IV
Di tempat berburu, Dolah disondol seekor binatang seakan-akan babi. Dukun berusaha memulihkan Dolah dengan menyeru-nyeru Moyang Sungai, moyang Hutan dan Moyang Binatang. Sementara itu, di mahkamah terbuka orang-orang kampung, Abu Lahab dan isterinya dimasukkan ke dalam guni, kecuali bahagian muka. Hakim menolak tuntutan supaya tertuduh ditanam hidup-hidup hingga ke pangkal leher di dalam sebuah busut. Sebaliknya, apabila Abu Lahab dan isteri menyatakan rasa insaf, serta sanggup menebus tanah orang-orang kampung denga n kekayaan yang dikumpul sebelumnya.
V
Mak Som Bidan menceritakan perihal Intan Siti Rahimah melahirkan anak yang mirip babi hutan. Mak Som tidak percaya bahawa Siti Rahimah yang begitu baik dan rapat dengan orang-orang kampung menerima nasib demikian. Sebaik sahaja memandang anaknya, Dolah terus mengamuk, lalu menghalau Intan keluar dari kampung dalam kepekatan malam dan hujan lebat. Kemudian Dolah mengigau ternampak jin tanah membawa harta karun. Dolah mengejutkan Doli untuk mengambil periuk emas yang penuh harta karun. Tiba-tiba masuk mayat ibu Dolah yang tidak kelihatan pada Doli. Mayat ibunya meminta Dolah bertaubat dan berhijrah dari kampung itu. Dolah memohon ampun Ilahi sambil membaca surah al-Falaq. Sekonyong-konyong, Doli dan periuk emas lesap. Dolah mendukung mayat ibunya.
VI
Arkitek, tukang pinang, jurusolek dan doktor menagmbil semula barang masing-masing daripada Dolah kerana mendakwa diberi cek palsu. Anehnya, Dolah sudah tidak capik lagi. Dolah berhijrah dan bekerja menjual air, dan sebelah malamnya bersolat, serta membaca kitab. Dolah tidak dapat mengecam Siti Rahimah yang bersentung (berkain sarung menutupi muka), kini anak angkat Pak Imam dan bekas pesakit kusta. Dolah merapati Siti Rahimah, tetapi Siti Rahimah menafikan dia Intan Siti Rahimah. Dolah menyatakan hasrat untuk menjadikan anyaman Siti Rahimah sebagai reka bentuk hiasan ukiran masjid di seberang sungai. Dolah menghadiahi Siti Rahimah purdah, dibalasi senaskhah al-Quran.
VII
Pak Long membawa berita Dolah karam di sungai. Siti Rahimah kemudian keluar dengan beg kecil untuk mencari Dolah. Pak Long yang tidak pernah bertanya asal usul Siti Rahimah tidak mampu menahan Siti Rahimah pergi, melainkan mendoakan keselamatan Siti Rahimah dan Dolah. Drama diakhiri dengan lantunan berpuisi sang pengucap (pencerita, narrator) kononnya beratus-ratus tahun lamanya, setiap kali senja di tepi sungai, Siti Rahimah yang berpurdah, tetapi tidak berpenyakit kusta, setia menunggu Dolah yang menghias masjid di seberang. Nelayan tidak bernai menyapa, datuk nenek menegah...
Perbincangan
Tema drama:
Pembalasan yang diterima akibat sikap lupa diri hingga membawa perpisahan walaupun telah kembali ke pangkal jalan.
Persoalan:
1 Sikap tidak bersyukur membawa padah: Dolah Capik sanggup melanggar larangan agama kerana malu dengan dirinya yang cacat dan miskin;
2 Sikap menyalahkan orang lain atas kebodohan diri sendiri: Orang kampung hanya menyalahkan Dolah yang membeli semua tanah mereka, sedangkan mereka yang terpengaruh dengan pujukan Abu Lahab, konco Dolah
3 Sikap prasangka membawa perpecahan: Tuduhan Romli terhadap Pak Sudin sebagai tali barut Dolah menyebabkan Pak Sudin dan orang-orangnya meninggalkan mesyuarat
4 Kemuliaan hati menolong orang yang mengalami kesusahan: Tuk Imam sanggup mengambil Siti Rahimah sebagai anak angkat walaupun dikatakan menderita penyakit kusta.
5 Sikap rendah diri dalam pergaulan: Intan Siti Rahimah menolak layanan istimewa orang kampung kepadanya. Contohnya, hanya duduk di atas tikar mengkuang, walaupun dihamparkan tilam yang empuk.
6 Kesanggupan meninggalkan kesenangan untuk bertaubat: Dolah akur dengan "nasihat mayat ibunya", seraya (lalu) berhijrah meninggalkan kekayaan yang dikumpul dengan jalan yang salah.
3 comments:
Assalamualaikum,
Saya nak tanya kenapa nama drama tersebut ialah 1400, Apakah kaitannya sengan drama tersebut?
barangkali 1400 itu ialah hijrah. pak dolah mulanya capik, kemudian jadi kaya, akhirnya miskin semula tetapi lebih mulia.
perubahan daripada keadaan bahaya / keburukan kepada keadaan selamat / kebaikan ialah hijrah sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam lebih 1400 tahun silam. Wallahu a'lam.
apa teknik plot drama ni?
Post a Comment