SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, April 7, 2014

PROF. IZI HAJI ALI YANG SAYA KENALI (ACADEMICIAN CUM CELEBRITY MOTIVATOR)

Pertama kali saya bersua muka dengan Encik Mohammad Izzudin bin Haji Ali, pensyarah matematik Institut Teknologi Mara, Dungun (kini UiTM) ialah ketika beliau datang ke Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash (SMTI) untuk mengisi slot motivasi pelajar anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beliau baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia motivasi yang ketika itu mula berkembang pesat dengan tokoh seperti Dr. Shukri Abdullah, Dr. Hasan Ali dan Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah. Encik Izudin ditemani oleh isteri datang ke Ipoh dengan menaiki bas ekspres.

Bayaran bagi slot motivasi sepanjang hampir satu jam setengah itu hanyalah RM150. Beliau berada di SMTI pada sebelah petang setelah mengisi slot yang sama di sebuah sekolah berdekatan pada waktu pagi. Encik Izuddin berjaya membawa kelainan dalam persembahan beliau kerana kaedah interaksi yang berkesan, justeru beliau sanggup turun bertemu khalayak di bawah pentas ucapan. 

Encik Izudin dan isteri telah menempah tiket bas ekspres untuk balik ke Dungun pada pukul lapan malam itu juga. Cikgu Ishak Ismail (kemudian pensyarah Upsi, arwah) mencadangkan Encik Izudin dan isteri ke rumah saya (ketika itu masih menyewa) terlebih dahulu memandangkan jam baru menunjukkan pukul enam petang. Alhamdulillah, Encik Izudin dan isteri sudi menaiki kereta Proton Wira yang baru saya miliki ketika itu. 

Perbualan di dalam perjalanan tidaklah panjang mana memandangkan jarak SMTI ke rumah sewa saya hanya kira-kira lima kilometer. Di rumah, saya dan isteri memberi kesempatan untuk pasangan tetamu hebat saya berkemas diri dan menunaikan solat jamak qasar. Notis suntuk Cikgu Ishak menyebabkan tuan rumah hanya mampu menghidangkan makanan yang dibeli dari luar.

Perjalanan ke terminal bas ekspres Medan Kidd dicengkam rasa cemas kerana keadaan jalan agak sesak sedangkan waktu bertolak sudah hampir. Maka, masing-masing lebih banyak melayan perasaan itu sambil berdoa semoga sempat tiba. Alhamdulillah, kami tiba tepat pada waktunya, tetapi bas hanya bergerak hampir lima minit lewat, barangkali bagi menunggu tiket dijual habis.

Ketika itu telefon bimbit masih belum digunakan secara meluas kerana harganya yang sangat mahal, liputan rangkaian pula terhad dan saiz telefon yang besar. Kemudahan komputer dan internet juga memang terhad, tiada perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dan seumpamanya. Dengan itu, tiada tukar-menukar nombor telefon, e-mel atau alamat.

Setelah itu, kami terputus hubungan dan tidak mahu mengganggu privasi pasangan yang sibuk dan belum lama bernikah. Namun, secara kebetulan rumah Encik Izudin di Dungun tidak jauh daripada rumah keluarga saya di sana. Keinginan untuk bertemu semula tidak kesampaian justeru beliau sering berada di luar rumah ketika saya balik kampung.

Suatu hari saya layan stesen radio swasta yang ketika itu baharu sahaja bersiaran, iaitu Hot.fm. Tiba-tiba muncul nama Profesor Izi Haji Ali yang menyampaikan ayat-ayat motivasi yang ringkas, tetapi bagaikan butir mutiara yang sangat berharga. Beliau mengakhiri ayatnya dengan tag line: renung-renungkan, selamat beramal.

Saya pun mencari maklumat tentang Prof. Izi sebab suaranya macam biasa dengar dan ITM sudah pun naik taraf menjadi universiti penuh untuk membolehkan pensyarah bergelar profesor madya, profesor dan sebagainya. Akhirnya, memang sah bahawa Prof. Izi dan Izuddin ialah orang yang sama. Saya cuba mengaitkan Prof. Izi dengan juruhebah Hot.fm yang bernama Suraya yang mengaku pernah belajar di ITM Dungun.

Lama-kelamaan Prof. Izi kerap pula muncul bersiaran di kaca televisyen, mula-mula nampak macam saiz XXL, kemudian tinggal L sahaja. Nama Prof. Izi sudah setara dengan penceramah dan perunding motivasi yang tersohor selain menulis buku motivasi. Walaupun apa-apa sahaja kontroversi yang berlaku selepas ini, saya tetap menganggap bahawa Prof. Izi Haji Ali sebagai seorang penceramah motivasi yang memiliki aura , magis dan magnet yang tersendiri dalam menyalakan harapan dan impian kepada sekian banyak insan ...

('saya' dalam tulisan di atas merujuk penulis blog ini).

5 comments:

PKGuys said...

Tingkat amalan dalam bulan romadan ni abang ark. Renung renungkan lah. Kipidap ... semoga arwah beroleh jannaah.

PKGuys said...

Tingkat amalan dalam bulan romadan ni abang ark. Renung renungkan lah. Kipidap ... semoga arwah beroleh jannaah.

fendi said...

Al Fatihah untuk arwah

fendi said...

Al Fatihah untuk arwah

Shyra said...

Al fatihah