SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 9, 2010

KANTIN SMI BERTARAF MEDAN SELERA (MICHAELIAN'S FOOD COURT)

Antara lokasi di kawasan sekolah yang paling disukai oleh murid dan guru  ialah kantin. Di samping dapat melayan tuntutan perut yang berkeroncong, kantin juga melakar banyak kenangan indah semasa alam persekolahan. Satu proses sosialisasi dan pembelajaran urus niaga berlaku di kantin saban hari.
Foto di atas ialah keadaan kantin SMK St Michael, Ipoh (SMI) yang pernah mendapat pengiktirafan sebagai salah sebuah kantin sekolah terbaik di negeri Perak. Reka bentuk dan susun atur kantin SMI tidak ubah seperti sebuah medan selera di Jaya Jusco! Pelajar SMI memang sungguh beruntung.
Kantin berkonsepkan gerai pelbagai menu di SMI menepati cita rasa lebih 2,000 orang warga SMI, khususnya murid. Pengurusan yang cekap amat diperlukan terutama pada waktu puncak apabila kantin diserbu oleh murid. Tingkatan 3 dan 6 rehat terlebih dahulu, sebelum diikuti oleh tingkatan 4 dan 5. Tempoh rehat murid ialah 20 minit.
Bagi memastikan disiplin dan peraturan kantin dipatuhi, jawatankuasa kantin dan pengawas sekolah sentiasa memantau keadaan. Sebagai tambahan, kamera litar tertutup dipasang untuk merakamkan segala pergerakan dan peristiwa yang berlaku. Walaupun terikat dengan sesenarai "boleh" dan "tidak boleh", hakikatnya warga SMI kelihatan begitu ceria dan gembira ketika menjamu selera di kantin yang hebat ini...

4 comments:

William Yaw said...

yes i agree with you mr. azhar that the canteen do brought a lot of good memories among the student from SMI especially for those who finished study there and left for further study or work etc...

Anonymous said...

how about the canteen in ireland?

William Yaw said...

well it is good as well as student from all around the world able to communicate and share things among each others. From time to time they do organise between themself to exchange some hometown food etc.. some malaysian- malay will make nazi lemak, french will make pasta, irish will make stew etc from all around the world and everyone get to taste them.. it's pretty amazing and fun indeed. even though we are in europe but we do celebrate most of the international event such as hari raya, chinese new year and diwali for asian etc. this coming chinese new year there will be some dragon and lion dance in the china town, and during hari raya muslim will go to the mosque and visit each other etc..

Anonymous said...

thanks for the info,
it's really amazing...