Tuesday, February 24, 2015
CONTOH KATA-KATA ALUAN MAJALAH (FORMAL WRITING OF SENIOR OFFICER)
KATA ALU-ALUAN UNTUK
MAJALAH SEKOLAH
Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi
majalah ___________________ atas
kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana
memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.
Daerah ______________ sudah lama dianggap sebagai penanda
aras pencapaian akademik, kokurikulum, sukan dan pengurusan organisasi sekolah
yang tinggi bukan sahaja di negeri ___________, bahkan di seluruh negara.
Banyak sekali sekolah bertaraf premier, kluster kecemerlangan dan berprestasi
tinggi terletak di sini. Namun, kita juga sedar bahawa masih terdapat golongan
murid kurang beruntung dan bermasalah pembelajaran yang perlu kepada perhatian
secara khusus. Maka, konsep pendidikan inklusif tidak menyebabkan kita lupa
terhadap pendidikan khas.
Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar pendidikan negara
seperti pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 menuntut warga pendidikan berfikir di
luar kotak, serta mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya
saing dan dihormati. Saya mengucapkan tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa
berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian bagi melicinkan pengurusan
sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap. Mudah-mudahan
sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di __________________ ke
persada kecemerlangan yang dihajati.
Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan
pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah,
butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman
persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah
bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi,
majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.
Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa
majalah dan sidang redaksi ________________________. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak
terhingga.
Sekian, terima kasih.
KATA ALU-ALUAN PENGETUA
Majalah ________________ edisi
tahun 2014 ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting sebagai gambaran
kecemerlangan pendidikan SMK ________________________ sejak ___ tahun yang
lalu. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa
sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, SMK
________________ masih mampu mengekalkan penerbitan majalah _____________ dalam bentuk yang sedia
ada bagi kesekian kalinya. SMK _________________ sentiasa mengalu-alukan
aplikasi teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama berusaha menjaga
kesinambungan sejarah yang sangat berharga ini.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
tahniah kepada sidang redaksi __________________
dan panel guru penasihat, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan majalah ini berada di tangan
pembaca _________________ bukan
sekadar catatan kenangan indah zaman persekolahan, bahkan suatu rujukan tentang
kemajuan SMK _________________ yang autentik dan rasmi.
SMK_________________ menjelmakan segala dasar dan pendekatan bagi menambah
baik dan melestarikan sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2014 menerusi
semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan seluruh warga sekolah
diperkukuh. Sekolah juga dipastikan pada
landasan yang betul sebagai kesinambungan citra penubuhan SMK _______________________
lebih ____ tahun yang lalu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, petunjuk keberhasilan utama negara (NKRA) dan strategi lautan biru kebangsaan (NBOS) merupakan kerangka asas pelaksanaan transformasi pendidikan di
peringkat sekolah.
Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri _______________,
Pejabat Pendidikan Daerah ______________, Lembaga Pengelola Sekolah (BOG), dan PIBG atas kepercayaan dan
sokongan kepada pihak sekolah. Harapan saya kepada warga sekolah dan pembaca,
selamat maju jaya.
Saya Yang Ikhlas,
Pengetua,
SMK
____________________
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
ASLKM TUAN RUMAH. MOHON COPY PASTE UNTUK PERKONGSIAN ILMU DAN MAJALAH
sebarang kemusykilan sila hubungi saya.
Mohon share tuan..terima kasih
terima kasih ataz perkongsian. mohon copy
mohon izin utk copy bahan ini tuan.tq
Salam.cikgu ada senarai isi kandungan majalah tak?mohon share cikgu.tk
Salam...mohon izin copy bhn ini tuan. Tq.
salam.. izin copy bahan ini.. t/kasih
IZINKAN SAYA COPY,TUAN.
Assalam
Mohon izin copy.
Sgt berguna.
Tq cikgu ☺
Mohon izin copy
Mohon izin copy utk majalah sekolah ye.
Terima kasih banyak2 Tuan.
mohon izin utk copy..didoakan tuan moga sentiasa sihat walafiat..terima kasih
Salam cg
Mohon share ya bahan ucapan ni
Terima kasih cg
assalamualaikum..mohon copy...smoga cikgu dipermudahkan urusan harian dan diberi kesihatan yang baik..insyaallah...aamiin..
Salam cikgu...
Mohon izin copy deh. Moga bermanfaat kpd kami dan tuan. Dengan izin.... mekasih.
Salam cikgu...Terbaik..sya mohon izin c&p sbgai contoh terima kasih..
salam, izinkan saya untuk mengambil inspirasi kandungan tuan/puan ya
Mohon izin copy dan ucapan berbanyak terima kasih.
Post a Comment