SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 26, 2014

SAJAK 'SANG GEMBALA KUDA' KOMSAS TINGKATAN 4 BAHARU (THE WEAPON OF POWER)

bakal menyusul

...

Rangkap 1
          Dia lelaki bergelar perkasa
          dengan cemeti keberanian di tangan
          rembat angkuhnya memacu takut
          menghalau kuda-kuda di padang
          berebutan memburu kandang.

Seorang lelaki gagah memegang cambuk, iaitu penyebat kuda sebagai alat untuk mengawal  dan memastikan sekumpulan kuda yang berada di padang untuk kembali masuk kandang. Penyebat yang berupa rotan panjang itu dipukul ke kanan dan ke kiri supaya semua kuda menuju ke arah kandang dengan serta-merta.

Rangkap 2
           Rumput dan jerami terhidang
           adalah kanun janji kesetiaan
           dimamah rakus kala lapar
           tak peduli nasib diri setelah kenyang
           jadi tunggangan memburu rakan.

Makanan berupa rumput dan jerami (batang padi tuaian yang sudah kering) sudah cukup untuk mengikat kesetiaan / kepatuhan. Makanan yang dinikmati dengan gelojoh apabila perut kosong. 'Kuda' langsung todak kidah bahawa mereka akan dipergunakan apabila kenyang termasuk untuk menentang kawan sendiri.

Rangkap 3
          Dia lelaki punya kuasa
          sesekali suaranya lebih gempita
          daripada ringkik kuda sekandang
          pacuannya diiring seribu keberanian
          meredah onak di rimba perburuan
          meranduk lumpur di paya penindasan
          sambil melibas cemeti durjana
          dia melempar muslihat
          aku penyelamat maruah
          berjuang atas dasar kebenaran
          menentang semua kebobrokan.

Pemilik kuda kadang-kadang lebih lantang daripada bunyi kuda (yang dalam keadaan teruja atau ketakutan) satu kandang. Lelaki yang memacu kuda dengan gagah perkasa menempuh cabaran di kawasan berburu, melawan tekanan persekitaran. Sambil memukul cambuk ke badan kuda, dia melontar dakwaan bahawa dia penjaga nama baik yang sentiasa di landasan kebenaran (yang suci), iaitu melawan segala keburukan.

Rangkap 4
          Dia lelaki sang gembala kuda
          hanya mengenal pantas tunggangan
          tanpa membaca keletihannya
          dia lelaki sang gembala kuda   
          hanya tahu mengejar kehebatan
          tanpa menghitung kesakitannya
          dan kuda-kuda itu ditunggangi
          ditunggangi dan ditunggangi! 

Lelaki penggembala kuda itu hanya tahu larian kencang kuda tanpa menghiraukan penat lelahnya. Dia hanya mahu memburu kemegahan tanpa peduli penderitaan kuda yang terus-menerus ditunggangi.

Perbincangan

Tema: Pemimpin yang berkuasa mutlak terhadap pengikutnya / penggembala kuda yang menguasai tunggangan sepenuhnya

Perwatakan:
1) berani, iaitu berjaya mengawal sekumpulan kuda dengan pululan cemeti dan hidangan rumput serta jerami
2) angkuh, iaitu menakutkan kuda untuk kembali ke kandang
3) licik / oportunis, berupaya memanipulasi / menggunakan kelemahan / kebergantungan kuda untuk terus berkuasa
4) kejam, iaitu tidak berasa kasihan terhadap kuda yang letih atau sakit

Nilai:
1) keberanian
2) keprihatinan

Persoalan:
1) keberanian sebagai pemimpin
2) keprihatinan terhadap pengikut

Pengajaran:
1) kita hendaklah berani dalam kepimpinan
2) kita hendsklah prihatin terhadap keperluan pengikut

Contoh soalan fan jawapan:

...

4 comments:

Cikgu Chin Boon Tek said...

Cikgu, yang ini belum siap? Terima kasih.

Unknown said...

Ala cikgu kenapa belum siap

Roy Steven Ung said...

Kenapa tak ada soalan dan jawapan ?

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.