SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Monday, April 9, 2012

MENGHORMATI AUTORITI ILMU (INTELLECTUAL AND CIVILIANS VIEW)

Dahulu seorang rakan mendakwa ilmu ekonomi bersifat sekular belaka dan bersumber kepada pemikiran yahudi semata-mata. Kemudian, seorang rakan lain menambah bahawa ilmu ekonomi tidak mesti boleh dipindahkan dalam bentuk alam nyata. Kononnya banyak ahli ekonomi kecundang dalam dunia perniagaan.

Kedua-dua hujah di atas jelas begitu dangkal dan hujah orang yang tidak tahu menghormati konsep mursyid atau autoriti dalam sesuatu disiplin ilmu pengetahuan. Seseorang jurulatih bola sepak tidak semestinya dapat mempraktikkan ilmu yang ada pada dirinya kerana faktor stamina dan usia. Hal itu tidak bererti jurulatih sudah tidak diperlukan dan pemain sudah menjadi hebat tanpa bimbingan jurulatih yang berpengalaman.

Ilmu ekonomi ialah kajian tentang cara manusia memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad dengan cara yang paling cekap. Ringkasnya, ekonomi ialah sains kekurangan. Konsep-konsep ekonomi dapat menerangkan sesuatu fenomena yang rencam dengan cepat dan ringkas, tanpa perlu perbahasan yang berjela-jela tanpa tentu hujung pangkal.

Kebijaksanaan ialah barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman, al-hikmah dholatul mukmin. Demikian potongan sebuah hadith tentang pemerolehan ilmu. Umat boleh mengambil ilmu tidak kira dari barat, timur, utara atau selatan. 

Sama ada berlaku kesepaduan ilmu (integrated sciences) atau pemetakan ilmu (compartmentalization), kesempurnaan memang sukar tercapai justeru tertakluk kepada faktor keupayaan dan usia manusia itu sendiri.  Dalam al-Qur'an diungkapkan bahawa andai kata habis air tujuh lautan dijadikan tinta untuk menulis ilmu Allah, masih belum cukup untuk berbuat demikian. Pengkhususan ilmu masih boleh dilakukan, asalkan terikat kepada prinsip asas al-ma'lum min-ad-din bi'd-darurah (perkara yang jelas dalam agama, iaitu dari segi aqidah, syariat dan akhlaq). 

Kegunaan sesuatu konsep, model, teori dan hukum dalam kajian ekonomi ialah sebagai modifikasi kepada sesuatu peristiwa dan fenomena yang bersifat rencam dan rumit. Andaian-andaian tertentu digunakan supaya tumpuan dapat diberikan terhadap pemboleh ubah satu per satu dengan membiarkan pemboleh ubah yang lain menjadi malar. Kaedah analisis juga biasa digunakan dalam disiplin ilmu yang lain sepertimana yang diringkaskan dalam gambar rajah piramid terbalik taksonomi Bloom.

Serangan serkap jarang kononnya ilmu ekonomi hanya menyambung lidah yahudi juga sangat keterlaluan. Tiga kegiatan teras ekonomi, iaitu penggunaan, pengeluaran dan pertukaran memang dapat menjelaskan urusan kehidupan manusia. Siapa yang berani berkata bahawa dia tiada kena-mengena dengan kegiatan ekonomi?

Imam al-Ghazali memberi peringatan yang sangat berguna tentang adab menuntut ilmu. Perbuatan mencela atau merendah-rendahkan bidang ilmu yang lain ialah perbuatan tercela. Jika manusia hendak mendambakan kebahagiaan hidup di dunia hendaklah dengan ilmu dan begitu juga jika hendak kebahagiaan akhirat juga dengan ilmu (sila semak mafhum al-hadith, man yurid'ud-dun ya fahua bi'l-ilm, man yurid'ul-akhirah fahua bi'l-ilm, ila akhir; au kama qala... yang berkaitan)...

3 comments:

omarida said...

Memang tidak dpt dinafikan lagi rata2 ilmu pendidikan yang berada di negara2 ketiga dan dunia khasnya adalah merupakan satu ilmu yang memisahkan ilmu pembangunan dunia dengan ilmu pembangunan rohani. Pembangunan seimbang ini lanjutan drp pembangunan sekular. Begitu juga dengan ilmu ekonomi yang kita lihat hari ini. Kejatuhan ekonomi barat dan dunia hari ini adalah berpunca dr ketepuan ilmu ekonomi sekular. Ini laporan yang dikeluarkan oleh badan ekonomi yang ada otoriti. Kepincangan dan keruntuhan ekonomi ini adalah hasil pemisahan dua bidang yg saya utarakan di atas. Jelasnya penindasan, tekanan oleh pecipta ekonomi sekular tadi mencetuskan sesebuah negara itu muflis dan menjadi bahan terkaman negara2 maju. Ketidakadilan dalam pengurusan ekonomi adalah ekoran kefahaman ilmu ekonomi yang diajar diperingkat asas hingga ke peringkat tertinggi yg hanya menekan konsep keuntungan semata-mata. Eonomi yg tidak menguntungkan bukan ekonomi. Ini yang diajar dlm sekularisme. Penulis sebenarnya bersetuju dgn fakta ini, kalau dilihat dlm penempilan tokoh Islam terkenal iaitu Imam Al-Ghazali.Ahli ekonomi, insyaAllah sebahagian besar akan berjaya dlm pengamalan ekonomi jika mereka menggabungkan ilmu ekonomi yang dibelajar dgn ilmu kerohanian (yakni keadilan, tiada penindasan , ehsan, keuntungan bg dua pihak, kebenaran dlm perundingan dll). Ini berbeza dgn ekonomi yg dihidangkan hari ini di merata dunia. Sy bincang lg akan datang...

omarida said...

Memang nyata dan jelas sekular. Ketua sekular ialah Yahudi Laknatullah.. Riba dlm ekonomi dunia hari ini tidak dpt dipisahkan. Ini punca kejatuhan ekonomi dunia hari. Laporan ini sy bc dan dengar dlm meida perdana.. Wahai sudara penulis ketahuilah bahawa dunia barat hari ini dan akan datang melihat perekonomian islam sebagai iltenatif terbaharu yang menarik minat mereka membuat kajian.... sy akan dtg lagi dilain wacana... tq..

omarida said...

Ribuan ahli ushawan yang terdpt hari ini tidak pernah belajar ilmu ekonomi, sy bg contoh Liew Boon Siew, membacapun xreti. Beliau menguasai Honda(motosikal di Malasyia. Allah telah memilih beliau menjadi jutawan. Kehidupan hari telah berubah. Banyak jutawan usahawnan berjaya bukan melalui bidang pengajian semasa menuntut di Universiti..(sy membawa perbincangan lelampaui masa dan tajuk..) Penulis blog boleh membawa isu ini dlm sentuhan baru nanti... Bye22