SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 22, 2010

BINTANG GOLF SMI MULA MENYERLAH (MICHAELIAN GOLF HERO IN MAKING)

Peluang mengganggotai kelab sukan persendirian bagi murid yang datang daripada keluarga berkemampuan, serta peluang menganggotai pasukan naungan Majlis Sukan Negeri bagi murid berbakat, memberi kelebihan kepada sebuah sekolah bandar seperti SMK St Michael, Ipoh (SMI). Walaupun mereka bukan mendapat bimbingan terus SMI, persekitaran sekolah yang kompetetif dan prosukan berprestasi tinggi turut menyumbang kepada pencapaian yang memberangsangkan itu. Hingga kini, murid SMI telah berjaya mengharumkan nama negara dalam sukan badminton, ekuin, menembak, polo air dan renang. 

Siapa yang tidak kenal Ng Boon Bee, Tan Yee Khan dan Khoo Ken Kiat dalam acara badminton? Bolehkan Foo Keat Seong dan Mohamad Abdul Hadi diketepikan dalam sejarah hoki negara? Jika hendak disenaraikan semuanya terlalu panjang, justeru acara sukan tertentu mungkin tidak begitu diminati di negara kita, tetapi digilai di negara lain.

SMI tumpang berbangga dengan pencapaian seorang lagi muridnya, Justin Thong dari kelas 5 Sains 2. Justin baharu sahaja menjuarai kejohan golf Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perak baru-baru ini. Justin akan mewakili negeri Perak ke pertandingan peringkat MSSM tidak berapa lama lagi.
Sokongan keluarga dan kebolehan membahagikan masa bersukan dengan hal-hal akademik menjadi rencah kejayaan Justin. Bapa dan abangnya turut meminati sukan golf. Mereka bertiga menjadi anggota Kelab Golf Di-Raja Perak yang terletak bersebelahan Taman Golf dan Jalan Gopeng. Di samping menjalani latihan, kelab berkenaan turut menggalakkan anggota menyertai pertandingan golf dalam dan luar negara berdasarkan tahap pencapaian masing-masing.

Justin berpendapat bahawa jalan untuk mendaki kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa amatlah mencabar. Di Lembah Kelang, terdapat lebih banyak kelab golf dan pemain handalan. Pemain golf dari negeri Perak perlu bekerja keras dan berguru dengan jurulatih yang hebat bagi menyaingi mereka...

2 comments:

Unknown said...

Tahniah Justin kerana mengharumkan nama Michealian and thanx to Cikgu Azhar Rodzi di atas info ini...

CIKGU AZHAR RODZI said...

Justin telah mencuba nasib di California, USA baru-baru ini atas biayaan keluarga. Katanya, saingan begitu sengit untuk masuk dalam kelompok 100 terbaik.

Terima kasih kembali...