih salah satu mata pelajaran ini iaitu sains sukan dan geografi. Jadi, soalan saya ialah, pada pendapat cikgu antara kedua-dua subjek tersebut, yg manakah lebih baik utk diambil? Dan apakah perbezaan serta kelebihan kedua-dua subjek tersebut. Saya juga ingin mengetahui apakah peluang dlm bidang pekerjaan yg boleh saya mohon? Terima kasih.

cikgu azhar said...

W.salam,

mohon maaf kerana terlewat memberi maklum balas

anon 17, fezi J: bergantung kepada pngk (3.2 +) dan markah temu duga, jika berkaitan. kursus kritikal biasanya 3.8 ke atas. muet minimum band 3

davil jin, bilahaniman: apa-apa subjek pun boleh, termasuk jurusan sains. syaratnya mencatat pngk 3.6 ke atas dan minimum muet band 4

ayunee jamil: mohon terus terus diploma sains upsi tanpa perlu menduduki stpm kemanusiaan. nanti boleh sambung terus B.Sc matematik, dll

nuraini: apa-apa subjek. cuba capai pngk 3.2 + dan muet band 4. ijazah apa-apa pun boleh. serta badan beruniform seperti kadet polis atau tentera pelapis di universiti untuk meningkatkan peluang. perlu memenuhi syarat fizikal (ketinggian, kecergasan dll)

anon apr 22: sudah isi borang? insya-Allah, berjaya

kakak lee: rayuan diproses oleh kementerian pendidikan. keputusan tidak lama lagi

sean pang: bidang pengajian terlalu banyak, begitu juga dengan bidang kerjaya yang boleh diceburi. kadang-kadang seperti tiada kaitan sama sekali.

anon may 4: tidak. 60% markah berdasarkan kerja kursus yang diselia oleh guru / pensyarah masing-masing

unknown: dua-dua setara. apa sebenarnya sasaran sdra? jika pernah mewakili negeri dalam acara sukan eloklah ambil sains sukan. pecahan: pengurusan sukan, kejurulatihan, fisioterapi, dll. geogarafi juga banyak cabang, contohnya fizikal, kemanusiaan, ekonomi, ukur, geologi.

Wallahu a'lam ...





Azhan Fikry said...

Assalam ckg.. saya dlm proses untk pemilihan subjek.. dan saya bercadang untk ambil sub Pngajian Am,MUET,Geografi,Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu,apakah bidang2 yang akan ditawarkan untk mlanjutkn plajaran ke pringkat ijazah nnti? Bleh minta jlaskan?.. terima kasih..

Azhan Fikry said...

Assalam ckg.. saya dlm proses untk pemilihan subjek.. dan saya bercadang untk ambil sub Pngajian Am,MUET,Geografi,Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu,apakah bidang2 yang akan ditawarkan untk mlanjutkn plajaran ke pringkat ijazah nnti? Bleh minta jlaskan?.. terima kasih..

Azhan Fikry said...

Assalam ckg.. saya dlm proses untk pemilihan subjek.. dan saya bercadang untk ambil sub Pngajian Am,MUET,Geografi,Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu,apakah bidang2 yang akan ditawarkan untk mlanjutkn plajaran ke pringkat ijazah nnti? Bleh minta jlaskan?.. terima kasih..

Anonymous said...

W.salam Azhan Fikry,

terlalu panjang untuk disenaraikan

yang penting cuba capai pngk 3.4 dan ke atas, serta minimum muet band 4.

pilihan jadi luas jika pngk terbaik

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

salam...saya pelajar f6 bagi tahun 2017..saya ambil subjek pengajian perniagaan,muet,pengajian am,sejarah dan seni visual...apakah jurusan yg saya boleh sambung utk degree nnti?

Unknown said...

salam..kalau ambil subjek pengajian am,pengajian perniaagan,muet,sejarah dan seni visual..apakah jurusan yang saya boleh ambil utk sambung degree

Unknown said...

Apa subjek yg perlu saya ambil utk smbg degree dlm bidang perakaunan ?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya Nak Tanya saya ambil stpm. Saya belajar geografi, pengajian am, syariah dan ekonomi. Saya boleh ambil jurusan apa di universiti nanti.

cikgu azhar said...

W.salam,

kwon jihyo: rasa dah jawab. pastikan pngk terbaik. pilihan sangat luas

sagittarius yeollie: salah satunya perakaunan. yang lain terpulang, kecuali pengajian am & muet. target mesti A sebab saingan sengit

anon may 28: sama macam jawapan untuk kwon jihyo. malah boleh double major pengajian syariah & ekonomi sebagai contoh

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

cikgu,saya aliran sastera,masih tingkatan 5 tahun ni .saya nak ambil STPM ..tapi subjek ekonomi saya x nak ambil masa STPM nanti..subjek apa saya boleh pilih selain ekonomi?

Unknown said...

cikgu,saya aliran sastera,masih tingkatan 5 tahun ni .saya nak ambil STPM ..tapi subjek ekonomi saya x nak ambil masa STPM nanti..subjek apa saya boleh pilih selain ekonomi?

Badrie said...

Assalamualaikum cikgu saya nak tanya pendapat cikgu...adakah dengan CGPA 2.92 saya layak mengikuti kursus sains kemasyarakatan di usm

Unknown said...

Salam cg. Saya ada ambik subjek Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Syariah. Di universiti nanti apakah bidang yang saya akan dapat?

Unknown said...

Salam cg. Saya ada ambik subjek Peng. Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Syariah. Di universiti nanti apakah bidang yang saya akan dapat?

Unknown said...

Ye

NorHanis_English3 said...

assalam cg.. saya nk tnya jika nak sambung belajar antara kos akaun dgn ekonomi yg mana lagi baik?? sebab saya belajar dua itu dekat sekolah.

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

Shams Addin: Ambil ekonomi pun boleh jika matematik spm gred C dan ke atas. selain itu, banyak pakej lain. wajib hanya pengajian am dan muet. mata pelajaran lain bebas.

Badrie: USM berstatus RU & apex. memang sukar, walaupun tidak mustahil

Hidayah Hakimie: bergantung kepada pencapaian pngk & muet. contohnya jika 3.8 dan muet minimum band 4 boleh mohon undang2 UM.

Hanis Jamil: Bergantung kepada pilihan kerjaya. Kalau sanggup berusaha sedaya upaya sehingga mencapai pngk tertinggi (minimum 3.8) mana2 satu pun o k. Persaingan di pasaran kerja memang sengit. Perlu exceptional termasuk kemahiran insaniah dan kepimpinan

Wallahu a'lam ...

Fizah said...

Assalamualaikum cikgu.
Saya lepasan stpm jurusan kemanusiaan (Peng.Am,Peng.Perniagaan,BM & Sejarah).
Saya taktahu la course apa yg saya patut ambik utk continue on degree. Apa pendapat cikgu ?.

cikgu azhar said...

W.salam hafizh mufti,

kena padankan dengan pngk dan gred setiap kertas. ada bantyak sangat bidang pengajian ...

ahlan wasahlan said...

Saya minat penguatkuasa undang2 jpj..subjek apa yang saya perlu ambik untuk stpm ni?boleh ke saya daftar stpm sebagai calon prsndirian?

cikgu azhar said...

W.salam ahlan wasahlan,

daftar mata pelajaran yang ada potensi pencapaian terbaik. tiada masalah calon persendirian, insya-Allah.

Anonymous said...

assalamualikum cikgu ..saya bekas pelajar spm 2017..Saya mendapat aliran sains sosial dlm ting 6 tetapi di masa ting 5 saya aliran sains cuma keputusan spm 2017 saya melebihi mata yg diperlukan untuk masuk ke sains tulen .
keputusan spm saya{ BM B+} {BI A-}{ Pendidikan islam B+ } {Sejarah B}{ Mt D}{ Pys C}{CHem E}{Bio C}

mohon pencerahan macam mana saya boleh lakukan sebab saya memang minat dalam bio dan phy...

Mushimushi_juju said...

assalamualaikum.. cikgu skarang sya msih dlm dilema utk memilih sbjek dlm form 6 dlm bidang sains sosial.saya bekas plajar sains tulen ttpi lemah dlm sbjek addmaths. antara eko dan sastera bdang manakah yg mmpnyai pluang pekerjaan yg lebih mluas? sya mnt bdng sastera. ttpi ad orng bilang klau ambil sbjek sastera pluang pekerjaan antaranya mnjdi guru. sya tdk mint dlm mnjdi guru. adakh sbjek eko sesuai dngn sya yg bru bmula utk blajar tntng sbjek eko.sedangkn spm bru2. d skolah sya plajar rata2 mngatakn sbjek eko susah?

cikgu azhar said...

W
salam,

anon: mohon doploma sains upsi /uitm
nanti sambung ijazah

8mushimushi_juju: kecuali ijazah profesional seperti perakaunan / undang3, peluang oekerjaan adslah setara. nilai modal insan / kemahiran insaniah lebih penting

Wallahu a'lam ...

ahlan wasahlan said...

Cikgu azhar,sy minat bidang seni bina landskap.dalam stpm ni boleh listkn kombinasi subjek yg perlu di ambik?

cikgu azhar said...

ahlan wasahlan,

syarat masuk matematik spm minimum gred C dan gred C dalam mana2 pelajaran stpm selain pengajian am. muet minimum band 2. jika mampu, daftar matematik M (jurusan kemanusiaan)dan mana-mana subjek pilihan

ditawarkan di umk, upm, utm, uitm dan ipts. cuba klik http://fae.umk.edu.my/old/index.php/en/akademik/prasiswazah/ijazah-sarjana-muda-senibina-landskap-dengan-kepujian#syarat-kemasukan

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Jika sya mengambil PA,Geo,Sains sukan,Muet,bahasa melayu..adakah sya masih mempunyai laluan kerjaya untuk meneruskan Ijazah sarjana muda..tanpa mengambil sejarah..Tolong info dgn segera

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu , if saya tak ambil subjek bahasa melayu dalam stpm , course apa je yg saya boleh ambil di universiti and peluang pekerjaan apakah yg saya boleh perolehi ? Subjek yg saya amik pengajian am , sejarah , geografi dan kmk . Saya masih dalam dilemma patut atau tak saya teruskn dgn pakej ini sekiranya peluang pekerjaannya dan course yg sya boleh amik sedikit je . Saya juga taknak membazir masa dgn mengambil diploma yg 2 tahun lebih itu .

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu. Saya nk tanya. Sekarang saya menuntut di usm dalam bidang sains sosial. Saya memilih major antropologi dan sosiologi manakala minor psikologi. Saya ingin mengetahui,bolehkah jurusan saya ini membolehkan saya memohon dpli?

Yella said...

Salam,saya ambik subje perniagaan dan seni visual kat sekolah untuk SPM tapi tak ambik Ekonomi.boleh ke saya ambik subjek ekonomi untuk subjek tambahan?

Maisara said...

assalam cikgu sye nk tnye klu stpm saye amik subj sains sukan , bm , muet , pengajian am . sye bleh smbung kos ape ye? bleh bagii pendapat x ?

Maisara said...

sye nk tnye klu stpm sye amik sbjek bm , sains sukan , pengajian am,muet . sye bleh amik kos ape ye . bleh tlg bgi pendapat x ?

Unknown said...

Apa course yang ditawarkan di universiti jika mengambil subjek ekonomi semasa stpm ?

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu, kalau saya ambil subj bm, perniagaan, ekonomi, pengajian am dan muet, boleh ke saya nak sambung perguruan? Atau saya perlu ada jugak subjek sejarah?

«Oldest ‹Older   401 – 464 of 464   Newer› Newest»