SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Loading...

Sunday, December 21, 2014

SYAIR BIDASARI: KOMSAS BAHARU TINGKATAN 4 (THE ROLE OF A MONARCHICAL HEAD OF THE KINGDOM)

Naskhah asal manuskrip Jawi Syair Bidasari (SB) yang terdiri daripada lebih seribu rangkap (1,035) tersimpan di London School of Oriental and African Studies, University of London. Salinan dalam bentuk mikrofilem boleh dibaca di Perpustakaan Universiti Malaya, Perpustakaan Negara Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Di Malaysia, naskhah SB diselenggara oleh Puan Jamilah binti Ahmad, pegawai penyelidik DBP yang kini telah bersara (klik di sini).

Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul (JKKDI), hanya lapan rangkap permulaan SB dihidangkan untuk pembelajaran komponen sastera (komsas) tingkatan 4, iaitu pada halaman 5 hingga 7. Murid tidaklah diharapkan untuk membuat kajian yang terlalu mendalam sebagaimana dalam mata pelajaran Kesusteraan Melayu, atau wacana kesarjanaan (klik di sini, hanya untuk makluman bukan untuk dibaca). Maka memadai dengan memahami maksud setiap rangkap, kemudian cuba memenuhi keperluan pembelajaran komsas seperti tema, latar, nilai, pengajaran dan persoalan.

Rangkap 1

          Dengarkan tuan suatu riwayat
          Raja di desa Negeri Kembayat
          Dikarang fakir dijadikan hikayat
          Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2
          Ada raja suatu negeri,
          Sultan halifah akas bestari,
          Asalnya baginda raja yang bahari,
          Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3
           Hairan orang empunya temasya,
           Baginda itulah raja perkasa,
           Sangat tiada merasai susah,
           Entah pada esok dan lusa.

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4
          Seri sultan raja bestari,
          Setelah ia sudah beristeri,
          Beberapa bulan beberapa hari,
          Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun hamil.

Rangkap 5
          Beberapa lamanya dalam kerajaan,
          Baginda duduk bersuka-sukaan,
          Datanglah beroleh kedukaan,
          Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6
          Datanglah kepada suatu masa,
          Melayanglah unggas dari angkasa,
          Unggas gurda sangat perkasa,
          Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7
          Datanglah menyambar suaranya bahana,
          Gemparlah sekalian mulia dan hina,
          Seisi negeri gundah-gelana,
          Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.

Rangkap 8
          Baginda pun sedang dihadap orang,
          Mendengar gempar seperti perang,
          Bertitah baginda raja yang garang,
          "Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.

...

PERBINCANGAN

1   Tema

     Cabaran yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara (muka surat 3 antologi JKKDI)

2  Nilai

    a)  Keadilan: Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
   b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan:  Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya
              perlu difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
    c) Kebijaksanaan:  bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan (rangkap 5 dan 7)

3   Persoalan

     a)  Keadilan dalam pemerintahan
     b)  Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati kesenangan
     c)  Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat keputusan / tindakan (pada saat genting)

4   Pengajaran
     a)  Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah
     b)  Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
     c)  Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

5   Perwatakan

     a)  Adil
     b)  Peka / prihatin / sentiasa waspada
     c)  Bijaksana / matang

6   Sinopsis

Contoh soalan aras petikan

Contoh soalan aras kbkk / kbat

Contoh soalan aras komsas

Panduan menulis jawapan

Penutup dan rumusan

13 comments:

scarllet stewart said...

Mengikut buku rujukan JKKDI keluaran SASBADI saya dapati sinopsis syair ini membawa maksud kepada 2 raja iaitu di mana rangkap ke 5 bermaksud raja telah mangkat dan digantikan dngn raja lain yg tidak prihatin pada rangkap ke 8..Boleh encik tolong berikan penjelasan?

cikgu azhar said...

Bagi merungkai kemusykilan scarlett stewart diturunkan bahan rujukan yang lebih berwibawa daripada Sasbadi:

SB terbahagi kepada lima kisah. Secara struktural dan “rekonstruk”, Braginsky melihatnya dalam episod-episod dan hubungan plot yang bersimetri. Kisah yang pertama, mengisahkan pasangan diraja hidup serba senang, tetapi mala petaka serangan geruda, tiba-tiba menimpa mereka, menukarkan suka menjadi duka. Pasangan diraja tidak berdaya lagi menjelajahi hutan, anak ditinggalkan dalam paksaan. Kisah yang pertama berakhir dengan tema dukalara. Kisah kedua, bermula dengan nada gembira, dengan sedikit kecacatan Lela Jauhara tidak dikurniakan cahaya mata. Penemuan Bidasari meniupkan semangat dalam keluarga saudagar. Kisah bersambung, Johan Mengindera Raja Negeri Inderaputera bersama permaisuri Lela Sari yang cantik jelita. Lela Sari kemudiannya, tewas dalam nafsu haiwani, saingannya Bidasari diseksa penuh kesengsaraan. Air mata ibu bapa Bidasari menjadi rintihan keluarga. Saudagar tua merintih keruntuhan akhlak pada zamannya, kekejaman pegawai-pegawai tinggi dan permaisuri Lela Sari. Kisah ketiga, bermula dengan tema keriangan dan kegembiraan. Raja Mengindera dan isterinya Lela Sari hidup bahagia. Raja bertemu Bidasari di perburuan menjadikan episod cinta yang berpanjangan. Kedurjanaan Lela Sari terbongkar, Raja murka tersiksa jiwa. Kemabukan cinta, Bidasari menjadi isteri kedua. Duka Bidasari telah bertukar menjadi kebahagiaan, manakala kebahagiaan Lela Sari diganti duka. Kisah keempat, kisah Raja Kembayat kembali ke tanah airnya selepas dilanggar geruda. Kisah bermula dengan tema dukacita, sedih kehilangan puterinya jelita. Mereka mendapat cahaya mata, Putera Bangsawan diberi nama, berjaya mencari kakaknya, Puteri Bidasari di Inderapura. Kisah keempat berakhir dengan tema gembira. Kisah kelima, kembali dengan tema dukacita tetapi sejenak sahaja. Kerinduan Raja Kembayat kepada puterinya. Utusan dihantar ke Kembayat, membawa rombongan keluarga diraja ke negeri Inderapura. Suasana pertemuan membawa tema kegembiraan. Temasya dan pesta diadakan. Putera Bangsawan menemui pasangannya di perburuan dan mengasaskan Kota Inderanegara. Syair ditutup dengan cerita tentang pemerintahan yang sejahtera. Ketiga-tiga raja di negeri masing-masing dan perubahan sikap Lela Sari yang agak terlambat mengakui kesalahannya dan menyesali perbuatannya(Braginsky, 1994: 141)

http://chethashim.blogspot.com/2011/04/keindahan-syair-bidasari.html

Untuk tujuan pembelajaran komsas, murid tidak dikehendaki mendalami keseluruhan kisah SB yang berjumlah 1,035 rangkap itu. Hanya lapan rangkap awal yang dikaji pada permukaannya sahaja ...

Jaket Kulit said...

Assalammuallaikum. Salam kenal sebelumnya, saya dari indonesia. Nak tanya dimana saya bisa mendapatkan buku Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul? Terimakasih banyak.

Anonymous said...

Saya enggak pasti, tapi boleh dapatkan dari online

Kayu Stigi said...

Semoga semakin sukses dan bermanfaat bagi banyak orang. AMiiin

Anonymous said...

Kt kedai buku di kampong jerolon

Anonymous said...

bolehkah cikgu berikan huraian bagi persoalan? terima kasih..

Kayu Stigi Asli said...

http://www.kayustigi.com/
http://www.ranjangminimalis.com/

Tempat Tidur Minimalis said...

sangat bermanfaat

Anonymous said...

cikgu...boleh saya tau apa cadangan cikgu untuk soalan untuk 'cara mengatasi serngan burung garuda' ?

Anonymous said...

cikgu , sya nak mintk pendpat cikgu untuk soalan "cara2 untuk mengatasi serangan burung garuda?"

Anonymous said...

Nota yg cikgu sediakan sangat bermanfaat dan sangat membantu saya. Terima kasih cikgu.

putreo said...

sgt membantu . thank you