SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Thursday, November 17, 2011

PROSES PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH (NO TALK, ACTION ONLY)

Antara oleh-oleh kenangan yang dibawa oleh warga sekolah saban tahun ialah majalah sekolah. Naskhah itu hasil buah tangan sidang redaksi dalam kalangan pelajar sendiri menerusi bantuan dan bimbingan guru-guru penasihat yang berpengalaman. Walaupun laman sosial internet sedikit sebanyak menghakis minat membaca bahan fizikal seperti buku dan majalah sekolah, kelebihan dari segi data pencapaian dan maklumat organisasi sekolah menjadi sebab bahawa kebanyakan sekolah masil kekal dengan penerbitan bersifat tradisional itu.

Jawatankuasa majalah sekolah diletakkan di bawah pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Bergantung kepada bilangan guru sesebuah sekolah, sekumpulan guru disenaraikan sebagai panel penasihat kepada anggota sidang redaksi dalam kalangan murid. Pemilihan murid mungkin boleh dilakukan secara permohonan, senarai pendek dan temu duga, mahupun dipilih secara terus berdasarkan beberapa kriteria yang perlu.

Setiausaha jawatankuasa (panel penasihat) secara automatik hadir dalam mesyuarat induk pengurusan hal ehwal murid untuk menerima arahan dasar, di samping peringatan tentang keperluan akta pendidikan dan pekeliling lain yang berkuat kuasa. Setelah itu, setiausaha akan memanggil mesyuarat penuh jawatankuasa untuk perincian spesifikasi tugas setiap seksyen. Minit mesyuarat terakhir tahun sebelumnya dan post mortem akan menjadi panduan penting bagi tindakan selanjutnya.

Jadual kerja dan pelan luar jangka juga dibentangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang pertama itu. Tatacara protokol yang melibatkan pihak berkuasa pendidikan dan tokoh tertentu akan diberi perhatian supaya tiada sebarang kesulitan yang bakal timbul. Contohnya, kata-kata aluan membabitkan menteri pelajaran, pengarah pelajaran negeri dan pegawai pelajaran daerah.

Jawatankuasa seksyen kata-kata aluan biasanya menyediakan draf awal untuk pertimbangan pihak yang disebutkan. Dengan kebanyakan pegawai tinggi pelajaran mempunyai setiausaha dan pembantu peribadi, teks kata-kata aluan yang seragam mungkin telah disediakan. Cuma foto terkini pegawai berkenaan perlu diperoleh.

Jawatankuasa panel penasihat setiap seksyen akan memulakan proses kerja dengan memanggil anggota sidang redaksi yang diletakkan di bawah seliaan masing-masing. Misalnya, bahagian maklumat am sekolah dan pencapaian, peristiwa utama sekolah (4 program wajib: hari anugerah kurikulum, hari anugerah kokurikulum, mesyuarat agung PIBG dan kejohanan sukan tahunan), peristiwa khas yang lain, petikan berita dan foto kelas. Laporan persatuan, kelab, permainan, sukan dan unit pakaian seragam hendaklah dikumpul secara sistematik dengan sistem borang yang mudah dan alamat e-mel majalah bagi mewujudkan fail soft copy yang bakal menyenangkan tugas bacaan pruf dan percetakan.

Mesyuarat jawatankuasa panel penasihat lazimnya dibuat sebaik usai mesyuarat induk hal ehwal murid yang diadakan tiga tahun sekali. Perjumpaan teknikal mengikut seksyen jawatankuasa majalah perlu kerap diadakan supaya jadual perancangan kerja dipatuhi. Sesetengah sekolah menetapkan bahawa majalah hendaklah diedarkan pada tahun semasa, manakala sesetengah sekolah yang lain berbuat demikian awal tahun berikutnya supaya laporan penuh tahunan dapat dimuatkan.

SMK St. Michael, Ipoh (SMI) mempunyai lebih daripada 2,000 orang murid berpeluang menubuhkan kelab penulisan dan penerbitan dalam kalangan pelajar prauniversiti tingkatan 6. Peluang juga dibuka kepada murid tingkatan 4 yang dikenal pasti memiliki keupayaan tertentu untuk dimasukkan dalam pasukan redaksi. Biasalah bahawa dalam sesebuah organisasi akan ada orang yang laju, yang perlahan, yang banyak alasan dan yang banyak sungutan...

4 comments:

Anonymous said...

Maaf kerana mengganggu pihak tuan/puan.

Cuma ingin memberi AMARAN kepada sesiapa (terutamanya pihak sekolah) yang ingin berurusniaga dengan MR JACK NG CHEE GUAN (016-3800532 / 013-3332616) merupakan pemilik syarikat bukan Bumiputera THE LOYALTY.COM (P.O Box 32, Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak / i-Media yang melakukan kerja-kerja Printing & Design seperti MAJALAH SEKOLAH.

Sila JANGAN BERURUSAN yang lelaki ini kerana dia seorang penipu besar.
Dia tidak mempunyai pejabat hanya mengupah freelance designer seperti saya dan kawan2 saya bagi melakukan kerja-kerja design majalah sekolah.

Saya telah menyiapkan beberapa majalah sekolah bagi tahun 2011 tetapi lelaki ini tidak membayar kepada saya walau satu sen pun tapi hanya membuat alasan bahawa cek yang diberi oleh pihak sekolah ada berlaku kesilapan dan tidak dapat mengeluarkan wang. Menurut kawan saya, juga seorang freelancer pernah membuat laporan polis terhadap lelaki ini tidak lama dahulu tetapi lelaki ini bertindak membuat laporan polis terhadap kawan saya pula. Memang bijak lelaki ini, pandai putar belit. Sudah banyak kali saya sms & call lelaki ini menuntut hak / upah saya menyiapkan majalah, tetapi sms dan panggilan tidak dilayan sehingga sekarang.

Saya hanya mampu memberi amaran kepada pihak sekolah agar TIDAK BERURUSAN dengan si penipu bernama JACK NG CHEE GUAN ini supaya tidak menjadi mangsa penipuannya. Sama-samalah kita membenteras jenayah yang dilakukannya dan jangan sekali-kali memberi sebarang perniagaan kepada lelaki ini.
Saya akan membuat laporan polis terhadapnya, semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan saya. AMIN.

Ketika saya cuba ‘search’ nama lelaki ini saya terjumpa halaman ini untuk dikongsikan bersama –

http://www.ibilik.my/rooms/207331/room-in-tambun-sunway-city-ipoh

Room in Tambun / Sunway City Ipoh
Posted by Annie 1990 on 27-Feb 2012

Description
I have no rooms for rent but need to write something here to warn others which is look for a room in Ipoh. There is a guy name Jack Ng Chee Guan (016-3800 532) doing his room renting business in Ipoh area, please don't deal with him because this man is trying to cheat rental and deposit from the tenant. Because there is no agreement has been made and can't take any legal action towards him, therefore this guy is continue his business in Tambun and Sunway area, please be careful.

dyanzdyanee said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu cg Azhar.Tahun ni adalah tahun pertama saya jadi s/u majalah sekolah.Harapan sedikit sebanyak ilmu cg dapat dimanfaatkan kelak.

Anonymous said...

Unfortunately I am renting one of the room advertise by this man. I have paid 2 months of deposit amounting rm800 but i did not get any receipt. I am worry now and i don't know what to do.
For others, please be careful. Check the background of people first before you rent or do any business.

Anonymous said...

which room are you renting? I am currently renting as well and in same situation as you, many have been cheated by this guy