SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, April 27, 2014

DOA KHATAM AL-QUR'AN VERSI BAHASA MELAYU (THE FINAL REFERENCE)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbil alamin wassolatu wassalamu ala asyrafil anbiya'i wal mursalin wa ala alihi wasahbihi ajmain

Ya Allah, rahmatilah aku denngan al-Quran. Jadikan ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagiku. Ya Allah, ingatkanlah apa-apa yang aku lupa daripadanya. Berikanlah ilmu apa-apa yang belum aku ketahui mengenainya. Anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya pada waktu tengah malam dan penghujung siang. Jadikanlah ia sebagai hujah bagi wahai Tuhan seru sekalian alam. 

Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku. Perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup. Perbaikilah bagiku akhiratku, kerana ia tempat kembaliku. jadikanlah kehidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku daripada segala kejahatan. 

Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya, dan sebaik-baik amalku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa dengan-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian,. Teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah darjatku. Terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku. Aku memohon ketinggian syurga.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu keharusan mendapatkan rahmat-Mu dan keteguhan pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka. 

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara. Selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.

Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami. Berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan, dan kekuatan kami selama hidup kami. Jadikanlah ia sebagai peninggalan kami. Jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami. Tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar, dan pengetahuan paling akhir kami. Janganlah Engkau berikan kepada kami kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami. 

Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan Engkau telah mengampuninya. Janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya. Janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan Engkau telah menunaikannya wahai Zat Yang Maha Mengasihani. 

Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat salam kepada junjungan kita nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam dan kepada keluarga baginda serta kepada para sahabat baginda yang baik. Amin.

(Disalin daripada naskhah Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan Ke Dalam Bahasa Malaysia (2006), Kuala Lumpur: Darul Fikir

47 comments:

Unknown said...

MOHON DOWNLOAD DOA NI CIKGU....TQ

cikgu azhar said...

Silakan tuan taufik

kita beri kredit kepada Darul Fikir ...

BICARA RASA said...

Syukran ustaz.

Anonymous said...

Mohon download doa ini Cikgu....

Mohd Nor said...

mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
Mohd Nor Hassan.

Mohd Nor said...

mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
Mohd Nor Hassan.

Anonymous said...

Allahuakhbar...

Fadzilah binti Hashim said...

saya mohon share dan download cikgu

Anonymous said...

mohon download doa ini...shukran jaziilan

Anonymous said...

mohon download doa ini...shukran jaziilan

RibenMerah said...

Terima kasih ustaz.. Moga Allah merahmati hidup ustaz dan keluarga

MARDHIAH said...

mohon download doa ini...shukran jaziilan

azwan said...

mohon download cikgu

Anonymous said...

TERIMA KASIH CIKGU

Unknown said...

Terima kasih cikgu.Mohon share.

Anonymous said...

mohon copy dan print ye cikgu..terima kasih..moga Rahmat Allah buat cikgu dan keluarga..:)

skymat said...

Mohon download cikgu.

rashid said...

TERIMAKASIH perkongsian ilmu milk Allah

cikgu azhar said...

terima kasih kembali tuan puan. silakan ...

Unknown said...

Mohon download n amalkn cikgu..moga Allah sntiasa mrahmati cgu..

rdamha said...

Mohon copy dan print untuk kegunaan majlis khatam quran. Semoga usaha cikgu diberkati dan dirahmat Allah swt...

heqoenz82 said...

Assalamualaikum.. Nk download mcm mna

Unknown said...

Assalamualaikum Mohon izin download ustaz

Unknown said...

mohon download doa ini. semoga Allah rahmati usaha tuan. Terima kasih.
Mohd Nor Hassan.

Unknown said...

TQ cikgu Mohon copy ..

Unknown said...

Salam cikgu.. Minta izin sy copy ye

Sarah said...

Salam cik gu ,
Mohon download ye. Tiap kali lepas ngaji baca doa ni. Alhamdulillah. Ada yg allah dh kabulkan.terimakasih cik gu. Jzkk

hanizahidris said...

Assalam.saya mohon untuk share doa ini. Jazakallahu khoyr

Anonymous said...

sy minta izin copy ye tuan

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya mohon copy dan shate doa ini ya cikgu. Terima kasih ya cikgu.

HINGGA TIBA SAAT ITU said...

Assalamualaikum , Mohon download & amalkan cikgu

Unknown said...

Alhamdulillah,
Saya mohon download doa ini dan share utk d amalkan...trima kasih

Cyberjaya Residents said...

Assalamualaikum cikgu,
Mohon download doa ini untuk amalan...

Unknown said...

Assalamualaikum cikgu. Alhamdulillah, saya khatam al quran pagi ni. Izinkan saya download doa ini. TK.

megat faizar said...

Assalamualaikum, terima kasih Cikgu

Anonymous said...

Salam..boleh ke saya guna doa ini sebagai doa harian?

Unknown said...

Mohon share cikgu, terima kasih

ms said...

Alhamdulillah..aaminn2 yra..terima kasih byk cikgu

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz. Sy mohon menggunakan doa ini. Terima kasih

CIKGU AZHAR RODZI said...

Wa alaikumussalam. Terima kasih semua kerana sudi singgah di sini. Silakan kongsi, salin atau screen shot. Insya-Allah, doa khatam al-Quran ini kalimah2 yang baik. Untuk bacaan harian pun tiada masalah. Semoga rahmat Allah sentiasa atas diri kita semua. amin ... (kredit untuk Darul Fikir)

Cik Serigala said...

Alhamdulillah. Syukran jazilan diatas perkongsian doa khatam al-Quran.

EnergyBoosterUstazTido said...

Tk ustaz izinkan sy download dah share. Tk.

Unknown said...

Salam...mohon copy doa ini ya tuan🙏🙏🙏

Unknown said...

Asslm...mohon copy doa ni tuan..jazakallhu khairon prkongsianny

Unknown said...

MOHON DOWNLOAD DOA INI C AZHAR

Urdu Poetry Lover said...

That's really amazing recitation about (doa khatam quran rumi). Thanks for sharing. I really love it.

Sher said...

Salam.
Minta izin copy doa ini kerana nak edit kesalahan-kesalahan ejaan yang dijumpai.
Mohon izin untuk diguna dalam majlis khatam tahun ini. selalu ustaz-ustaz baca dalam bahasa Arab...berapa ramai yang faham maksudnya? Doa yang cikgu buat ini sangat bagus.