Sunday, February 7, 2010
"SIAPA MEREKA?": AZFA HANANI BAB 2 (THE 2ND CHAPTER OF THE FORM FOUR NOVEL)
Blog ini akan memberi tumpuan terhadap peristiwa bab demi bab. Penulisan sinopsis, teknik penceritaan dan bidang kajian novel yang lain menyusul kemudian. Tujuannya ialah supaya murid memperoleh perspektif tentang cara menulis penyataan isi dan huraiannya berdasarkan bukti peristiwa yang berkaitan.
Peristiwa 1:
Azfa Hanani cepat-cepat membuat penafian bahawa dia ada membuat kesalahan apabila dipanggil oleh pengetua. Azfa berjaya meyakinkan Rozlan yang cuba membuat tebakan sedemikian. Azfa juga akur dengan saranan Rozlan supaya berjalan di sebelah tepi kanan, bukan di tengah-tengah.
1) Perwatakan
Penyataan: Perwatakan Azfa Hanani ialah bijak.
Huraian: (gunakan peristiwa di atas)
2) Nilai
Penyataan: Nilai yang diamalkan ialah ketelitian.
Huraian: Azfa Hanani sangat teliti dan berhati-hati ketika bercakap (sambung dengan
penulisan peristiwa di atas)
3) Latar masyarakat:
Masyarakat yang bijak.
(huraian: gunakan peristiwa yang sama)
4) Persoalan:
Ketelitian dalam memberi maklumat
(huraian: gunakan peristiwa)
5) Pengajaran:
Kita hendaklah teliti dalam memberi maklumat
(huraian: gunakan peristiwa)
Apabila murid telah mahir membina ayat penyataan dan ayat huraian, langkah selanjutnya ialah penulisan isi dan huraian yang dibuat secara bersinambungan. Maksudnya tidak diasingkan seperti format di atas. Contohnya dalam peristiwa 2 di bawah:
Peristiwa 2:
Sangkaan Azfa Hanani bahawa dirinya akan diherdik dan disoal siat ternyata meleset apabila disapa oleh pengetua dengan lunak. Guru perpustakaan dan guru disiplin yang disangka akan mengendalikan kes kehilangan buku juga tiada di situ. Sebaliknya, terdapat dua orang tetamu yang ingin membincangkan sesuatu perkara dengan Azfa Hanani.
1) Perwatakan Azfa Hanani ialah cepat panik. Belum tahu hujung pangkal sebab-musabab
dia dipanggil ke pejabat pengetua, dia sudah menyangka bahawa dirinya akan menghadapi
satu sesi soal siasat kerana kes kehilangan buku. Azfa Hanani masih berasa cemas
apabila terdapat dua orang tetamu yang tidak dikenali hendak berbincang sesuatu
dengannya.
2) (Nilai mestilah berkenaan hal-hal yang baik dan positif sahaja)
Nilai yang diamalkan ialah ketelitian. Walaupun Azfa Hanani diselubungi rasa cemas
apabila dia dipanggil ke pejabat pengetua, dia masih mampu mengawal perasaan dan
tingkah laku. Azfa Hani berjawab menjawab salam pengetua dengan lancar.
3) Latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel Azfa Hanani ialah masyarakat yang
cepat panik. (Huraian: sama seperti perwatakan).
4) Persoalan yang dipaparkan dalam novel Azfa Hanani ialah ketelitian dalam bercakap.
(gunakan huraian nilai di atas)
5) Pengajaran dalam novel Azfa Hanani ialah kita seharusnya teliti dalam bercakap.
(boleh juga: kita janganlah cepat panik ketika berhadapan dengan peristiwa cemas)
Peristiwa 3:
Azfa Hanani berterus terang bahawa dia anak orang miskin. Dia tidak pandai menyamar sebagai Murni, anak orang kaya seperti yang diminta oleh dua orang tetamu yang menjemputnya di bilik pengetua. Tawaran kemewahan dan terlepas daripada tuduhan mencuri buku menyukarkan Azfa Hanani membuat keputusan.
Jadikan peristiwa 3 sebagai tugasan anda. Analisiskan kelima-lima elemen komsas seperti dalam contoh dua peristiwa yang dibincangkan di atas. Selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Thank you for the information. I really needed it.
Post a Comment