SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 10, 2012

PASEMBUR SLIM RIVER (SPECIAL MENU AT A SMALL TOWN)

Bukan tidak biasa menikmati rojak mamak di Ipoh dan kawasan rawat dan rehat Ulu Bernam. Namun, kalau sudah berada di sebuah pekan yang serba sederhana seperti Slim River (sungai kurus?), secara automatik pilihan menjadi terbatas. Walaupun begitu, setiap tempat pasti ada menu istimewa masing-masing.

Baru beberapa bulan ini, Sudut Makanan Aslam (kumpulan 786) yang mula bertapak di sebelah pasar raya TF di Behrang 2020 membuka cawangan di sebelah pasar raya keluarga Family Mart yang berjiran pula dengan stesen kereta api Slim River. Perniagaan Aslam beroperasi antara pukul 10.30 pagi hingga 7.00 malam. Sepertimana restoran makanan segera yang menawarkan hidangan yang mengandungi kalori dan kolestrol pada tahap tinggi, maka sesekali tiada salahnya menikmati hidangan pasembur, mi goreng mamak dan cendol.

Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan rasa manis dan masin yang berlebihan dalam pasembur, iaitu dengan menambah air panas, atau kurangkan pengambilan kuah kacang yang disediakan. Pelanggan juga berhak untuk meminta penyedia pasembur supaya menggunakan sarung tangan ketika mengambil segala macam campuran. Sentuhan makanan secara langsung dengan kulit mungkin memindahkan cecair badan yang boleh mengundang risiko hepatetis B dan C yang merupakan pembunuh senyap selepas serangan jantung dan strok.


Ensaiklopedia atas talian Wiki mentakrifkan pasembur sebagai salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dan sebagainya yang dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia, serta dikaitkan pula dengan Pulau Pinang, istimewa di sepanjang Jalan Gurney. 
Masyarakat Melayu dan Cina juga sudah biasa menikmati hidangan pasembur di restoran mamak sambil menonton siaran televisyen atau melayan akses internet wifi percuma di situ.  Di Singapura, pasembur dihidangkan dengan campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas. Pasembur boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut yang kaya dengan asid urik, kalori dan kolestrol.
Pasembur tidak lagi menjadi monopoli peniaga mamak, malah telah dijual oleh peniaga Melayu dan kafe hotel lima bintang. Namun, pasembur mamak masih berrsifat asli dan unik berbanding dengan penyediaan oleh peniaga Melayu dan hotel. Demikian dakwa peminat setia pasembur mamak.
Orang Slim River memang kenal benar dengan hidangan pasembur Aslam sepertimana orang Teluk Intan kenal mi rebus dan rojak Mastan Ghani. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pasembur Aslam lebih enak berbanding dengan pasembur di pasar raya Mydin. Namun, makanan enak hanya perlu dinikmati sekali-sekala supaya tidak bertukar menjadi racun yang memudaratkan tubuh badan.

...

...

...

...

No comments: