SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, April 9, 2014

HURAIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA, FAEDAH MUTLAK (THE BENEFIT OF SPECIALIZATION, GOODS EXCHANGE)

...

...

negara
kel.sebelum p’khususan

selepas p’khususan

p’gunaan selepas PAB ( 1   :  3  )

makanan
pakaian

makanan
pakaian

makanan
pakaian
M’sia
10
2

20
0

8
4
Jepun
8
4

0
8

12
4
Jumlah
18
6

20
8

20
8

Terdapat dua buah negara iaitu Malaysia dan Jepun. Kedua-dua negara mengeluarkan makanan dan pakaian. Sebelum pengkhususan, Malaysia mengeluarkan 10 unit makanan dan 2 unit pakaian, manakala Jepun mengeluarkan 8 unit makanan dan 4 unit pakaian. Jumlah keluaran dunia sebelum pengkhususan ialah 18 unit makanan dan 6 unit pakaian. Malaysia memiliki kelebihan dalam pengeluaran makanan kerana kecekapan buruh yang lebih tinggi berbanding dengan Jepun, sebaliknya Jepun memiliki kelebihan dalam pengeluaran pakaian. Maksudnya, Malaysia dan Jepun memiliki faedah mutlak dalam barang yang berlainan.

Maka, Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran makanan. Buruh dari sektor pakaian berpindah ke sektor makanan menjadikan keluaran makanan Malaysia menjadi 2 X 10, iaitu 20 unit makanan. Jepun pula mengkhusus dalam pengeluaran pakaian. Buruh dari sektor makanan berpindah ke sektor pakaian, lalu menjadikan keluaran pakaian berjumlah 2 X 4 = 8 unit pakaian. Jumlah keluaran dunia sudah berubah kepada 20 unit makanan dan 8 unit makanan. Pertambahan yang berlaku ialah sebanyak 2 unit makanan dan 2 unit pakaian. Pengkhususan telah berjaya meningkatkan jumlah keluaran dunia bagi kedua-dua barang.
                                                                                                  
Malaysia tidak lagi mengeluarkan pakaian, manakala Jepun tidak lagi mengeluarkan makanan, sedangkan kedua-dua negara memerlukan barang tersebut. Maka, pertukaran perlu dilakukan berdasarkan kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua buah negara. Hitungan yang dibuat menunjukkan harga relatif di Malaysia ialah 1 unit pakaian kepada 5 unit makanan (1:5), manakala Jepun 1:2. Kadar pertukaran perlu terletak antara kedua-dua harga relatif itu.

Andaikan kadar pertukaran yang dipersetujui ialah 1:3 dan Jepun berhasrat mengekalkan penggunaan pakaian sebagaimana sebelum pengkhususan. Jepun akan menggunakan 4 unit pakaian. Lebihan 4 unit pakaian lagi dieksport ke Malaysia. Sebagai balasan, Jepun akan memperoleh 12 unit makanan (4 unit pakaian X 3 unit makanan). Malaysia pula memperoleh 4 unit pakaian dan mempunyai baki 8 unit makanan untuk penggunaan domestik (dalam negeri).

Berdasarkan kegiatan perdagangan antarabangsa Malaysia dengan Jepun, penggunaan dalam negeri Malaysia bagi makanan berkurang 2 unit, tetapi penggunaan pakaian bertambah sebanyak  2 unit.  Jepun pula memperoleh tambahan 4 unit makanan, serta berjaya mengekalkan penggunaan makanan. Maka, kedua-dua buah negara telah beroleh laba (manfaat, untung) hasil kegiatan pertukaran eksport import yang berlaku.

 ©   Azhar bin Mohd Rodzi, SmEkon (UKM), Dip.Ed (UIAM), M.Ed (Distinction) (Malaya)

No comments: