Aliran pendapatan dan perbelanjaan, serta pergerakan faktor, barang dan perkhidmatan yang berlaku antara pelaku ekonomi, iaitu isi rumah, firma, kerajaan dan sektor luar negara dalam sesebuah ekonomi.
Aliran Fizikal: pergerakan barangan (barang dan perkhidmatan), serta faktor (buruh, tanah, modal, usahawan) antara sektor ekonomi
Aliran Wang: pergerakan perbelanjaan (penggunaan pendapatan) dan pendapatan faktor (upah, sewa, bunga, untung) antara sektor ekonomi
a) sebagai pemilik faktor (pengeluaran): buruh, tanah, modal usahawan
b) menjual faktor kepada firma di pasaran faktor = aliran fizikal
c) sebagai balasan, menerima pendapatan faktor: upah (W), sewa (R), bunga (r), untung (π) = aliran wang
d) membeli barang dan perkhidmatan di pasaran barang = aliran fizikal
e) membelanjakan pendapatan sebagai bayaran kepada firma = aliran wang
f) membayar cukai pendapatan persendirian kepada kerajaan = aliran wang
g) membeli barang import dari sektor luar negara / antarabangsa / asing
i) menabung bahagian pendapatan yang tidak dibelanjakan di institusi kewangan
a) pihak swasta yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan
b) menjalankan pelaburan dengan sumber modal institusi kewangan
c) membeli faktor daripada isi rumah di pasaran faktor: aliran fizikal
d) membayar harga faktor dalam bentuk upah, sewa, bunga dan untung kepada isi rumah: aliran wang
f) menerima bayaran dalam bentuk harga daripada isi rumah: aliran wang
g) membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan: aliran wang
h) menjalankan urusan eksport dan import dengan sektor luar negara: aliran fizikal
i) urusan terimaan dan bayaran terhadap sektor luar negara: aliran wang
b) membuat perbelanjaan hasil cukai untuk kebajikan masyarakat: penyediaan barang dan perkhidmatan awam, infrastruktur, subsidi:
aliran fizikal
c) membayar gaji dan membiayai projek awam: aliran wang
a) urusan eksport barang dan perkhidmatan dengan firma: aliran fizikal
b) membuat bayaran kepada firma: aliran wang
c) urusan import barang dengan isi rumah, firma dan kerajaan: aliran fizikal
d) menerima bayaran daripada isi rumah, firma dan kerajaan: aliran wang
Gambar rajah di atas ialah satu versi ilustrasi yang lebih kreatif untuk tujuan pembelajaran. Namun, untuk tujuan peperiksaan, pelajar harus merujuk model dalam buku teks yang disarankan oleh guru. Tambahan penerangan di atas ialah konsep suntikan (paip hijau di bawah sebelah kanan), iaitu J = I + G + X yang menjadikan saiz aliran pusingan pendapatan negara bertambah besar, manakala bocoran (paip biru, di atas sebelah kanan), iaitu W = S + T + M yang akan menjadikan saiz aliran pusingan pendapatan menjadi lebih kecil.
a) Bagi menjawab soalan peperiksaan, kenal pasti betul-betul fokus tugasan dari sudut yang mana satu, sama ada dari segi
pelaku ekonomi, jenis aliran atau sektor ekonomi keberapa.
b) Perhatikan bahawa institusi kewangan tidak diklasifikasikan sebagai pelaku ekonomi yang mewakili satu sektor yang khusus seperti saranan sesetengah ahli ekonomi.
2 comments:
Bravo... sgt membantu. Tahniah...
Sangat bermanfaat. Tq
Post a Comment