SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, December 9, 2012

JURUHEBAH MAJLIS KAHWIN JUGA PERLU TEKS PENGACARAAN (SCRIPTING SPEECH FOR MEMORABLE CEREMONY)

Beberapa minggu yang lalu, penulis blog (PB) sempat menghadiri sebuah majlis perkahwinan anak seorang jemaah surau. Cerita kali ini tidak bermaksud untuk mengumpat sesiapa, atau cuba mendedahkan aib mana-mana pihak. Maka, jika ada pihak yang terasa pedas, minta maaf sahajalah, tetapi bagus juga untuk kebaikan bersama.

Belakangan ini, pakej khidmat sajian makanan untuk majlis kenduri kahwin bersekali dengan peralatan siar raya dan DJ (disco jockey @ juruhebah). Walaupun hanya sebentar berada dalam majlis berkenaan, DJ wanita yang bertugas tidak henti-henti berceloteh, tetapi tanpa persediaan skrip atau teks sebagai suatu mekanisme kawalan mutu penyampaian. Maaflah, bukan sahaja suara DJ berkenaan kurang sesuai, bahkan perkataan dan ayat yang dilafazkan banyak yang bersifat janggal.

Akibat tiada persiapan rapi, DJ berkenaan kerap tersasul dan pelik. Misalnya, apabila majlis kelihatan ramai dengan kanak-kanak, DJ berkenaan berkata: ... tuan puan jagalah anak-anak hingga ke hari akhirat. Sudah tentu peringatan seumpama itu tidak salah, tetapi maksud supaya pergerakan kanak-kanak lebih terkawal dan tidak mengganggu majlis tidak kesampaian.

DJ wanita itu juga menjemput hadirin secara borong untuk bergambar bersama mempelai di atas pentas, tetapi kemudian membuat pembetulan dari segi tertib dengan mendahulukan ibu bapa dan keluarga pasangan, sebelum dibuka kepada kenalan dan hadirin yang lain. Acara memotong pulut kuning pula disebut sebagai acara memotong kek. Cara DJ mempelawa tetamu yang baru tiba ke majlis juga sangat tidak teratur bunyinya.

Kelemahan dalam perancangan dan persediaan DJ dalam majlis berkenaan begitu ketara. Pendek kata, ikut sedap mulut sahaja, sedangkan tuan rumah dan tetamu majlis layak menerima perkhidmatan DJ yang lebih profesional dan menepati konsep majlis seadanya. Jika tidak, DJ lebih baik banyak berdiam diri, sambil memberi laluan kepada alunan muzik atau dendangan lagu yang sopan.

Persediaan dan latihan sebagai DJ sesuatu majlis wajib dilakukan di hadapan pengkritik yang peka terhadap keperluan nada suara dan isi percakapan yang dilontarkan. Kalau penceramah dan penyanyi wajib mendapat lesen untuk persembahan di tempat awam dan keramaian, mengapa DJ boleh dilepaskan begitu sahaja? Walaupun DJ bukan juruacara (master of ceremony) yang mengawal acara, tetapi hadirin terpaksa juga menahan sakit telinga jika celoteh DJ bertugas sangat buruk.

Pihak perunding perkahwinan mungkin tidak memiliki kepakaran dari segi pengacaraan majlis. Maka, organisasi berasingan yang berlesen boleh dimasukkan dalam pakej sajian makanan sesebuah majlis perkahwinan. DJ yang bertugas hendaklah terhad kepada mereka yang telah menjalani latihan DJ dengan jayanya. 

Majlis persendirian di rumah persendirian juga boleh menggunakan DJ amatur, tetapi dengan syarat merujuk contoh skrip atau buku tentang pengelolaan majlis perkahwinan, termasuk pantun dan seloka. Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen boleh menganjurkan kursus pendek separuh hari, khusus untuk perkhidmatan DJ majlis perkahwinan. Juruhebah tidak boleh terkena penyakit syok sendiri, atau hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...

2 comments:

amuk13 said...

Macam mana nak belajar..umur dah 36

Anonymous said...

Asslmkm.Mmg betul tu tuan.wlwpun sy bidan terjun,ttpi sy amt berminat utk mnceburi bidang ini kerana bg sy ia amat mcabar kberanian diri.jika ada khrsus ataupu agensi yg mnawarkan kelas atau sebgainya sy teruja utk turut serta..kerana sy sudah mmpunyai peralatan dan memulakan secara perlahan perkhidmatan ini.