SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Saturday, April 5, 2014

ANGSANA MALL IPOH KINI LEBIH MESRA PENGUNJUNG (NEW LOOK OF UO SHOPPING EXPERIENCE)

Antara mercu tanda bandaraya Ipoh ialah gedung perniagaan Angsana Mall, dahulunya Greentown Mall. Syabas kepada kepimpinan Lembaga Kemajuan Bandar (Urban Development AuthorityUDA) atas keberanian menonjolkan penjenamaan kompleks milik mereka ke arah bahasa Melayu walaupun baru separuh jalan. Penyewa utama Angsana ialah pasar raya milik Dato' Zahari, iaitu pasar raya UO, singkatan ejaan Uda Ocean dengan slogan 'Untung Orang Ramai' (dieja 'Untung Orangramai' bagi mengekalkan singkatan UO) yang mendapat sambutan pembeli pelbagai kaum dari seluruh negeri Perak.

Kedudukan Angsana Mall memang strategik kerana berdekatan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Kompleks Pejabat Kerajaan Persekutuan, KWSP dan Stadium Perak. Baru-baru ini, pusat rawatan al-Ridzuan, milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINP) yang pernah diterajui oleh Dato' Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua telah memulakan perkhidmatan pakar runding perubatan setelah berpindah dari Kompleks Seruan Islam dan kini jiran Angsana Mall. Bagi penggemar sajian nasi padang, Restoran Simpang Tiga terletak betul-betul di belakang Angsana Mall.
medan selera Angsana Mall berwajah baharu

Sebagai sebuah gedung perniagaan, Angsana Mall menyediakan pelbagai perkhidmatan nilai tambah, termasuk medan selera. Setelah ditutup hampir setengah tahun untuk memberi laluan terhadap kerja naik taraf, kini medan selera Angsana Mall benar-benar 'mengancam' dan setara dengan medan selera di Aeon, dahulunya Jaya Jusco, sebuah pusat beli belah dan libur yang tidak pernah sunyi daripada kunjungan orang ramai. Susun letak kerusi meja dan penataan lampu di Angsana Mall sudah jauh lebih canggih daripada dahulu.

Setelah dibuka semula pada 1 April yang lalu, sambutan pengunjung begitu menggalakkan walaupun belum semua penyewa asal kembali berniaga. Proses naik taraf dan penjenamaan semula sesebuah premis perniagaan akan menjadi faktor kritikal terhadap keupayaan mengekalkan asas pelanggan sedia ada dan menarik pelanggan berpotensi. Persaingan dalam sektor perniagaan makanan halal, bersih dan berkhasiat bakal memberi manfaat besar kepada orang ramai yang gemar berbelanja di luar rumah.

Masalah medan selera sebelum ini ialah perniagaan ditutup agak awal iaitu kira-kira pukul enam petang, itu pun hanya tinggal beberapa lot kedai makan. Diharap pihak pengurusan Angsana Mall dapat memujuk peniaga makanan untuk melanjutkan tempoh perniagaan mereka sekurang-kurangnya hingga pukul 9 malam. Promosi yang lebih agresif boleh diiklankan menerusi Radio Perak.fm dan papan iklan elektronik di seluruh bandar raya.
kanak-kanak yang mudah bosan kini lebih ceria

Apabila ibu bapa muda membeli-belah, anak-anak harus diheret sama atas sebab keselamatan dan kegiatan keluarga. Kalau dahulu kanak-kanak boleh bermain di sudut khas restoran makanan segera Merry Brown, kini mereka disediakan tempat bermain di atas pelampung yang canggih di pintu masuk hadapan Angsana Mall. Sudah tentu kanak-kanak perlu diawasi sepanjang masa bagi mengelakkan kemalangan dan kes jenayah.

Kelebihan Angsana Mall yang tidak ada di Aeon, Tesco, Giant, Billion dan Econsave ialah pusat servis peranti mudah alih Samsung yang mengambil alih lot kedai cermin mata terkenal, Kinta Optometry milik Encik Azizul, optometris lulusan UKM yang kini berpindah ke Fair Park. Di sana juga terdapat banyak kedai menjual telefon mudah alih sehingga boleh dianggap sebagai pusat sehenti gajet terkini yang menjadi sebutan dalam kalangan warga bandaraya Ipoh. Khidmat nasihat dan baik pulih yang disediakan memang tidak mengecewakan.

Penggemar fabrik, busana muslimah dan tradisional akan mendapati Angsana Mall sebagai pilihan kunjungan membeli-belah yang tepat. Begitu juga dengan proses pendaftran syarikat yang boleh dilakukan di ibu pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia cawangan negeri Perak di aras dua. Peminat sukan tenpin bowling boleh menguji tahap pencapaian masing-masing di aras dua yang bertentangan ...

No comments: