SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, February 23, 2010

PANDUAN MENJAWAB TATABAHASA SPM (MALAY LANGUAGE GRAMMAR FORM FOUR)

Tatabahasa diuji menerusi Soalan 3 kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Markah yang diperuntukkan ialah 30. Secara ringkas, pecahan soalan ialah seperti di bawah:

3a:  Morfologi
3b:  Sintaksis
3c:  Kesalahan ejaan, imbuhan
3d:  Kesalahan istilah, bahasa
3e:  Peribahasa

Morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata, manakala sintaksis ialah peraturan tentang susunan kata dalam ayat (Kamus Dewan, Edisi IV: 1043, 1052).

Pada peringkat SPM, aspek morfologi diuji menerusi pembinaan ayat. Unit dan proses morfologi yang terlibat biasanya meliputi:

i.     kata dasar / kata tunggal
ii.    kata terbitan: imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan
iii.   kata ganda: penuh, separa, berentak, berimbuhan
iv.   golongan kata: kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata sendi, kata hubung, 
                                 kata  keterangan, kata seru, kata sandang

Disebabkan morfologi diuji dalam bentuk ayat, maka aspek sintaksis turut dimasukkan sebagai aplikasi tatabahasa. Maka, murid harus juga menguasai penggunaan rangkai kata (frasa), klausa dan organisasi ayat. Pendek kata, kemahiran morfologi hanya boleh diserlahkan menerusi penulisan ayat yang turut mematuhi hukum sintaksis dan semantik (masuk akal).

Tugasan soalan 3a menghendaki calon menulis ayat berdasarkan perkataan atau rangkai kata yang diuji seadanya. Sebarang pindaan seperti membubuh imbuhan, atau menggugurkan imbuhan (jika ada) akan mengakibatkan ayat calon ditolak mentah-mentah!

Selain itu, larangan menjadikan perkataan / rangkai kata yang diuji sebagai nama khas, atau peribahasa dinyatakan dengan jelas dalam tugasan soalan. Namun, pada dasarnya membubuh kata ganti nama "nya" dan partikel "lah", "tah" tidak menjadi kesalahan. Walaupun demikian, calon hanya digalakkan mengekalkan perkataan / rangkai kata yang diuji seadanya.

Sekarang, lihat beberapa contoh ayat. Perkataan / rangkai kata yang berhuruf tebal ialah unit / proses morfologi yang diuji. Keterangan dalam kurungan (   ) ialah status ayat berkenaan.

1.   Serunai itu diletak di atas meja. (ayat tidak jelas)

2.   Nama kawan saya Serunai. (digunakan sebagai nama khas, ditolak)

3.   Saya tidak faham perkataan serunai. (tidak mematuhi tugasan soalan, ayat mesti
                                                             dapat menjelaskan makna dan kegunaan
                                                             perkataan / rangkai kata yang diuji)

4.   Saya meniup serunai itu. (diterima)

5.   Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. (dijadikan peribahasa,
                                                                                                  membubuh imbuhan "di";
                                                                                                  ayat ditolak)

6.   Abang saya menghadiri satu sesi temu duga. (diterima)

7.   Pertandingan hoki itu dijalankan secara kalah mati. (diterima)

8.   Saya harap kamu akan bertungkus-lumus untuk menang. (ayat dialog / cakap pindah;
                                                                                                               tiada pihak yang bercakap,
                                                                                                               tiada tanda pembuka / 
                                                                                                               penutup kata;
                                                                                                               dikenakan penalti)

9.  "Pulanglah dengan segera", kata ibu kepada abang menerusi sidang video.
      (membubuh patikel lah; pada dasarnya diterima, tetapi tidak digalakkan)

10.  Sikap positifnya disenangi rakan sekerja. (diterima)


Perbincangan seterusnya akan memberi tumpuan terhadap soalan 3b. Selamat belajar...

No comments: