SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, November 11, 2011

BERLALUNYA 11.11.11 (TODAY WILL BE TOMORROW'S HISTORY)

Kecenderungan terhadap angka dan nombor yang dianggap unik menjadi obsesi kepada sebahagian manusia. Contohnya, tarikh 11 November 2011 memiliki numerikal angka yang sama bagi hari, bulan dan tahun, sama seperti 10.10.10, atau 09.09.09. Maka, ramailah juga orang yang cuba mengabadikan peristiwa penting dalam hidup mereka pada tarikh-tarikh itu seperti pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.

Sebenarnya tiada yang istimewa tentang tarikh yang demikian, melainkan barangkali mudah untuk diingat. Kebetulan tarikh 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari, sayyidil-ayyam. Segala amal soleh mendapat ganjaran berlipat kali ganda, dengan syarat akur kepada prasyarat ibadah seperti niat yang ikhlas dan tidak meninggalkan ibadah yang asas.

Sebarang tarikh tidak mendatangkan perbezaan, iaitu setiap hari boleh diperinci kepada 24 jam, atau 1440 minit. Masa terus bergerak dan tidak dapat diganti semula. Hari ini akan segera menjadi sejarah apabila muncul hari esok.

Hari yang dibiarkan berlalu tanpa pengisian aktiviti dan amalan yang berfaedah akan menjadi sia-sia. Umur dibiarkan berlalu dengan percuma. Alangkah ruginya!

Seharusnya hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok lebih baik daripada hari ini. Proses berkenaan memerlukan introspektif atau muhasabah yang bersungguh-sungguh. Hisablah diri (anda) sebelum (anda) dihisab kelak.

Banyak sekali peringatan tentang umur insan lewat al-Quran, al-hadith dan kata-kata hukamak. Banyak juga buku yang dikarang tentang kepentingan mengisi masa dengan aktiviti dan amalan yang menjurus kepada redha Ilahi. Sesungguhnya masa ialah kehidupan...

No comments: