SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, February 4, 2010

CABARAN HOKI SKUAD SMI BERMULA 1 MAC (MICHAELIAN'S HOCKEY TEAM TO PREPARE FOR NORTHEN KINTA DISTRICT TOURNAMENT)

Ipoh, Rabu: 4 Februari 2010 /19 Safar 1431

Undian pertandingan, serta jumlah pasukan yang sah bertanding akan dimuktamadkan pada hari Isnin ini di bawah kelolaan tuan rumah, SMK Buntong. Begitulah mandat mesyuarat pengurus-pengurus pasukan hoki yang bakal mengambil bahagian dalam pertandingan berformat karnival di padang astroturf dan Stadium Azlan Shah. Hoki tetap disenaraikan dalam kalendar Majlis Sukan Sekolah Daerah walaupun kos penganjuran harus diitanggung secara sama rata oleh pasukan yang bertanding.

Kecuali pasukan projek, SMK Anderson yang juga jaguh peringkat kebangsaan, skuad sekolah lain tidaklah begitu konsisten dari segi kemantapan pasukan. Setiap tahun prestasi boleh berbeza bergantung kepada kohort murid tahun berkenaan. SMK St Michael, Ipoh  (SMI) juga tidak terkecuali.

Penetapan pasukan pilihan (seeded) dalam setiap kumpulan dibuat berdasarkan pencapaian tahun 2009. Misalnya bagi kategori lelaki bawah 18 tahun: A1: Anderson; B1: Sungai Pari; C1: STAR; D1: Tanjung Rambutan. Namun, jika hanya terdapat sepuluh pasukan, hanya A1 dan B1 menjadi pilihan.

Kategori perempuan A1: RPS; B1: Tambun;  C1: Tarcisian; D1: KPP. Pasukan RPS ialah versi feminin bagi Anderson justeru dikenali di peringkat kebangsaan. Walaupun begitu, keupayaan pasukan lain tidak boleh dipandang enteng.

Ditolak dengan cuti tahun baharu Cina (13 - 20 Februari), pembentukan dan penyediaan pasukan yang bakal bertanding merupakan tugas yang amat mencabar. SMI telah memulakan sesi latihan asas dari segi ketepan pukulan, kawalan bola dan kecergasan. Aspek taktikal lanjutan akan didedahkan kemudian.

Tempoh permainan bagi setiap separuh masa dipendekkan daripada tempoh permainan penuh 35 minit. Tujuannya untuk meminimumkan risiko kecederaan pemain, di samping mengurangkan kos sewaan padang. Peraturan baharu kad hijau dan jarak pemain lawan daripada tolakan percuma akan dikuatkuasakan.

Pengurus pasukan sepakat bahawa tujuan pertandingan ialah untuk memilih pemain terbaik daerah. Maka, setiap pasukan perlu bermain dengan penuh semangat kesukanan tulen. Semua pengurus dan jurulatih berdaftar hendaklah terdiri daripada guru sekolah yang mengambil bahagian sahaja. Hanya mereka yang berhak berada di bangku pemain simpanan (bench).

Skuad SMI masih segar dengan reputasi selaku pemenang tempat ketiga kejohanan sekolah premier zon Perak 2009-2010. Beberapa orang pemain daripada skuad berkenaan masih berdaftar sebagai murid SMI. Maka, diharap mereka dapat menjadi inspirasi kepada pemain lain untuk menghadirkan saingan kepada skuad pilihan, kendatipun di atas kertas, misi berkenaan tampak perit sekali.

SMI pernah melahirkan dua orang kapten hoki Malaysia, Mohamad Abdul Hadi dan Foo Keat Siong. Bekas guru SMI, Len Olivero juga seorang jurulatih negara yang terkenal. Pemain SMI semasa  boleh menjadikan "legenda" seperti mereka sebagai azimat bagi melakar kejayaan yang bermakna...

1 comment:

MOHAMAD said...

mhadi1966@gmail.com
facebook : mohamad bin abdul hadi

tq Cikgu Azhar