SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, March 17, 2011

TIADA AIR BANDUNG, MI BANDUNG DI BANDUNG (CONFUSING ABOUT OUR OWN TRADITIONAL CUISINE)

urus niaga peniaga jalanan di pagar hotel di kota Bandung, Indonesia

Sampai bila-bila pun air bandung dan mi bandung tidak akan ditemukan di kota Bandung, Indonesia. Air bandung dan mi bandung ialah menu makanan yang berasal dari Malaysia. Perkataan bandung pada air dan mi itu bermaksud "dua benda yang dirangkaikan / dipasangkan" (Kamus Dewan IV: 120).

Air bandung ialah campuran sirap ros dengan susu cair, manakala mi bandung ialah campuran antara mi dengan telur. Maka, air bandung dan mi bandung tiada kaitan sama sekali dengan kota Bandung di Indonesia. Kunjungan penulis blog (PB) ke Bandung baru-baru ini mengesahkan perkara itu.

Tiada langsung tercatat air bandung atau mi bandung dalam senarai menu jualan makanan di sana, bahkan mereka tidak tahu-menahu tentangnya. Restoran ternama yang sempat dikunjungi (seperti dalam pakej) juga sama. Pendek kata, air bandung dan mi bandung (Muar) bolehlah dipatenkan sebagai menu eksklusif Malaysia sebelum direbut oleh orang lain sepertimana yang berlaku kepada industri batik kita yang telah terlewat untuk berbuat demikian...

2 comments:

Anonymous said...

air bandung itu mungkin dulunya disediakan oleh pendatang dari Indonesia (Bandung), yang di sana itu adalah cecair asas untuk minuman lain seperti jus, cendol, dawet dan lainnya. Jadi memang tidak dinamakan air bandung. Yang memberikan nama orang Malaysia. Terima kasih

Anonymous said...

Mengenai Mie Bandung pula, sila lihat di internet dan nati akan ditemukan berjuta informasi tentang kewujudan menu yang bernama mie bandung itu di Bandung dan di seluruh Indonesia. Demikian terima kasih