SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 10, 2010

KREATIVITI DALAM PENGURUSAN KOKURIKULUM (FUN ACTIVITY BUT STILL A LEARNING PROCESS)

Kreativiti berasal daripada perkataan kreatif yang bererti kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan, Edisi IV: 828). Kreativiti menjadi pelengkap kepada cara berfikir secara analitik dan logik yang menjadi teras sitem pendidikan yang menjurus kepada pencapaian peperiksaan awam. Individu yang kreatif bolehlah dikatakan sebagai panjang akal.

Kreativiti juga boleh dianggap sebagai fungsi mental tertinggi dan menjadi kemuncak pencapaian dan ikhtiar manusia (Ananda Kumar Palaniappan, 2005:2). Kreativiti merupakan senjata ampuh bagi menghadapi cabaran hidup dan kepesatan perubahan persekitaran. Kreativiti bukan milik orang tertentu, bahkan boleh dijana dari sekumpulan orang, sesebuah masyarakat dan mungkin rantau yang tertentu. Kemampuan mengeksploitasi sumber daripada persekitaran mendorong ciptaan kreatif yang menakjubkan.

Pasukan Kadet Bomba Tingkatan 6 SMK St Michael, Ipoh (SMI) yang hanya mempunyai saiz keanggotaan kecil, iaitu 17 orang mengaplikasikan konsep kreativiti justeru tidak memenuhi syarat menubuhkan sebuah platun penuh, iaitu minimum 34 orang. Di samping rutin kawat kaki dan kelas teori, anggota kadet bomba tingkatan 6 diharapkan mampu menggilap potensi kepimpinan, perkhidmatan dan kebajikan. Mereka perlu membuktikan sesuatu dengan menggembleng segala sumber dalam kawalan dan sumber luar kawalan.
Bagi memantapkan komunikasi kepimpinan dan kepengikutan, satu simulasi blind-fold dipilih sebagai aktiviti mingguan kali ini. Anggota dikehendaki menutup mata dan terpaksa bergantung kepada arahan supaya tidak rebah atau terseradung oleh halangan-halangan yang disediakan. Pengalaman dunia gelap ini juga dapat menginsafkan mereka betapa berharganya penglihatan dan sukarnya bergerak tanpa melihat cahaya!
Pasukan berpakaian seragam seperti kadet bomba amat mementingkan disiplin. Keakuran terhadap arahan dan hukuman pemimpin ialah tiada kompromi. Latihan simulasi seumpama ini ialah suatu pengalaman langsung tentang sistem organisasi sesebuah pasukan. Lanjutan ceramah, pembacaan dan praktikal akan menjadi lebih mudah.
Apabila berhadapan dengan kekurangan atau disadvantage, kepercayaan terhadap rakan dan orang lain untuk menghulurkan bantuan tersangatlah mustahak. Jika sebaliknya, kita bagaikan puntung hanyut dibawa arus entah ke mana-mana. Pendek kata, sesat melaratlah jawabnya.

bersambung...

No comments: