SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 1, 2012

BERLALUNYA TARIKH 1.4 (THE FORGOTTEN APRIL FOOL)

Mujur juga tanggal 1 April 2012 jatuh pada hari Ahad. Jika tarikh berkenaan ialah hari persekolahan, alamat pelbagai "lawak bodoh" dan kerja mengenakan kawan-kawan akan berlaku. Contohnya, melekatkan "pengakuan" yang bernada lucu di belakang baju kawan.

Tiada kepastian muktamad tentang sejarah bermulanya April Fool itu. Agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) juga tertipu dengan cerita "serius" seorang sarjana sejarah, Profesor Joseph Boskin dari Universiti Boston, Amerika Syarikat (rujuk laman http://www.infoplease.com/spot/aprilfools1.html). AP telah menyiarkan rencana tentang asal usul April Fool berdasarkan hujah Profesor Boskin tanpa menyedari mereka juga terkena lawak bodoh.

Konon cerita pada zaman Constantine, maharaja Rom, para pembesar baginda membuat lawak bahawa mereka mampu mentadbir Rom dengan lebih baik jika diberi kesempatan berbuat demikian. Maka, Constantine telah memberi peluang kepada Kugel untuk naik takhta Rom selama sehari sahaja. Boskin mengatakan dengan cara demikian, perkara yang betul telah dipandang daripada perspektif jenaka.

Rencana AP segera dipetik oleh puluhan akhbar seluruh dunia pada tahun 1983. Hanya sesudah dua minggu, AP  dan akhbar-akhbar berkenaan sedar bahawa mereka telah dikenakan "April Fool" oleh Profesor Joseph Boskin. Jangan ingat hanya budak sekolah yang buat lawak bodoh!

Generasi muda tidak lagi begitu ambil pusing tentang April Fool. Maka, hukum ikut serta dalam aktiviti lawak bodoh itu tidak kedengaran sebagaimana sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang dikaitkan dengan upacara gereja. Mengapa harus ada hari khusus untuk jenaka seperti itu?

Hakikatnya humor, jenaka, kelakar, komedi dan kelakar memeriahkan hidup yang penuh dengan cabaran dan susah payah. Apabila seseorang itu berasa lucu, maksudnya secara adab sopan, hal itu satu terapi secara percuma. Tekanan yang dihadapi dapat dilupakan buat sementara dan keadaan yang penuh emosi menjadi reda.

Ketawa yang terkawal boleh mendatangkan kebaikan, tetapi jika sampai terbahak-bahak, rahang seseorang boleh tertanggal. Malah, perbuatan ketawa yang berlebih-lebihan melambangkan kerendahan akal budi dan mungkin jatuh dalam zon perbuatan sia-sia. Justeru, senyuman yang ikhlas ialah sedekah dan juga kaedah mengekalkan awet muda secara percuma. Wallahu a'lam...

No comments: