SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, December 12, 2014

BUDAK SBP MELAWAT JEPUN (MEMORABLE MOMENTS ABROAD)

Peribahasa mengatakan jauh berjalan luas pandangan. Islam juga menggalakkan pengembaraan yang bertujuan meningkatkan ketaqwaan diri menerusi tanda-tanda kebesaran Ilahi sama ada pemandangan alam sekitar yang mempersona atau tinggalan sejarah yang merakam pertarungan antara yang haq dengan yang batil. Maka, individu atau keluarga yang memiliki keupayaan kewangan, seelok-eloknya telah menyediakan perbelanjaan untuk perbelanjaan menunaikan fardu haji, boleh merancang perjalanan ke negara-negara yang lain pula.

Antara destinasi menarik perjalanan yang banyak mendatangkan manfaat ialah negara maju yang membudayakan disiplin yang tinggi dalam kalangan masyarakat mereka. Iltizam mereka terhadap keutuhan (integriti) dan kecekapan menjadi jawapan terhadap kemajuan yang dikecapi. Pengamatan secara peribadi di sana sudah pasti memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat berguna untuk diteladani sebaik mungkin.
matahari terbenam berhampiran Gunung Fuji

Jepun ialah sebuah negara maju yang disegani setelah menempuh jatuh bangun perjalanan sejarah dari zaman Meiji, Shogun Tokugawa dan kini demokrasi acuan Amerika Syarikat. Negara yang juga terkenal dengan jolokan negara matahari terbit itu menawarkan tempat pelancongan yang menakjubkan. Selain Gunung Fuji, lawatan ke taman tema Disney, muzium istana Osaka dan menara Tokyo sudah pasti meninggalkan kenangan manis apabila pulang ke tanah air.

Di sebalik kemajuan kebendaan yang pada zahirnya sangat mengujakan, sisi kehidupan kekeluargaan masyarakat Jepun agak menarik untuk dikaji. Kaum lelaki yang begitu kuat bekerja sehingga kurang memberi perhatian kepada keluarga sebenarnya tidak begitu disenangi oleh para isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa apabila memasuki gerbang perkahwinan. Seperti Korea Selatan yang pernah ditawan oleh Jepun sebelum perang dunia kedua dahulu, kedudukan kaum hawa masih tertakluk kepada tradisi maskulin sebagaimana kebanyakan negara Asia yang lain.
menggayakan busana istana silam pemerintahan Meiji
 kena sewa 300 yen setiap persalinan

Pada 4 hingga 12 Disember yang lalu, sejumlah 20 orang pelajar sekolah berasrama penuh di Perak yang mengikuti kelas bahasa Jepun telah memiliki kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman persekitaran penutur jati di sana. Mereka berlepas dengan pesawat MH 53 dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dan mendarat di Narita.

...
Gundam yang berjaya dijual ke serata dunia

...

...

2 comments:

Alongxp said...

wah untungnya diorang, kecik2 lagi dah merasa pegi jepun...

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.