SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, December 22, 2014

HUJAN TANPA HENTI, DINGIN YANG MEMBUNGKUS (MONSOON AND SIBERIAN WIND)

Kawasan pedalaman pantai timur mengalami banjir yang agak menyeluruh. Di sebelah pantai barat pula hujah turun mencurah-curah, berselang-seli dengan hujan renyai dan rintik. Di Ipoh, hujan berterusan hampir 30 jam tanpa menunjukkan tanda untuk berhenti.

Bacaan suhu sekali lagi menjunam hingga di bawah 20 darjah celcius, khususnya di beberapa buah daerah di Kelantan. Pengaruh angin monsun dan cuaca sejuk ekstrem di Siberia dikatakan memberi kesan secara langsung terhadap musim basah di rantau Asia Tenggara. Negara yang terletak di hemisfera utara juga mencatat bacaan suhu sehingga - 22 darjah celcius, misalnya di utara China.

Isu bekalan air di Lembah Kelang juga tidak lagi menjadi senjata politik yang ampuh. Tumpuan lebih terarah kepada teknologi rawatan air dan rangkaian paip bekalan air bersih ke kawasan petempatan yang padat di sana. Walaupun demikian, sebagaimana langit tidak selalunya cerah, langit juga tidak selalunya gelap dan kelam sepanjang masa.

Sektor pertanian yang terjejas pada musim hujan sudah tentu mempunyai langkah luar jangka supaya punca pendapatan lain dapat diperoleh. Pekebun kecil getah misalnya telah melalui pengalaman yang sama saban tahun sudah ada jalan mencari rezeki di sebalik musim hujan dan kejatuhan harga getah yang begitu teruk. Nelayan tidak betah duduk di rumah berpangku tangan tanpa melakukan kegiatan ekonomi produktif  yang bersesuaian dengan kebolehan masing-masing.

Pihak koperasi pekebun kecil getah dan nelayan barangkali telah merancang kegiatan anggota ketika musim tengkujuh menjengah setiap hujung tahun. Di samping kegiatan yang menjana pendapatan bagi memastikan dapur anggota berasap, bantuan kebajikan kepada anggota yang ditimpa musibah perlu dihulurkan dengan segera. Dengan itu, konsep tolong-menolong atas dasar taqwa (taawun 'alal birri wa't-taqwa) sebagai asas pergerakan koperasi yang patuh syariah benar-benar terlaksana.

Persiapan musim persekolahan tahun 2015 yang serentak dengan musim tengkujuh kali ini tetap mesti diteruskan. Akses pendidikan berkualiti tidak boleh dikorbankan walau sesukar mana sekalipun kesempitan yang dialami. Maka, bantuan sebanyak RM100 bagi setiap orang murid meskipun kecil jumlahnya masih membantu, terutama bagi keluarga besar.

Bagi orang yang mengalami masalah kesihatan, suhu yang dingin mungkin memburukkan keadaan jika langkah pencegahan dan rawatan tidak diambil berat. Unit rawatan pesakit luar di hospital awam dan klinik 1Malaysia mungkin menghadapi permintaan rawatan dan ubat-ubatan yang berganda. Orang ramai kelihatannya berhati-hati untuk berbelanja, khususnya di klinik swata kerana kelembapan ekonomi mula dirasakan ekoran kejatuhan nilai mata wang tempatan dan penyusutan hasil petroleum negara menerusi Petronas.

Kerosakan jalan raya dan tanah runtuh juga merupakan fenomena biasa musim hujan. Pengguna jalan raya perlu meningkatkan tahap kepekaan masing-masing terhadap keselamatan perjalanan sama ada berkaitan dengan keadaan kenderaan mahupun permukaan jalan yang licin dan mungkin terdapat kerosakan yang tersembunyi di sebalik lopak dan takungan air yang nampak seperti rata sahaja. Hanya kontraktor dan pembekal bahan binaan sahaja yang mungkin boleh mencongak keuntungan setelah berakhirnya musim tengkujuh ini kelak ...

1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

pengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.