SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, August 2, 2012

CARA MENGEMBANGKAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN (TO PUT DOWN THOUGHTS)

Jika disuruh bercakap, satu jam pun boleh, tetapi apabila disuruh menulis mula berasa buntu dan tenggelam punca. Demikian hakikat yang berlaku kepada sebahagian besar orang, terutama calon peperiksaan. Seperti kegiatan bertaraf tinggi yang lain, penulisan ialah suatu kebolehan yang hanya boleh dicapai menerusi siri latihan yang sistematik di bawah kelolaan pakar.

Di sekolah, pakar dalam bahagian penulisan ialah guru bahasa yang sudah terlatih dengan ciri karangan yang mencapai tahap holistik. Murid yang sudah berjaya menguasai asas penulisan karangan pula boleh meningkatkan mutu penulisan masing-masing dengan merujuk tulisan pakar yang tersiar dalam media cetak yang berwibawa. Murid boleh mencontohi pelbagai kaedah pengenalan karangan, lenggok penulisan ayat, gaya bahasa, retorik, andaian, spekulasi, unjuran dan pelbagai ragam pengembangan idea.

Cara menulis bahagian pengenalan

Terdapat pelbagai gaya bagi memulakan karangan, iaitu bagi menulis perenggan pegenalan yang bersifat kunci kepada gambaran keseluruhan karangan. Namun, untuk tujuan peperiksaan, terdapat beberapa keperluan yang harus dipertimbangkan oleh calon. Calon harus mengambil ingatan bahawa pembaca karangan mereka ialah seorang pemeriksa yang tertakluk kepada peraturan pemarkahan yang diselaraskan.

Pada asasnya, perenggan pengenalan harus menjadi titik tolak penting keakuran tugasan soalan. Walaupun tiada format yang ketat tentang cara menulis perenggan pengenalan, beberapa saranan yang munasabah boleh diberi perhatian. Dengan itu, calon dapat mewujudkan kawalan dalam penulisan perenggan pengenalan supaya cukup mantap dan tidak berlebihan.

Ayat pertama eloklah berupa penegasan semula bahagian ayat tugasan soalan, lalu didikuti dengan pernyataan tiga hingga lima isi utama yang hendak diperincikan seterusnya. Unsur kecindan seperti peribahasa, kata hikmah dan petikan ucapan tokoh boleh diselitkan. Perenggan pengenalan kemudian diikat dengan satu pernyataan yang bersifat kemusykilan (provokatif, spekulatif, ramalan) yang dikaitkan dengan isu semasa.


Cara menyusun isi dan huraian berdasarkan perenggan

Sesebuah karangan yang baik mengandungi tidak kurang daripada tiga isi utama, sebelum dipecahkan pula kepada isi sampingan. Maka, kalau calon telah mengenal pasti tiga isi utama, maka setiap satunya elok dipecahkan kepada tiga isi sampingan. Keseluruhan perenggan isi akan berjumlah 3 X 3, iaitu sebanyak 9 perenggan.

Konsep holistik dalam penulisan bermaksud perspektif atau sudut pandangan yang menyeluruh tentang sesuatu isu atau perkara yang membentuk tugasan soalan dalam karangan. Pencapaian markah calon sangat dipengaruhi oleh ciri holistik ini kerana ukuran kematangan calon berpunca daripada situ. Sudah tentu karangan di peringkat STPM akan lebih tinggi tahapnya daripada karangan SPM, PMR dan UPSR walaupun tugasan soalannya lebih kurang sama.

Khusus untuk calon STPM, had jumlah perkataan wajib dipatuhi tanpa gagal. Calon PMR dan SPM mungkin masih ada kelonggaran. Maka, seringlah merujuk kepada guru bahasa masing-masing supaya peraturan terkini penulisan karangan dikemas kini.

Banyak petua tentang pecahan isi, misalnya PESTA (politik, ekonomi, sosial, teknologi, akhlak), 5W-1H (apa, siapa, bila, di mana, mengapa; bagaimana), anekdot, analogi dan banyak. Kalau calon buntu di dewan peperiksaan, lemparkan pandangan barang sebentar kepada pokok bunga di luar dewan bagi mendapat ilham. Punca pokok menjadi subur boleh diaplikasikan kepada punca seseorang individu menjadi cemerlang, sesebuah keluarga menjadi bahagia, sesebuah masyarakat menjadi kuat, sesebuah negara menjadi maju atau sesuatu umat bersifat ihsan.

Setiap isi sampingan boleh dimulakan dengan konsep yang bersesuaian dengan tugasan mengikut pandangan calon. Tidak perlu sampai berkerut dahi kerana hendak mengingat ayat ala-ala kamus atau artikel majalah yang ditulis dalam tempoh yang panjang. Setelah itu berilah sedikit perincian, contoh dan jangan lupa mengikat isi berkenaan dengan tugasan soalan.


Cara menulis bahagian penutup

Perenggan penutup umpama sebuah majlis perpisahan yang disudahi dengan segala kebaikan dan kemesraan. Tiada sebarang perkara yang terbuku di hati bakal dibawa pulang. Segala-galanya telah selesai dan tidak tergantung (no such unfinished business).

Calon disarankan menulis kesimpulan umum tentang tugasan soalan, menyatakan pendirian, memberikan harapan atau jangkaan dan mungkin syarat penting tentang penyelesaian masalah dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan tugasan soalan. 

...

...

...

...

9 comments:

Unknown said...

Cikgu kalau terlupa menulis nombor soalan karangan bahagian b, adakah pemeriksa akan menerimanya?

cikgu azhar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
cikgu azhar said...

Salam Ady Azman,

Insya-Allah, kelupaan itu dimaafkan dan tiada hukuman. Penilaian dibuat seperti biasa ...

Unknown said...

Cikgu kalau saye tersilap tulis
nombor soalan macam mane??? Bahagian B #Contoh saye pilih nombor soalan 1 tapi tulis kat dalam kotak tu nombor 2 ...๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜žmarkah....adakah saye x akan dapat markah-- mengikut skema permakahan terkini

Unknown said...

Upsr

Unknown said...

Upsr

Unknown said...

Cikgu kalau saye tersilap tulis
nombor soalan macam mane??? Bahagian B #Contoh saye pilih nombor soalan 1 tapi tulis kat dalam kotak tu nombor 2 ...๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜žmarkah....adakah saye x akan dapat markah-- mengikut skema permakahan terkini

cikgu azhar said...

Ayu Syahida,

Insya-Allah, pemeriksa yang mesra calon akan menggunakan budi bicara dalam kes seperti yang dinyatakan. Maka, tidak perlu terlalu risau.

ONE SHAH said...

Doakan kejayaan kami spm 2020