SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 4, 2012

BUKU TEKS STPM MODULAR MAKROEKONOMI (PRE-UNIVERSITY BASIC REFERENCE)

Hendak tunggu baucer RM250 Januari nanti atau beli sekarang? Terserah kepada pelajar tingkatan 6 kohort sulung sistem modular untuk membuat keputusan sendiri. Kalau beli awal boleh belek-belek, kalau beli kemudian boleh relaks dahulu.

Kini, beberapa buah buku teks Makroekonomi telah berada di pasaran bagi merebut perhatian antara 15,000 hingga 20,000 pelajar prauniversiti tingkatan 6 yang telah mendaftar sebagai calon STPM 2013. Namun, pelajar matrikulasi, persediaan universiti dan penuntut kursus diploma yang mengambil kertas makroekonomi juga akan mendapati bahawa buku teks yang ditulis oleh cikgu sekolah lebih mudah difahami berbanding dengan karya para profesor. Pelajar tahun satu ijazah sarjana muda di universiti turut boleh merujuk buku teks ekonomi yang sama untuk mengukuhkan asas teori sebelum mempelajari perbincangan teori secara lebih mendalam.

Sesebuah buku teks yang baik akur terhadap kehendak sukatan pelajaran, keperluan pentaksiran dan mesra pembaca. Namun, seperti mata pelajaran teknikal yang lain, pembacaan buku teks ekonomi memerlukan kaedah tertentu selain bimbingan guru dan pensyarah. Sebagai modifikasi atau ringkasan ungkapan kepada sejumlah fenomena yang rencam, maka penggunaan pemboleh ubah, konsep, andaian, teori, model, rumus dan gambar rajah menjadi keperluan yang tidak dapat dielakkan.
Penulis: Cikgu Sabariah binti Ali
 Harga psikologi sebelum diskaun = RM21.90
Jumlah muka surat = 202

Antara pengarang buku teks ekonomi yang prolifik dan juga menepati kehendak pembelajaran ekonomi prauniversiti ialah hasil karya Cikgu Sabariah binti Ali, terbitan Oxford Fajar. Kelebihan buku teks ini ialah dari segi persembahan, harga dan ringan. Kalau buku teks yang tebal boleh dibuat bantal, menurut sebahagian besar pelajar. Pengalaman luas beliau dengan pelajar telah ditumpahkan sepenuhnya dalam buku teks yang boleh disifatkan sebagai hebat.

Dengan harga yang kompetetif, buku ini dijangka menjadi pilihan pelajar prauniversiti. Bahan yang dipersembahkan sudah cukup untuk keperluan pembelajaran dan pentaksiran STPM. Syabas kepada Cikgu Sabariah yang menghadiahkan buku teks ini untuk kegunaan pengajian tingkatan 6 dan yang setaraf.

Namun, bergantung kepada sebuah buku teks sahaja mungkin belum mencukupi jika hendak muncul sebagai pelajar cemerlang. Maka, pelajar patut menggunakan baucar RM250 untuk memiliki sekurang-kurangnya dua buah buku teks makroekonomi dan beberapa set naskhah spesimen peperiksaan STPM. Tempoh pengajian penggal yang begitu singkat mesti dimanfaatkan sepenuhnya.
Penulis:  Cikgu Che Ros bin  Zainol dan Cikgu Mohamad Shukri bin Seman
Harga psikologi sebelum diskaun = RM 29.95
Jumlah muka surat = 286

Buku teks makroekonomi yang tidak kurang hebatnya ditulis oleh dua orang guru otai (old-timer) dalam bidang pengajaran dan pentaksiran mata pelajaran ekonomi peringkat kebangsaan, iaitu Cikgu Che Ros bin Zainol dan Cikgu Mohamad Shukri bin Seman, guru cemerlang ekonomi. Kelebihan buku teks ini ialah kerana penerbit, Pelangi, telah diberi status selaku penerbit rasmi soalan STPM 2011 - 2013. Walaupun lebih tebal dan berat berbanding dengan buku Cikgu Sabariah, buku ini juga patut dimiliki oleh pelajar sebagai rujukan silang.

Selain bahagian nota dan latihan, buku teks ini memperuntukkan sebanyak enam muka surat untuk glosari sebagai rujukan konsep secara sepintas lalu. Cadangan rujukan laman sesawang untuk tajuk tertentu juga mampu membantu pelajar memperoleh pengetahuan tambahan. Pelajar pernah memberi maklum balas sedemikian kepada penulis blog menerusi edisi mikroekonomi penggal yang lalu.

Untuk mencatat gred A, pelajar prauniversiti jangan terlalu berkira sangat. Anggap sahaja pembelian kedua-dua buku teks makroekonomi yang dipaparkan dalam perbincangan sebagai suatu bentuk pelaburan yang berbaloi. Barang diingat bahawa konsep pelaburan dalam ekonomi merujuk kepada pembelian modal fizikal  (kasar tetap) yang boleh meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan masa hadapan. 

Dalam kajian ekonomi pendidikan, modal insan juga diklasifikasi sebagai suatu bentuk pelaburan, walaupun terdapat perdebatan tentangnya. Komponen penting modal insan ialah pengetahuan, kemahiran dan sikap. Mudahan-mudahan pelajar prauniversiti yang bakal belajar makroekonomi akan menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran dan berjaya menolak ke tepi segala anjuran yang bersifat melencong...

No comments: