SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 22, 2014

PT3 IKUT GRED SEKOLAH, TIADA LAGI MEWAH GRED A (THE PRICE OF CHANGE)

Setakat ini belum ada sidang media tentang analisis keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kohort sulung tahun ini. Berita yang tersiar hanya berdasarkan tinjauan wartawan secara terhad, misalnya pencapaian beberapa buah sekolah terkemuka di Pulau Pinang (klik di sini). Jika laporan berkenaan boleh digeneralisasikan kepada populasi sebenar lebih 460,000 orang calon, pencapaian calon memberi kejutan kepada ibu bapa dan pihak sekolah. Dari satu segi, gred A sudah kembali menjadi 'mahal' seperti zaman ibu bapa murid dahulu.

Berdasarkan laporan wartawan, alasan utama tentang pencapaian yang kurang memberangsangkan itu kerana tempoh persediaan yang singkat, iaitu kira-kira tiga bulan sebelum peperiksaan bertulis. Tambahan pula, komponen soalan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) yang membentuk 40 peratus item soalan disifatkan sebagai sangat mencabar. Sumber juga memaklumkan bahawa gred pencapaian ditentukan mengikut gred sekolah, misalnya 40 peratus untuk lulus minimum dan 80 peratus untuk gred A.

Tinjauan di beberapa buah sekolah di sekitar Ipoh juga mendapati keadaan yang serupa sebagaimana di Pulau Pinang. Jika semasa PMR 2013 dahulu bilangan calon mencatat semua A melebihi 50 orang, kali ini langsung tiada. Malah, pencapaian dalam kertas Matematik dan Sains didapati begitu mengejutkan apabila hanya seorang dua calon beroleh gred A, manakala gred gagal mencecah hampir separuh.

Slip keputusan PT3 dikeluarkan oleh pihak sekolah, serta ditandatangani oleh pengetua. Sijil keputusan rasmi dijangka akan disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. PT3 masih digunakan untuk permohonan kemasukan ke sekolah berasrama penuh, MRSM dan kolej vokasional.

Sehingga laporan analisis rasmi pencapaian PT3 diumumkan, serta maklum balas pihak berkepentingan seperti kesatuan guru dan PIBGN, sebarang ulasan mungkin lebih bersifat amatur dan spekulatif (misalnya pandangan Profesor Agus dari UKM, klik di sini).  Pihak sekolah pula dijangka membincangkan perihal pencapaian PT3 dalam mesyuarat rasmi jawatankuasa kurikulum sebelum bermula sesi persekolahan tahun 2015. Perancangan pembelajaran, hitungan TOV dan sebagainya sudah pasti memerlukan pendekatan yang berlainan.

KEMAS KINI

...

...

...

...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.