SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 8, 2010

PELAKSANAAN KELAS TUTORIAL TINGKATAN ENAM (TUTORIAL FOR PREUNIVERSITY SIXTH FORM)

Kebanyakan kursus pengajian di peringkat universiti bernilai 3 jam kredit. Dua jam diperuntukkan untuk kuliah dan sejam untuk tutorial bagi setiap minggu. Selaras dengan penjenamaan semula pengajian prauniversiti tingkatan enam, komponen tutorial turut dimasukkan.

Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), tutorial dijalankan pada setiap petang Selasa selama 80 minit. Setiap mata pelajaran diberi peruntukan masa pusingan empat minggu. Bagi membezakan tutorial dengan kelas harian / kuliah, modul tertentu digunakan.

Sebagai contoh, mata pelajaran Ekonomi menggunakan modul perbincangan tentang teori pasaran faktor. Perbincangan dibahagikan kepada empat bahagian berdasarkan format kertas STPM. Kemahiran merancang jawapan setiap bahagian diberi penekanan.

Misalnya, bahagian A, pelajar didedahkan dengan konsep pengganggu jawapan (distractors), hingga akhirnya dapat memilih jawapan sebenar. Untuk bahagian B, pelajar dijuruskan kepada fokus tugasan soalan. Akhirnya, kemahiran aplikasi rumus dan teori dimantapkan dengan dua soalan bahagian D.

Modul diubahsuaikan daripada beberapa kertas spesimen yang mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan item soalan yang tinggi. Modul yang menjadi bahan perbincangan tutorial Ekonomi ialah seperti di bawah:


A1)  Sebuah firma persaingan sempurna mencapai tingkat keseimbangan pada:
        Kos tetap            =      RM 60k
        Kos berubah      =      RM 40k
        Jumlah hasil      =      RM 50k

        Apakah tindakan yang harus diambil oleh firma tersebut?
        A   Berhentikan operasi kerana mengalami kerugian
        B   Teruskan operasi kerana memperoleh untung normal
        C   Berhentikan operasi kerana kos tetap melebihi kos berubah
        D   Teruskan operasi walaupun mengalami untung kurang normal

A2)  Sekiranya kerajaan mengawal firma monopoli dengan dasar pulangan adil, maka firma akan mendapat
        A  untung normal    B  untung lebih normal    C  untung kurang normal    D  untung lebih normal dan untung normal    

A3)  Andaikan pasaran buruh ialah pasaran persaingan sempurna, maka upah ditentukan oleh
        A  keluaran hasil sut buruh    B  jumlah penawaran buruh    C  jumlah permintaan buruh  
        D  permintaan dan penawaran buruh  

B1)  (a)  Definisikan  firma monopoli.    [2 markah]  
        (b)   Terangkan dua sebab monopoli kerajaan diwujudkan.     [4 markah]    

B2)   Mengapakah keluaran keseimbangan firma pasaran persaingan monopolistik dicapai pada tingkat harga yang sama
         dengan kos purata jangka panjang?     [6 markah

C1)   Jelaskan perbezaan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli pada tingkat keseimbangan
         jangka panjang dari segi:
         (a) Harga    (b) Keluaran    (c) Kecekapan pengeluaran    (d) Kecekapan peruntukan    (e) Keuntungan       [10 markah

D1)  Jadual menunjukkan hubungan antara tingkat penggunaan buruh dengan jumlah keluaran bagi sebuah firma.         
                       
                        Bilangan buruh (orang)       Jumlah Keluaran Fizikal, TPP  (unit)   
                                          1                                                    7       
                                          2                                                   20
                                          3                                                   27
                                          4                                                   32
                                          5                                                   35
                                          6                                                   36
             
             (a)   Apakah maksud keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut?   [2 markah]
             (b)   Hitung keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut pada setiap tingkat penggunaan buruh.   [3 markah]
             (c)   Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran fizikal purata dan keluaran fizikal sut.    [3 markah]
             (d)   Jelaskan hubungan antara keluk keluaran fizikal purata dengan keluk keluaran fizikal sut.           [2 markah]

 D2)   Andaikan Qd = 80 – Px, dan Qs = -20 + Px
         (a)  Hitung harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang X.    [2 markah]
         (b)  Jika kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM 20 seunit atas barang X, hitung pada tingkat keseimbangan:
                    i)   harga dan kuantiti ditawarkan selepas cukai dikenakan   [3 markah]
                   ii)   jumlah cukai yang perlu dibayar oleh firma   [2 markah]
                  iii)   jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengguna    [1 markah]
                  iv)   jumlah hasil yang diterima oleh firma selepas ditolak cukai    [2 markah]
©   cikguazharrodzi.blogspot.com

No comments: