SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, July 19, 2012

PNGK 2.8 KE ATAS DIJAMIN TEMPAT DI IPTA (CHASING THE HIGHER ACHIEVEMENT)

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KTPM) mengumumkan bahawa pemohon lepasan Sijil Tinggi persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi yang mencatat purata nilai gred kumulatif (PNGK, CGPA) 2.8 ke atas bakal ditawarkan tempat di universiti awam tempatan dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka. Terdapat sejumlah 1,894 pemohon termasuk dalam kategori berkenaan justeru kursus pilihan pertama mereka mungkin menjadi rebutan banyak pemohon. Bidang pengajian kritikal (perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan) menawarkan tempat yang terhad, tetapi bilangan pemohon yang berminat yang layak begitu banyak.

Selain itu, bidang pengajian yang turut mendapat perhatian ialah pendidikan, sastera ikhtisas (ekonomi,  komunikasi, pengurusan perniagaan) dan beberapa kursus teknikal (ukur bahan, seni bina). Sesetengah kursus pula menyediakan tempat yang sangat terhad seperti bidang pengajian sastera tulen (geografi, sejarah dang pengajian bahasa). Maka, peratusan pemohon yang tidak ditawarkan tempat menjadi lebih tinggi.

Rayuan tempat ke IPTA secara atas talian (e-rayuan di alamat URL upu.mohe.gov.my) yang berakhir 22 Julai ini adalah berdasarkan kursus yang dipilih, bukan untuk memohon kursus baharu atau berlainan daripada senarai permohonan asal. Kekosongan tempat memang akan berlaku kerana terdapat sebilangan pemohon yang menolak tawaran kursus yang tidak menjadi pilihan mereka. Dalam sebahagian kes yang lain, kursus baharu di universiti yang masih pula baharu seperti pengajian undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abdin (UniSza), Kuala Terengganu yang masih belum masuk dalam senarai pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyebabkan terdapat pemohon yang tidak menerima tawaran kursus yang bersifat kritikal itu.

Lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak semestinya akan mendaftar dalam bidang pengajian Islam di UKM, UM, UIAM dan USIM. Sebahagian mereka berharap untuk menyambung pengajian di timur tengah seperti Arab Saudi (Madinah), Jordan (al-Bayt, Yarmouk) , Maghribi (Rabat), Mesir (al-Azhar) dan Yaman. Mereka bukan tidak yakin akan kesarjanaan profesor pengajian Islam di universiti tempatan, tetapi ingin merasai pengalaman persekitaran masyarakat penutur jati bahasa Arab sebagai teras pengajian Islam. Bahasa baku, bahasa buku dan bahasa persuratan tidak mungkin dengan loghat pertuturan daerah dan kawasan pedalaman masyarakat Arab Badwi.

Pemohon dalam kalangan keluarga berada pula mungkin hanya sekadar 'menguji pasaran' tentang pencapaian akademik masing-masing, walhal sudah pun ditawarkan tempat di universiti luar negara seperti Singapura, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Selain permohonan atas talian, di sana sini terdapat ejen dan konsortium yang menguruskan permohonan pelajar asing mengikuti pengajian perubatan di India, Indonesia, Republik Czeck, Rusia, Ukraine dan Australia. Golongan pemohon berkenaan juga tidak akan berdaftar sebagai pelajar IPTA tempatan pada 1 September ini. 

Program berkembar IPTS dengan universiti ternama luar negara juga menarik perhatian segelintir pemohon IPTA dengan PNGK terbaik. Universiti Helps dan Universiti Taylor misalnya menawarkan program ijazah 3 + 1 bagi pengajian undang-undang United Kingdom. Perbelanjaan pengajian yang bakal ditanggung walaupun masih tinggi, tetapi masih boleh diikhtiarkan oleh golongan ibu bapa berpendapatan sederhana yang menabung dalam skim dana insurans atau takaful pendidikan, serta pinjaman mudah pihak bank.

Justeru selain 1,894 orang pemohon yang dijamin tempat ke IPTA awal September nanti, kekosongan tempat akan masih wujud dalam anggaran 10 peratus (lebih kurang 4,000 tempat) jika hitungan konservatif seperti yang disebut adalah tepat. Maka, pemohon dengan PNGK 2.5 hingga 2.79 yang tidak berjaya tempoh hari masih boleh berharap. Sebelum memuktamadkan rayuan, mereka boleh menghubungi pihak universiti yang dipohon bagi mendapat gambaran umum tentang peluang yang dimiliki. 

Bukan mudah untuk mencatat PNGK 2.8 ke atas atau bersamaan gred B dalam semua mata pelajaran yang diambil sama ada semasa STPM atau matrikulasi. Calon-calon STPM dan matrikulasi terpaksa bertungkus-lum dan bersengkang mata untuk menyiapkan segala keperluan kerja kursus, tugasan dan peperiksaan. Dalam keadaan persaingan yang sengit mutakhir ini, pemohon yang mencatat pencapaian PNGK 3.0 ke atas sahaja yang boleh berasa selesa tanpa hanya berharap... Wallahu a'lam.

533 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 533 of 533
Anonymous said...

Salam cikgu, sy pelajar stpm 15/16 yg masih menunggu ke keputusan penuh stpm dan jangkaan sy cgpa sy tidak mlepasi 3.0 hanya sipi2 sperti 2.8-2.9.Muet sy hanye band 4.Sy ingin bertanyakan soalan kpada cikgu:
1. Layak ke sy untuk memohon pengajian di um? walaupun syarat minima 3.0.Tetapi program yg sy mohon adalah pengajian asing,asia timur,asia tnggara.

2.Adakah kbarangkalian akan diterima kalau sy memohnnya pada 4 pilihan utama
?
3.sy ingin tahu acceptance rate di um,puas sy mncari info tapi hasilnya masih kurang jelas.
4.layak kah sy momohon RU sperti um,upm,ukm,utm,usm?
#harapdapatdijawab#terimakasih

Anonymous said...

Cikgu, saya nk tnya kalau saya dpt tawaran uitm sarjana muda forensik, sgn cgpa 3.56 dan saya tk berminat dgn bidang tersebut. Wajarkah saya tolak tawaran itu, dan masih ade peluang kah utk kemasukan upu ambilan julai sgn bidang yg saya minati? Dari segi Persaingan mcm mana ye. Layak kah sayan ambil pergigian dgn pointer terswbut di uitm. Sbb syarat kelayakn 3.5 and muet band 3 . Sya punya syarat kelayakn lepas. Tp bagaimana dgn persaingan nya

diploma student said...

salam cikgu.. saya pelajar lepasan diploma dngn cgpa 3.20.. dalam kos sistem maklumat perakaunan uitm.. sya lepas x kalau degree dalam perakaunan di uitm

Unknown said...

assalamualaikum cikgu. kalau boleh saya tahu, utk permohonan upu fasa 1 hanya available PNGS sem 1 matrikulasi, PNGS sem 1 saya just 3.16 , sy down sgt sbb sy rsa this result will affect my upu process dlm fasa 1 ni. so sy mmg berazam utk dptkan 3.84 and above for sem 2 so that PNGK sy 3.5 above, bg ckg , ada peluang tak utk sy teruskan pengajian ke universiti yg menawarkan kos yg kualiti like usm ,or um atupun upm ka ?
tq ..

Unknown said...

Salam cikgu, saya lepasan matriks modul satu(bio,maths,physics,bio) result sem 1 saya cuma 2.59 je. sem 2 & result muet belum keluar lagi. boleh ke kalau saya ambil kos sains sosial di UniMAS?

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Kalau lulusan asasi dari ipts ada peluang ke utk mohon upu? Kalau ada termasuk dlm kategori yg mana?

Unknown said...

Salam, saya pelajar stpm tahun 2016 dan dapat 3.42. Nak tanya saya berpeluang ambil accounting tak?

Unknown said...

Assalamualaikum ckg. Sy plajar STPM 2015/16 aliran sastera yg baru dpt kputusan tdi dan cuma mndpt 2.42.. Sy nk tnya ad peluang tk utk sy msuk mana2 uni?. Course apa yang ssuai dngan kputusan ni.. Muet Band 3
Sy harap ckg boleh cadangkan bidang yg ssuai kepada sy. Terima Kasih.

Han said...

Salam cikgu, sya student lepasan stpm 2016...dengan keputusan yg tdk memuaskan iaitu pam c, syariah c+, geo n pp b- dan sej c-.. Jika sya mรฉmohon upu ke usim atau unisza... Dalam bidang agama adakha sya layak??? Plss cikgu beri sya pencerahan????

hamba Allah said...

Salam cikgu, saya pernah ditawarkan satu tawaran daripada upsi sebelum ini tapi saya tolak atas faktor peribadi. Soalan saya, masihkah ada peluang untuk saya mohon kemasukan upsi semula walaupun telah tolak tawaran pertama?

hamba Allah said...

Salam cikgu. Saya nak tanya. Jika saya pernah tolak tawaran daripada satu ipta ni contohnya upsi, atas faktor peribadi, masihkah ada peluang untuk saya memohon kemasukan ke upsi semula?

Unknown said...

Assalamualaikum...dlm stpm pngk sy hanya 2.25 muet band 2. Adakah sy layak utk smbg degree?? Kos apa yg sesuai utk sy pilih??

Unknown said...

salam cikgu , saya lpasan stpm , pa wajib llus , tapi saya cuma dpat gred D+ , sdangkan sbjek lain mmnuhi syarat ke ipta , tapi kbnyakan ipta hnya mahu C .. adakah bkemungkinan saya akan dtawarkan ke ipta ? mohon pncrahan sbelum saya dftar UPU .. Terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

Unknown said...

salam cikgu , saya lpasan stpm , pa wajib llus , tapi saya cuma dpat gred D+ , sdangkan sbjek lain mmnuhi syarat ke ipta , tapi kbnyakan ipta hnya mahu C .. adakah bkemungkinan saya akan dtawarkan ke ipta ? mohon pncrahan sbelum saya dftar UPU .. Terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

Unknown said...

salam cikgu , saya lpasan stpm , pa wajib llus , tapi saya cuma dpat gred D+ , sdangkan sbjek lain mmnuhi syarat ke ipta , tapi kbnyakan ipta hnya mahu C .. adakah bkemungkinan saya akan dtawarkan ke ipta ? mohon pncrahan sbelum saya dftar UPU .. Terima kasih ๐Ÿ˜ƒ

cikgu azhar said...

Salam,

Mong Faay: stpm laku 3 tahun. ansos boleh cuba. masukkan pengajian bahasa asing (linguistik) UM, upm

Nana nana: jika telah ada transkrip keputusan keseluruhan (sebelum tarikh tutup), boleh memohon

anon feb 11: tiada ketetapan acceptance rate UM. bergantung kepada bidang pengajian / persaingan. tidak sama dari tahun ke tahun. cuba pengajian bahasa asing (linguistik)

anon feb 14: walaupun layak, pergigian kurssus kritikal sama seperti perubatan memerlukan 4.0, kecuali ipts. namun, boleh cuba letak sebagai pilihan ke-2ke atas

diploma student: cuba sahajalah. mungkin ada merit lain yang diambil kira, misalnya latar belakang keluarga.

jkjk jkjk: layak. pilih kursus bukan kritikal. nanti boleh ubabh selepas dapat keptusan sem 2

Nurul Najwa: boleh masukkan sebagai salah satu pilihan.

Zahid: dibuka untuk pelajar asasi UA. untuk kepastian, hubungi terus upu

Unknown: RU susah sikit. cuba universiti komprehensif (ciontoh: umt, unisza, uitm)

Sukika Zatie: pengajian bahasa asing uom / u m; pengurusan teknologi unimap / uitm

Han: mohon sahajalah

Nur Izzaty: insya-Allah, boleh

Amalin Aziz: memang sukar, tetapi harus terus mencuba. jika keluarga tergolong dalam B40, layak memohon uitm: program destini anak bangsa

ena tasha: kena tanya terus upu

Wallahu a'lam ...

Unknown said...

HI Cikgu , Result stpm saya cgpa 3.67 dan Muet band 4 , saya ingin memohon ijazah sastera sejarah , bolehkah saya mendapat tempat di ipta seperti um ,ukm atau usm

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Hi cikgu, kalau saya pilih Kursus sosiologi dan anteropologi, pengurusan sumber manusia dan kajian hubungan antarabangsa di unimas ums dan umk boleh tak Kerana saya tak berminat sangat dalam Kursus Bahasa asing .

cikgu azhar said...

Jaya Ganesan,

jika sejarah stpm dapat A. masuk UA tiada masalah kerana pencapaian cemerlang.

Mong Faay,

boleh cuba tetapi kena bersedia dengan persaingan sengit

Unknown said...

Tq Cikgu

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t. cikgu,
saya baru shj dpt keputusan stpm 2016 pngk saya 2.58(p.am,sej,pengajian perniagaan dan seni visual)dan MUET band 3.Adakah ada peluang untuk saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah?Saya berminat dengan jurusan psikologi dan kaunseling.Boleh cikgu cadangkan jurusan yg boleh saya ambil dan kurang persaingan?Mohon cikgu balas secepat mungkin,terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t. cikgu,
saya baru shj dpt keputusan stpm 2016 pngk saya 2.58(p.am,sej,pengajian perniagaan dan seni visual)dan MUET band 3.Adakah ada peluang untuk saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah?Saya berminat dengan jurusan psikologi dan kaunseling.Boleh cikgu cadangkan jurusan yg boleh saya ambil dan kurang persaingan?Mohon cikgu balas secepat mungkin,terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t. cikgu,
saya baru shj dpt keputusan stpm 2016 pngk saya 2.58(p.am,sej,pengajian perniagaan dan seni visual)dan MUET band 3.Adakah ada peluang untuk saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah?Saya berminat dengan jurusan psikologi dan kaunseling.Boleh cikgu cadangkan jurusan yg boleh saya ambil dan kurang persaingan?Mohon cikgu balas secepat mungkin,terima kasih.

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t. cikgu,
saya baru shj dpt keputusan stpm 2016 pngk saya 2.58(p.am,sej,pengajian perniagaan dan seni visual)dan MUET band 3.Adakah ada peluang untuk saya melanjutkan pelajaran peringkat ijazah?Saya berminat dengan jurusan psikologi dan kaunseling.Boleh cikgu cadangkan jurusan yg boleh saya ambil dan kurang persaingan?Mohon cikgu balas secepat mungkin,terima kasih.

Unknown said...

salam cikgu azhar. saya lepasan stpm dalam sains sukan. sains sukan saya dapat A manakala pngk 3.08. bolehkah saya mohon course sains sukan di universiti walhal syarat khas memohon termasuklah mendapat D math spm dan U mna patut saya pohon?

TheHijabInspired.com said...

Assalamualaikum, saya lepasan stpm 2015/2016. Mengambil aliran sastera dan mendapat PNGK2.84. Layakkah sy utk apply mana-mana UA dan course apa yg layak utk dipohon? T.kasih

cikgu azhar said...

W.salam,

Adi Ain: mesti memenuhi semua syarat. sains sukan ditawarkan di UM, upm dan uitm.
pengecualian / kelonggaran syarat haya boleh diputuskan oleh senat universiti
yang berkenaan. apa-apa masukkan sains sukan sebagai salah satu pilihan

Awanis Aziz: Layak memohon. contohnya: keusahawanan umk, pengurusan teknologi /
kejuruteraan, pengajian bahasa asing UM, upm, mass com uitm. jika
muet o k, peluang lebih cerah

Wallahu a'lam ...

Umi nabilah said...

Assalamualaikum cikgu Azhar, saya pelajar lepasan stpm 2016. PNGK saya 3.25 dan MUET (band 3). P.Am(B+), BM(A), Geo(A-), Ekonomi(C). Adakah saya berpeluang untuk mendapat tempat di IPTA sekiranya saya meletakkan bidang pendidikan sebgai pilihan pertama dalam sistem UPU? Saya juga ingin meminta sedikit pandangan cikgu untuk kos yang mungkin sesuai untuk saya pohon. Senior saya, lepasan stpm 2015 turut mendapat PNGK 3.25 tidak berjaya mendapat tempat di IPTA kerana tersalah memilih kos. Hal ini sangat membimbangkan saya. Mohon pencerahan cikgu. Terima kasih.

Unknown said...

assalamualaikum encik , saya pelajar lepasan stpm 2016. pngk saya 3.17 dan muet saya band 3. seni A , bm B+ , SEJ b , pa C+. saya ingin bertanya apakah saya layak untuk memohon kos senibina dalaman atau berkaitan dengan seni. boleh encik letakkan kos apa yg sesuai dengan sy ? sy juga memilih kos perancangan bandar dan wilayah adakah kos ini mudah untuk sy perolehi atau bagaimana? mohon pencerahan .. sy masih keliru..

cikgu azhar said...

W.salam,

Umi nabilah: tahniah. mohon sahajalah. jika tersenarai pendek untuk temu duga, buat persiapan rapi. senior umi mungkin tidak memenuhi syarat untuk pencapaian spm atau muet. perlu baca semua syarat am dan syat khas bidang pengajian yang dipohon.

mohon fakulti sastera dan sains sosial UM (pengambilan ramai)

shaff sabree: tahniah. maksudnya reka bentuk dalaman (interior design) uitm? matematik spm dapat gred apa? mohon juga seni halus (fine arts), sastera dan sains sosial UM.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Salam cikgu saya lepasan diploma sains dengan pointer 3.06.muet band 4..dan saya gagal untuk penerapan uitm sesi march..adakah kerana keputusan spm saya dapat kimia(D),physics(B+),biology(B) menyebabkn saya gagal? jadi kos apakah yang layak untuk saya pohon di upu untuk sesi sept 2017.dan adakah permohonan upu untuk lepasan diploma merit dikira berdasarkn keputusan spm?

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu,
saya lepasan stpm 2016 telah mendapat keputusan stpm dgn pngk 3.42 dan muet band 4. Pilihan pertama saya mohon upu ialah degree tesl di UKM. Pada pendapat cikgu , adakah saya layak untuk memohon bidang pendidikan di universiti RU ? Terima kasih cikgu ^^

Unknown said...

Asalamualaikum cikgu ... saya lepasan stpm . result saya 3.59. muet band 3 . Saya letak pendidikan bimbingn dn kaunseling sbg pilihan prtama di uum. ada tak peluang utk sy dapat cikgu?

Unknown said...

Asalamualaikum cikgu ... saya lepasan stpm . result saya 3.59. muet band 3 . Saya letak pendidikan bimbingn dn kaunseling sbg pilihan prtama di uum. ada tak peluang utk sy dapat cikgu?

cikgu said...

Salam,

mungkin kursus yang dipohon banyak persaingan. cuba hubungi fakulti di uitm

anon april 7: tahniah. tidak diragukan lagi. layak memohon RU. doa banyak2

Tyaa Tyaaa: insya-Allah, berjaya. amin

Unknown said...

Assalamualaikum sya nak tnya Betul ke klu haluan dari matriks lepas tu susah nk smbung degree dlm course yg Kita mntk? Maksudnya nnt diorg akan cmpk je kita kat mna2 course yg Kosong...Sya dlm dilemma sbb sya baru habis SPM dn tengah tunggu keputusan matriks Dan upu... Sya berharap sngt pd matriks memandangkan SPM sya 5a je...Skrg ni pun persaingan utk ke asasi pun agak sengit apatah lg ker matriks kann..

Unknown said...

adik.. sis student matrik. syrat kemasukan ke matrik tak terlalu ketat. Asalkan add math adik gred ct ke atas. Klu spm 1A pon dah ok asalkan addmath n english lulus dgn kepujian.. insyaAllah dapat..

LifeSyusyu said...

Assalamualaikum cikgu,
Sy bkas pelajar politeknik, cgpa 2.87. Adakah sy layak utk sambung degree di ipta?

cikgu azhar said...

W.salam,

terima kasih nur atiqah izzah dan jkjk jkjk,

anggaran 40% lulusan matrikulasi memperoleh pngk 4.0 menjadi sebab persaingan untuk kursus kritikal dan RU menjadi sengit. tiada jaminan untuk berjayamasuk ke fakulti pilihan pertama.

nurul syuhada,

cuba utem, ump, unimap, uitm dan politeknik premier yang menawarkan kursus ijazah sarjana muda / diploma lanjutan

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

Assalam cikgu. Saya lepasan asasi uitm n dpt pointer 3.33 je. Muet band 4. Senang ke nk dpt kos engineering

Anonymous said...

Assalam cikgu. Saya lepasan asasi uitm n dpt pointer 3.33 je. Muet band 4. Senang ke nk dpt kos engineering

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
cikgu azhar said...

W.salam,

kejuruteraan bidang pengajian kritikal, terutama elektrikal, mekanikal dan kimia. boleh juga cuba, tetapi letak misalnya awam, pembuatan, automotif (cabang mekanikal juga) dan lain-lain.

selamat memohon, semoga berjaya. amin

Anonymous said...

Salam.cikgu.sy lepasan asasi sains 16/17.dpt pointer 2.89 dn muet band 3..sy nk tnye masih boleh ke sy amik kos mechanical dan civil engineering di uni tahun 2017 ni?

Anonymous said...

Kiranya susah lah ye nk masuk engineering? Klau software engi ke automotif senang dpt x?

cikguazhar said...

W.salam,

anon may 21: Insya-Allah boleh, tetapi bukanlah di RU seperti UM, UKM, UPM, USM dan UTM.

cuba ump, unimap, utem, uthm dan uitm. jika muet band 4, suatu bonus.

anon may 23: persaingan untuk chemical eng, electrical & mechanical memang diakui sengit.
boleh cuba pengkhususan yang disebutkan.

Wallahu a'lam ...

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu.saya lepasan stpm tahun 2015/16.pointer saya cuma 2.92 sahaja dan MUET band 4...dalam permohonan upu saya meletakkan UMS sebagai pilihan saya yang pertama dalam kos sejarah.ada peluang tak untuk permohnan saya diterima?terima kasih...

cikgu azhar said...

W.salam

masih ada. berdoalah. ada spate uitm?

Anonymous said...

ada cikgu.tapi pilihan kelima dan keenam..sebenarnya saya x yakin dgn uitm sbb math SPM sy cuma lulus saja...tak kredit.sbb tu saya mengharapkan UMS

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu, betul ke kalau di stpm cgpa dpt 2.7 ke ats tetap sukar utk masuk di ipta
Dan 1 lagi soalan..
Selepas stpm boleh tak saya nak sambung kursus industry halal..dan dkt mana ye nk smbung?

Anonymous said...

Salam cikgu untuk pemilihan ke upu boleh tak sekiranya kita mengisi kursus yg agak sama di universiti yg berbeza.contoh saya meminati sc kimia, jadi saya akan isi kursus yg betkaitan sahaja.. apa pendapat cikgu.saya petlukan jwpan secepat mungkin cikgu kerana pengisian upu fasa 2 adalah pada minggu hadspan.Tq

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

anon jun 2: tidak semua kursus memerlukan kepujian matematik spm

norafza zuhairi: bergantung juga kepads muet & markah koku. ada yang dapat minimum 2.0 + berjaya. industri halal bagaimana?

anon jun 5: tiada masalah, malah lebih baik
Wallahu a'lam ...

Joelpaish said...

Assalamualaikum cikgu saya lepasan matrik dgn pointer 2.2 sahaja. Boleh ka saya masuk Universiti. math saya D+

Fauzan Shashi said...

Salam cikgu, saya nak tanya, baru2 ni saya dpt result matriks dlm 2.83, adakah saya layak utk memohon uitm dlm bidang seni bina landskap, sbb saya takut saya tak dpt mana2 u..

Anonymous said...

Salam cg,,,saya nk tanya untuk pointer 2.98 lpasan matrikulasi adakah layak untuk mendapat tempat di universiti???

Anonymous said...

Assalam cikgu
Saya lepasan matrik
Cgpa saya cuma 3.09
Adakah saya layak masuk U
Kos apa yg layak dan lepas saya masul U

Unknown said...

Assalamualikum cikgu . Sy pelajar matriks dgn CGPA /PNGK 3.37 dan muet band 4 , dlm pilihan upu , pilihan pertama sy dah burned sbb pilihan kos yang ada interview dan sy tak dpt tawaran iv tersebut . so ptnyaan sy
1. adakah sy akan dipilih dan ditawarkan sekiranya sy meletakkan kos sains math industri di USM pd pilihan kedua dgn kelayakan keputusan sy spt di atas
2. Adakah IPTA spt UTM memilih pemohon yg hnya meletakkan pilihan di U mereka pd pilihan 1st , 2nd or 3rd ?

mohon penjelasan . Tq

Anonymous said...

Salam cikgu saya pelajar matrik dan mendapat cgpa 2.8 . Adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke unimas dalam sains kognitif????

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu..saya baru lepasan matrikulasi dan baru mndapat result. Pngk sya 2.89 . Muet band 3. Dan sya ambil modul 3 dlam matrikulasi jurusan sains. Dpat ka sya smbng mna2 U cikgu ? Klau kos sperti farmasi n yg berkaitn biologi bole dpt ke cikgu. Bole cikgu bntu jurusan apa yg sya layak ?

Anonymous said...

Cikgu , kos apa yang tidak memerlukan banyak persaingan ???? Tlg saya cikgu

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu, saya pelajar lepasan matriks dengan cgpa 2.90 dan muet band 4. boleh ke kalau saya nak apply degree law dekat Unisza atau uum?

Unknown said...

Assalamualaikum, cikgu saya baru habis diploma dgn cgpa 2.90 adakah saya bole memohon sambung ke bahagian degree. Saya sngt memerlukan pendapat cikgu

cikgu azhar said...

W.salam,

unknown jun 19: memang sukar tetapitidak mustahil. berdoalah. nanti kita bincang lagi setelah
keputusan diumumkan

Fauzan Shahbuddin: jika muet band 4, peluang memang cerah

anon jun 20 (12:12) insya-Allah layak, berdoalah

anon jun 20 (1:59) insya-Allah lepas. matriks modul apa? muet band berapa?

jkjk jkjk: usm sebagai uni. apex mungkin persaingan lebih sengit, namun bergantung kepada
bilangan pemohon.tawaran tempat tidak semestikan ikut susunan pilihan, malah
boleh jadi tiada dalam senarai. misalnya dapat umt atau umk. bersedialah

anon (7.01): tertakluk kepada bilangan tempat dan jumlah pemohon. data itu tidak dapat kita
akses kecuali buat anggilan terus ke fakulti yang tersebut

anon (9.40): perubatan, pergigian, farmasi biasanya memerlukan 4.0. kursus B.Sc biasa
mungkin lebih sesuai. atau cuba uitm

anon jun 21: berubah setiap tahun. cuba pengajian bahasa asing u m, upm;
pengurusan teknologi unimap, uitm

anon jun 27: jika muet band 5 boleh dikatakan ada peluang. namun, boleh masukkan dalam
salah satu pilihan

nadia Ahmad: diploma dari mana? cuba sahajalah. jika mohon ipts memang tiada sebarang
masalah

Wallahu a'lam...

Aisya zaini said...
This comment has been removed by the author.
Bungapagi said...

salam cikgu, saya lepasan STPM 2015, pointer keseluruhan saya 2.17 .Bdasarkan pendapat cikgu dengan pointer sbegitu dapatkah saya diterima mana2 IPTA? mohon pencerahan dari cikgu..

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu azhar. Saya student matriks 16/17 bidang perakaunan, pointer keseluruhan 3.69, muet band 5. Saya ingin bertanyakan pendapat cikgu tentang pilihan saya semasa isi upu. Agak2 yg mana satu akan mengena hehe

1)ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan (ukm) -dah pergi iv
2)tesl(um) -tak dapat iv
3)perakaunan(unisza)
4)perakaunan (upsi)
5)ekonomi(upm)
6)pentadbiran perniagaan(kewangan) (uitm)
7)pentadbiran perniagaan (perniagaan antarabangsa) (uitm)
8)kewangan(uum)
9)perakaunan( sistem maklumat) (uum)
10)pentadbiran perniagaan(uum)
11)perbankan (uum)
12)sains ekonomi(uum)

Thanks cikgu !!

NSH_HAMRA' SAYANG said...

Salam ckgu azhar saya ingin bertanya sedikit.Saya ni lulusan matrikulasi 16/17 Macam mana kalau pngk saya 2.84 muet band 4.Adakah peluang cerah utk saya dpt kos bi untuk komunikasi professional usm/uitm memandangkan English spm saya dpt A?dan tnggi tak saingan jika saya memohon kos sm sains komputer walaupun pointer saya tak berapa tnggi tapi saya dpt 4.0 dua2 sem utk subjek sains komputer.mohon pencerahan ckgu tlng bgtau apa perlu saya buat

Anonymous said...

Salam ckgu azhar saya ingin bertanya sedikit.Saya ni lulusan matrikulasi 16/17 Macam mana kalau pngk saya 2.84 muet band 4.Adakah peluang cerah utk saya dpt kos bi untuk komunikasi professional usm/uitm memandangkan English spm saya dpt A?dan tnggi tak saingan jika saya memohon kos sm sains komputer walaupun pointer saya tak berapa tnggi tapi saya dpt 4.0 dua2 sem utk subjek sains komputer.mohon pencerahan ckgu tlng bgtau apa perlu saya buat

CIKGU AZHAR RODZI said...

W.salam,

Bungapagi: jika muet band 4 & markah koku B masih berpeluang

anon july 2: jika iv o k mungkin sekali ukm. teka sahaja, kan? tahniah atas pencapaian cemerlang

anon july 5: insya-Allah, berpeluang. tunggu keputusan upu sebelum tindakan susulan nanti. boleh e-mel saya

Wallahu a'lam ...

Afiq said...

Assalamualaikum cikgu sya sblm ni ambk diploma sains komputer di kuis dan mndpt pointer 3.0... ada x IPTA yg blh sya mohon utk program ijazah?

Anonymous said...

Asslmmualaikum ckgu.. sya nk tnya klau cgpa 3.00 ke bawah utk stpm.. adakah seseorang itu msih berpeluang utk melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan di upsi? Mohon penjelasan..

Anonymous said...

Salam cikgu , kalau lepasan matrik 2.8 cgpa dan mndpt band 3 muet . Course dan UA manakah yg bersesuaian dan tidak banyak saingan???

Hakim Nordin said...

Assalamualaikum

Cikgu, saya dapat pngk 2.83 stpm.... Namun permohanan saya tidak berjaya.... Saya memang nk buat rayuan.... Kos di universiti mana senang dapat...

Saya ok je dapat kos ape2 pun

Hakim Nordin said...

Assalamualaikum

Cikgu, saya dapat pngk 2.83 stpm.... Namun permohanan saya tidak berjaya.... Saya memang nk buat rayuan.... Kos di universiti mana senang dapat...

Saya ok je dapat kos ape2 pun

Hakim Nordin said...

Assalamualaikum

Saya dapat pngk 2.83 namun tidak berjaya mendapat tempat di ua... Saya bercadang membuat rayuan... Kos di universiti mana yang senang dapat


Saya boleh belajar semua kos..... Maksudnya saya bersedia menerima semua pelajaran nanti

Hakim Nordin said...

Assalamualaikum

Saya dapat pngk 2.83 namun tidak berjaya mendapat tempat di ua... Saya bercadang membuat rayuan... Kos di universiti mana yang senang dapat


Saya boleh belajar semua kos..... Maksudnya saya bersedia menerima semua pelajaran nanti

Helianthus said...

Salam sejahtera,Saya pelajar lepasan Stpm.Saya tidak dapat dapat tempat dalam IPTA,mungkin Disebabkan Cgpa Saya hanya 2.17.Saya nak buat rayuan namun tidak dapat dilakukan.Adakah Saya tidak layak buat rayuan?

cikgu azhar said...

W.salam,

Afiq Asyraf: laluan upu tertumpu kepada lulusan stpm / asasi / matrikulasi A Level / IB. sdra boleh mencuba laluan khas, tetapi tiada subsidi yuran

anon july 19: jika muet band 5 / band 6

anon july 20: jika muet o k boleh mohon mass com uitm

I am hakim: x boleh tukar kursus. maksudnya rayuan untuk kursus yang sama semasa permohonan pertama kali

Looi Ean: mula2 memang x boleh akses. sekarang mungkin dah o k. cuba masuk lagi ...




Unknown said...

Assalammualaikum tuan saya merupakan pljr politeknik dan pada pertengahan sem saya telah keluat dri koko? Apa yg perlu saya lakukan?

Unknown said...

Salam cikgu... Saya nak tanya.. kalau saya dapat pointer diploma 3.02 dan band 1 saya boleh sambung belajar tak? Dengan Kos kejuruteraan mekanikal.. degree pon nak amik Kos yg sma.. ermmm taktau nak pikir apa dah.. down pon ada..

Unknown said...

Assalam.cikgu saya Nak tanya boleh ke kita ambil muet selepas tamat belajar untuk sambung pelajaran ke peringkat degree nanti?

Anonymous said...

Salam cikgu,

Bagaimana kalau syarat kemasukan utk kursus yg dipilih adlh band 3 ttpi sy hny mdapat band 2. Ada peluang lg kah utk sy msuk ke u?

Unknown said...

Assalamualaikum cg, saya farid dari diploma mekanikal engineering, PNGK saya hanyalah 2.39, nak tanya, dengan kadar 2.39 itu bolehkah saya memohon ijazah?.

Haliza said...

Salam Encik. Bgaimana kalau syarat kemasukan utk ke bdg sy memerlukan muet band 3 tetapi sy hny mndpat band 2 . Ada masi peluang utk sy utk msuk ke bdg itu?

cikgu azhar said...

W.salam,

wani iwani: masih boleh menggunakan markah kokurikulum sekolah

unknown oct 4: RU memang tipis, tapi boleh cuba uthm, unimap, ump, utem dan uitm. ambil semula muet dan baiki band

cikgu azhar said...

W.salam,

Na Bella: boleh

anon dis 9: wajib memenuhi syarat itu

farid sarhan: tiada masalah untuk memohon, tapi bukan RU. cuba utem, uthm, uitm dengan syarst muet o k

Haliza: peluang teramat tipis





Anonymous said...

Salam cikgu , saya ada soalan , bidang manakah yg terbaik utk dipilih(dgn gaji yg stabil,utk masa dpan yg lbih baik) yg jarang org nx amik (tiada minat @ tidak tahu) utk amik bidang trsebut? ,

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu,saya nak tanya utk permohonan upu bagi lepasan asasi, keputusan png sem1 atau sem2 atau cgpa keseluruhan yg akan dinilai oleh pihak upu?

Anonymous said...

Salam cikgu ad peluang ke untuk kos medic dgn pngk 3.0 matrikulasi dan muet band 4

Zulhusni Afiq said...

Assalamualaikum,saya mendapat pointer 2.86 tetapi mendapat D+ untuk matematik untuk sem 1 matrikulasi..adakah saya layak untuk msuk ke ipta?

Anonymous said...

Assalammualaikum cikgu . Saya pelajar matrikulasi (perakaunan) sekarang saya di semester 2 . Pspm 1 sayaendapat pointer 2.89 . Saya minat kos kaunseling .boleh kah saya memohon kos tersebut ? Kos apa lagi yg sesuai untuk saya mohon berdasarkan pointer yg saya dapat . Terima kasih

Jang said...

Hello cikgu . Kalau PA dpat C- untuk STPM.. tetapi cgpa 2.70. layak kah masuk U??

cikgu azhar said...

W.salam

anon jan 6: tidak semestinya bergantung kepada bidang. sebarang ijazah ijazah pun o k asal memiliki kemahiran insaniah (soft skill), kepimpinan, komunikasi interpersonal, jati diri dan keperibadian yang menepati keperluan majikan. banyakkanberdoasemoga rezeki berpihak kepada sdra

unknown jan 9: kedua2 sem / cgpa / pngk

anon jan 12: sejak lima tahun ini memang sukar sangat. boleh cuba biomedik terlebih dahulu. atau ambil ijazah nursing di u m

zul husni: sudah dijawab dalam posting lain

anon jan 21: boleh mohon tetapi persaingan sengit, terutama RU. cuba naikkan pngk kepada 3.4 ke atas.

Jang: pengajian am wajib sekurang-kurangnya gred C

Wallahu a'lam ...



Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu, saya lepasan STPM, kursus apa yg saya perlu ambil sekiranya pointer saya rendah? Muet saya band 3. Harap sngt cikgu dpt beri nasihat.

cikgu azhar said...

W.salam,

berapa pngk? muet band 3 memadai. perincian gred setiap kertas?

Anonymous said...

Assamualaikum cikgu.. saya pelajar lpsn
STPM dgn pngk 1.75 dan muet band 4. Masih bolehkah saya di tempatkn di mana2 universiti? Harap cikgu dapat tolong saya..

cikgu azhar said...

W.salam,

keperluan minimum 2.0, kena cuba diploma uitm / upsi. mungkin kejayaan yang tertunda, insya-Allah

Anonymous said...

Macam mana tu cikgu? Boleh cikgu terangkan..

Unknown said...

Assalamualaikum encik,saya pelajar matrikulasi dan mendapat pointer 2.84 pada sem 1,saya berhasrat ingin melanjutkan pelajaran dlam bidang dietetik..tapi saya risau sangat saya tak dapat๐Ÿ˜ญpada pendapat encik,apakah yg perlu saya lakukann?tq encik

Sarah said...

Cikgu, saya lepasan stpm 2017dan saya cgpa 3.00,muet band 4.saya apply architecture dan biomedical science kat Upm, Ukm, utm.boleh saya masuk ke ipta dengan stpm result saya ?

Anonymous said...

Salam cikgu, saya pelajar lepasan stpm 2017. Sy hanya mendapat pointer 2.58, muet band 5, sy ingin tanya ada peluang atau tidak utk sambung degree jika sy mohon pengajian bahasa asing di UM/UPM ?

cikgu azhar said...

anon mac 26: maksudnya guna balik spm. slip stpm hanya sebagai lampiran

W.salam Ila Utama: bidang dietatik memang persaingan tinggi. boleh cuba dan berdoa.
jika tidak, mohon ipts yang boleh dibiayai ptptn

Sarah: ketiga2nya berstatus RU. cuba uitm atau universiti komprehensif yang lain

anon apr 28: ada, kursus bahasa asing tapi kena persediaan rapi jika dipanggil temu duga

Wallahu a'lam ...

starx said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Cikgu, macam mana kalau saya lepas dalam semua syarat kelayakan tapi tak lepas pula syarat untuk matematik tambahan waktu spm

dina said...

assalamualaikum cikgu, saya lepasan matrikulasi 2017/2018, keputusan saya cuma 2.5 sahaja dan maths saya D+. boleh ke saya dipertimbangkan ke UA nanti? universiti pilihan saya pun saya pilih requirement yg rendah seperti UTHM tapi pemilihan ikut atas dasar kekosongan tempat jugak kan cikgu? apa pendapat cikgu, boleh ke saya dapat upu cikgu? terima kasih :)

Unknown said...

Pointer 3.00 bleh ke sambung degree lain bidang...contohnya bidang perniaagaan di uitm tpi nak sambung degree ke bidang pentadbirang awam uitm

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Maaf menganggu, sy ingin bertanya. Saya adalah pelajar lepasan diploma yang berhasrat ingin menyambung pengajian ke peringkat diploma tetapi saya belum mengambil muet lagi. Tetapi sebelum ini ada yang memberitahu sekiranya ingin menyambung ke peringkat ijazah kita boleh ambil muet semasa dalam tempoh pengajian sebelum tamat pengajian tersebut. Sekiranya benar, boleh saya tahu universiti manakah yang membolehkan saya mendaftar sebelum saya ambil muet? Mohon direspons .terima kasih

Harpreet Sidhu said...

Salam cikgu... Sy baru dpt result... Pointer sy 2.83... Sy Ada harapan masuk Uni dlm intake pertama ke?

Noryani Abd Rahman said...

Assalammualaikum cikgu..
Saya nak tanya adakah ank sya layak ke upta dgn gred stpm 2.98 aliran usulluddin..

Anonymous said...

salam cikgu. saya nak bertanya, sekiranya saya mendapat pngk 2.5 iaitu 3 b 1 d layak tak saya masuk ke ipta. adakah tahun ini pihak pendidikan melihat subject ke untuk mendapatkan rempat ke ipta? ��

Kevin said...

Salam cikgu. Saya lepasan pelajar STPM dan mendapat cgpa 3.1. Saya bercadang utk memohon di UPSI dan mengambil bidang pendidikan BM atau sejarah. Adakah saya mempunyai peluang untuk diterima?

Anonymous said...

Assalamualaikum.. Saya dpt pointer 2.75 dan band 3 di matrik. Saya mohon course pendidikan bimbingan dan kaunseling di upsi. Adakah saya layak utk mohon course pendidikan dgn result itu ? Dan apakah course lain yg saya layak mohon.

Unknown said...

Salam, cikgu, walaupun blog ini sudah lama, tetapi saya ingin memohon penjelasan daripd cikgu. Saya pelajar lepasan STPM 2018 dan telah memperoleh PNGK (3.17) , apakah peluang saya untuk melanjutkan pengajian di UM dalam bidang sosiobudaya melayu ini besar, kerana kos ini saya letakkan di pilihan pertama dalam UPU

Unknown said...

jika pointer 3.0 layak kee untuk mohon jurusan perakaunan?

Anonymous said...

Encik saya dapat cgpa 3.41 dari Politeknik, bagi program dip logistik, muet band 2, SPM BM B+, Bi D, Math C, ada tak saya akan ditawarkan ke universiti (uum dan umk) , dan adakah keputusan SPM BI saya akan menyebabkan peluang saya berkurang untuk masuk Uni???

hanna love said...

As salam cikgu, saya pelajar stpm 2018. Sya nk tny adakah pointer 2.84 layak ke u awam sbb sya gagal mndpt tempat di u awam semasa hebahan keputusan baru2 ni. Walhal semasa isi permohonan sya memohon course mengikut syarat khas dan course yg dttpkan tapi rezeki bukan milik sya. Bolehkah sya mohon course yg sama semasa sya mohon sblm ni? Adakah peluang utk mendapat kan course itu tipis kerana sya memilih course yg sama? Adakah sya perlu elak pilih course yg sama utk mndpt tmpt di U awam

Unknown said...

Salam cikgu saya lepasan stpm tahun 2017/2018 saya telah gagal dalam permohonan pertama diupu sistem dan pointer keseluruh sem saya 2.92. Manakala MUET saya pula band 3. Adakah layak untuk saya dapat penempatan dlm bidang pengajian islam di UKM atau USIM?

nyssakams said...

Assalamualaikum semua. Terima kasih cikgu azhar. Alhamdulillah saya pernah comment dulu. Saya dapat keputusan 2.80 setelah tamat matriks. Alhamdulillah, dulu saya dapat melanjutkan pengajian di ukm. Dah tamat sekarang. Bulan 11 ni konvokesyen. All the best semua๐Ÿ‘

Unknown said...

Assalammualaikum cikgu, ank sy lepasan STPM 2018, pointer hnya dpt 1.92 sahaja. Pengajian Am(C-), BM (C-) kesusasteraan (C-) dan seni (B- 2.67)
Adakah anak sy boleh mohon IPTA

Nizam said...

Assalamualaaikum cikgu,saya lepasan stpm mendapat keputusan pngk 2.8 Geo(B+),Bm(B),P.Am(B),Ekonomi(D+)dan MUET(BAND4).Nak tnya pndapat cikgu kos dan U mna yang ssuai.Saya minat bidang pndidikan dan geografi.Bleh cikgu cadangkan kos yang ssuai?

Unknown said...

salam saya baru je lepas stpm saya dapat 2.95 boleh ke saya menyambung pelajaran ke degree

Unknown said...

hi cikgu.. result stpm saya 2.5, uni manakah saya boleh apply untuk course software engineering

Anonymous said...

Assalamualaikum, Cikgu Azhar..sya student aliran akaun di Mayrikulasi. Pointer CGPA sya ialah 3.54. Klau sya nk mohon upu di UKM dlam jurusan Ekonomi, berpeluang besar x ? Thank U Sangat²..saya amat berharap Cikgu Azhar dpat membalas mesej ini walaupun sudah sekian lama. Terima Kasih ^^

Unknown said...

Aslamualaikum cikgu saye pelajar matrikulasi mendapat 2.71 pngk....adakah adakah mudah untuk saya melayakkan diri ke uitm pada tahun(2021)

Anonymous said...

Kalau cgpa 2.9 apakah bidang yang masih terbuka untuk saya ceburi.Adakah hanya uitm jer harapan saya

Unknown said...

Cikgu..sy lepasan stpm..pngk 2.42, muet band 2..masi boleh ke sambung degree?

Unknown said...

Cikgu sy lepasan stpm..pngk 2.42..smua prinsipal..muet band 2..masi boleh ke sambung degree

Anonymous said...

Hello cikgu,pointer stpm sy 2.33 namun saya sangat berminat untuk menjadi seorang pendidik. Spm sy dpt 4A,3B dan 1C+. Ada harapan ke untuk saya melanjutkan pelajaran saya di UPSI?

pkfa@magdelline said...

Heelo cgu.
Apa nasihat cikgu .kalau pngk sya 2.58 stpm. Saya diberi peluang untuk metayu upu prmohonan melalau spm. Apakah sya merayu dulu..jika x dpt merayu baru mohon mlalui stpm.
Sebab takut dgn pointer kecil tu x bjaya d tempatkan d ipta.
Cgu reply sya pm ya. 0168664084

«Oldest ‹Older   401 – 533 of 533   Newer› Newest»