Sekolah
mission ialah sekolah mubaligh Kristian yang mula ditubuhkan di Malaysia pada kurun ke-16 apabila Portugis menawan Melaka (klik
di sini). Dalam buku-buku sejarah, kegiatan penjajahan Barat sering dikaitkan dengan tujuan mendapatkan emas, kemegahan dan penyebaran agama Kristian (
gold,
glory and gospel) (klik
di sini dan
di sini). Mereka tampak berjaya di benua Afrika, India, Filipina, sebahagian India, Korea Selatan, Amerika Selatan, malah di Indonesia 10 peratus penduduknya ialah penganut Kristian.
Di Malaysia, penyebaran Kristian secara terbuka tidak dibenarkan di bawah peruntukan perlembagaan negara (klik
di sini dan
di sini). Masyarakat Islam memang sangat berpegang kuat kepada aqidah dan iman walaupun mungkin amalan seharian mereka tidak menggambarkan penghayatan Islam secara tuntas (
syumul). Suatu ketika dahulu sebahagian ibu bapa enggan menghantar anak mereka ke sekolah mubaligh atas kekhuatiran anak mereka bakal dipengaruhi untuk meniru amalan orang kafir.
Kassim Tukiman, 2002 sebagaimana yang dipetik oleh Mohd Abdul Halim bin Paijalah (2013) menyebut:
Namun demikian, kedatangan penjajah menyebabkan proses pendidikan di
madrasah dan sekolah agama terancam kerana sistem sekular yang dibawa oleh
mereka. Pada peringkat awal, penjajah British telah menubuhkan sekolah Inggeris
yang dikendalikan oleh golongan mubaligh Kristian. Hal ini menunjukkan bahawa
British telah berusaha membawa elemen agama dalam proses kristianisasi semasa
menjajah negara ini. Keadaan ini telah menimbulkan rasa gelisah dalam kalangan
orang Melayu yang kebanyakannya beragama Islam.
Namun, sistem pendidikan kebangsaan menerima kepelbagaian warisan sejarah penubuhan sekolah sebagai suatu kekuatan untuk memacu negara ke arah perpaduan yang menjadi jaminan kemakmuran dan keutuhan masyarakat berbilang-bilang latar belakang keturunan dan kepercayaan. Mulai awal dekad 1970-an secara beransur-ansur sekolah mubaligh bertukar status sebagai sekolah bantuan modal dengan pangkal nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK). Segala urusan kurikulum dan pelantikan terletak di bawah bidang kuasa kementerian pendidikan, manakala hak milik bangunan dan kawasan sekolah masih menjadi milik penganjur mubaligh Kristian (klik
di sini).
...
...
...
...
...
...
No comments:
Post a Comment