SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, April 30, 2014

IPTA MALAYSIA TERCICIR DARIPADA SENARAI 100 TERBAIK DUNIA (BENCHMARKING FOR WORLD CLASS EDUCATION)

Saban tahun kita terpaksa melayan penarafan universiti terbaik dunia oleh organisasi yang berpangkalan di Barat seperti Times Higher Eduction (THE) yang sebenarnya bermasalah setelah berpecah dengan Quacquarelli Symonds (QS). Semasa bergabung dahulu, mereka bernama Times Higher Education Supplement, THES. Universiti Malaya (UM) pernah diletakkan di tangga ke-89 dunia oleh THES justeru menyangka bahawa pelajar dan kakitangan akademik bukan Melayu sebagai warganegara asing.

Dalam kalangan universiti berusia di bawah 50 tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pernah menduduki tangga ke-98 dunia pada tahun 2012 (klik di sini). Namun, wakil tunggal negara itu juga terkeluar daripada senarai terkini THE. Maka, bisinglah pihak-pihak yang sengaja memejamkan mata terhadap tujuan asal penubuhan universiti awam tempatan yang lebih menjurus kepada penjelmaan kontrak sosial ketika menerima kemerdekaan daripada penjajah Inggeris, syarat kewarganegaraan dan hak istimewa kaum bumiputera.

Dasar liberalisasi pengajian tinggi telah menyaksikan pembukaan ratusan universiti dan universiti kolej yang dikendalikan oleh pihak swasta, contohnya Helps, Taylor, Inti, KDU, Mahsa dan lain-lain. Adakah IPTS berkenaan yang diuruskan tanpa terikat dengan kontrak sosial negara tersebut berjaya tersenarai dalam penarafan 100 buah universiti terbaik dunia?

Memang seronok jika setiap kali IPTA tempatan tersenarai dalam penarafan universiti terbaik dunia, tetapi tidaklah sampai mengatasi tujuan tersirat penubuhan sesebuah universiti awam. Jika benar IPTA tempatan bertaraf rendah, mengapakan siswazah mereka diterima melanjutkan pengajian ijazah tinggi di Harvard, Yale, UC Berkeley, MIT, Cambridge, Oxford dan London? Malah, IPTA tempatan menjalin persefahaman strategik dengan universiti terkemuka dunia, contohnya UKM dengan Cambridge bagi pengajian undang-undang.

Dalam usaha pengantarabangsaan, IPTA tempatan telah membuka pengambilan pelajar asing berkali-kali ganda, khususnya untuk program pengajian siswazah (ijazah tinggi). Walaupun demikian, penawaran tempat untuk ijazah asas diberi keutamaan kepada warganegara atas kepentingan strategik jangka panjang. Lebih banyak profesor asing juga diberikan tempat di IPTA, malah UM sebagai contoh membariskan lebih 80 peratus pensyarah asing di Institut Pengetua (Institute of Educational Leadership) yang diketuai oleh Profesor Alma Harris, sarjana kepimpinan pendidikan yang terkenal di dunia.

Hakikatnya THE atau QS menghitung mata penarafan universiti berdasarkan kriteria tertentu yang terdedah kepada ralat pengukuran. Siapakah yang menyelia dan memantau proses pentadbiran instrumen pengukuran mereka? Adakah dapatan yang terhasil telah dibentang, dibahas dan disahkan dalam satu majlis pakar?

Sikap cepat melompat dan melatah dalam kalangan pihak amatur pendidikan yang tidak pernah bergelumang dalam dunia kecendekiawanan dan kepimpinan pengajian tinggi menggambarkan mentaliti rendah diri yang melampau terhadap Barat. Kita boleh sahaja menghormati kebijaksanaan sarjana asing dan organisasi penarafan asing, tetapi menelan bulat-bulat segala penilaian mereka tentulah sangat janggal. Sambil kita berasa kagum dengan pencapaian Barat, pencapaian cemerlang kita sendiri jangan sesekali dilupakan.

Kesimpulannya, keperluan penarafan antarabangsa bukanlah hendak dipandang sebelah mata, tetapi kita juga perlu berlaku adil dan seimbang dalam menilai pencapaian IPTA dan IPTS tempatan. Sebenarnya telah ramai siswazah universiti tempatan yang mencipta kejayaan di peringkat dunia, seperti presiden perhimpunan agung Bangsa Bersatu (Unga), menteri kabinet di negara Afrika dan banyak lagi. Kepada pengkritik amatur pengajian tinggi tempatan, berpada-padalah dalam melontarkan kecaman ...

No comments: