SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 21, 2012

KIAMAT KAUM MAYA SUDAH BERLALU (FALSE ALARM)

Sebanyak tujuh juta jiwa suku kaum Maya bertebaran di Amerika Tengah dan Mexico. Sebahagiannya masih tinggal dalam persekitaran orang Asli, manakala sebahagian lagi sudah menikmati akses pendidikan tertinggi. Maka, tarikh 21.12.12 yang diramalkan sebagai berlakunya kiamat dalam kalendar Maya kuno kini cuba dijustifikasikan sebagai petanda berakhirnya satu era dunia, tidak semestinya berlaku kemusnahan besar-besaran.

Pelik juga mengenangkan betapa suku kaum yang masih kuno berjaya mencemaskan sebahagian penduduk dunia pada tarikh yang disebutkan (hari ini). Kiamat ialah rahsia Ilahi dan tiada mana-mana insan dapat mengetahui tarikhnya. Kalau ada sesiapa yang mendakwa tahu tarikh kiamat, maka sangat terang lagi bersuluh bahawa orang itu telah sesat dan kufur, na 'u dhubillahi min dhalik.

Persediaan untuk menghadapi kiamat perlu dilakukan sepanjang masa, iaitu dengan amal kebaikan dan mencegah mungkar. Andai seseorang individu tidak sempat mengalami sendiri peristiwa kiamat, dia tetap akan mengalami kiamat kecil, iaitu kematian. Sesungguhnya, tiap-tiap jiwa akan merasai mati, kullu nafsin dha iqatu'l-maut; di mana-mana sahaja seseorang itu akan didatangi maut, walaupun berada dalam benteng yang amat kukuh, ainama taqunu yudri'q-qumu'l-maut, walau kuntum fi buruji'm-musyyadah

Kedahsyatan hari kiamat menjadi tema sebahagian kisah yang terkandung dalam al-Qur'an, khususnya surah-suarah yang diturunkan di Makkah. Kaum 'Ad, Madyan dan Tsamud sangat ingkar terhadap hari kiamat dan hari pembalasan sehingga menganggap tidak logik bahawa tulang-belulang yang sudah hancur dapat bercantum semula dengan jasad untuk dibangkitkan semula menuju padang Mahsyar. Walaupun ditegaskan berkali-kali bahawa jika manusia dapat diadakan daripada tiada, maka sudah tentu mudah manusia yang pernah ada dihidupkan semula, tetapi golongan yang ingkar tetap berdegil lalu menjadi musuh kebenaran.

Kemajuan dan pembaharuan (islah) ialah penanda aras umat terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia, iaitu mereka yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan, serta mereka beriman kepada Allah (rujuk ali Imran, 3:110). Seruan kebenaran merupakan tugas asasi orang-orang yang beriman, serta perlu disampaikan dalam pelbagai cara berdasarkan keupayaan masing-masing. Paling tidak, seruan kebenaran itu terserlah menerusi kecemerlangan peribadi dan akhlak yang mulia sebagai suatu bentuk dakwah pencapaian dan perbuat, da'wah bi'l-hal.

Sikap umat yang beriman tidak menolak kebijaksanaan yang datang daripada mana-mana sekalipun, daripada sesiapa juga hatta musuh selagi bermanfaat. Penegasan sedemikian berdasarkan al-hadith, al-hikmah dholatu'l-mu'min, au kama qala (kebijaksanaan itu merupakan barang yang hilang daripada orang-orang yang beriman). Batasan yang ditetapkan ialah al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai pegangan dan sempadan daripada terjerumus ke lembah kesesatan...

No comments: