SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 21, 2010

SEBERANG PINTASAN GAMIT PELANCONG (THE “VILLAGE” OF FORMER F1 SCHUMAKER)


Dua tiga tahun yang lalu, belia Seberang Pintasan sangat bertuah kerana dapat bermain bola sepak bersama-sama seorang pemandu F1 tersohor dunia, Michael Schumaker apabila pelumba handalan Jerman itu berkampung selama seminggu di sana.  Bukan kerana mat salleh yang mereka kagumi, tetapi bagaikan mimpi dapat berdamping dengan seorang selebriti sukan bertaraf legenda. Walaupun belia Seberang Pintasan bukan peminat sukan pemotoran, justeru bergelumang dengan dunia nelayan, sambutan hangat mereka meninggalkan memori indah buat Schumaker pada penghujung kemuncak karier beliau.
Dahulu laluan singkat Seberang pintasan dengan Kuala Dungun ialah menerusi perkhidmatan bot tambang. Kini, kelibat penumpang yang setia menunggu di jeti, dan jerit pekik penambang sudah lenyap dibawa arus pemodenan. Sebuah jambatan merentasi Sungai Dungun telah merobah peta laluan Seberang Pintasan hingga berpotensi menjadi sebuah pusat pertumbuhan ekonomi yang baharu.
Berhampiran Seberang Pintasan ialah Tanjung Jara Beach Resort yang bertaraf lima bintang. Pelancong yang menggemari aktiviti meredah belukar dan denai pasti akan merasai nikmat menelusuri sebuah sketsa alam yang cukup menakjubkan. Pelancong boleh memilih untuk menyusuri pantai yang menawarkan deburan ombak dan gigi air yang mengubat jiwa nan lara.
Jika pelancong hendak menyaksikan kelainan, mereka boleh membuat keputusan melencong ke sebelah kiri hujung jambatan, iaitu Rajawali. Pengalaman memandu di lereng bukit dan pinggiran sungai mungkin sama dengan adegan filem Hindustan atau ala-ala drift filem Hong Kong dan Hollywood. Bagi penganut Islam, inilah masa untuk mengucapkan Subhanallah banyak-banyak.

No comments: