SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

SIAKAP TIGA RASA, WANGSAR TANJUNG MALIM (EXPERT TOUCH)

Masih lagi cerita hal makan-makan, maaflah. Kali ini cerita tentang menu istimewa sebuah restoran masakan Siam berhampiran bandar pendidikan Tanjung Malim. Sebagai sebuah premis yang agak eksklusif dari segi harga makanan, bilangan pengunjung pun tidak seramai restoran biasa. 

Pemilik restoran dan pekerja semuanya datang daripada selatan Thailand dan daripada masyarakat Islam. Mereka fasih berbahasa Melayu, tetapi lenggok Siam masih boleh ditangkap jika mereka bercakap panjang sedikit. Layanan agak cekap dan tempoh menunggu juga tidaklah begitu lama.

Kebanyakan pengunjung suka duduk di bahagian luar yang terbuka sambil menikmati dendangan karaoke barangkali. Kepada yang suka menikmati makanan dalam keadaan santai dan tenang, elok sekali masuk ruang makan di dalam sahaja. Sambil menunggu pesanan siap, bolehlah berbual-bual atau layan gajet.

Hidangan ikan tiga rasa istimewa ala Thai kalau dinikmati bersama nasi goreng cendawan memang kelas. Namun, pelanggan perlu memastikan wang tunai yang mencukupi kerana tiada kemudahan bayaran dengan menggunakan kad kredit. Set seperti dalam gambar di atas, tambah semangkuk mi sup berharga RM50+.

Bagi orang dewasa, hidangan sebanyak itu mungkin sukar dihabiskan sekali gus. Maka, pelanggan boleh meminta supaya lebihan makanan dibungkus sahaja dan tidak perlulah berlagak seperti orang kaya yang hanya makan sedikit, tinggal banyak. Bukankah ahli pemakanan memberi nasihat supaya hidangan ikan hanya diambil sebesar saiz kotak mancis?

Agaknya pemilik Restoran Wangsar itu telah maklum bahawa pengambilan garam secara berlebihan membawa mudarat terhadap kesihatan pelanggan. Semua hidangan yang disediakan secukup rasa, melainkan pesanan khas. Pelanggan boleh memberitahu pelayan supaya makanan yang dimasak kurang masin dan kurang ajinomoto. 

Sambil menikmati makanan yang mahal, hendaknya kaum keluarga yang susah tidak dilupakan. Sesekali ke kampung, beli bahan mentah supaya mereka memiliki kesempatan untuk menikmati sajian yang berkhasiat dan lazat. Pertimbangan paling penting dalam penyediaan makanan untuk kaum keluarga ialah bahan yang halal dan punca kewangan yang juga halal sepenuhnya.

Mufti Kedah, Datuk Baharuddin Ahmad dalam satu kuliah Maghrib di Masjid Solatiah, Rapat Setia Baru pernah menyebut bahawa dalam bab makan minum janganlah terlalu berkira sangat jika berkemampuan. Contohnya, kalau ke pasar basah, carilah ikan, ketam, sotong atau udang yang paling mahal. Maksudnya sekali-sekala dan tidak pula membazir...

No comments: