Tidak seperti di negara kita, Arab Saudi melaksanakan dasar yang berlainan tentang pemuliharaan tempat bersejarah. Sebagai kota suci tumpuan ibadah umat Islam, pihak berkuasa di sana barangkali tidak mahu status itu disamakan dengan destinasi tarikan pelancongan. Sebab itu, tanpa pengetahuan tentang sejarah,lokasi berlakunya peristiwa besar umat Islam tidak akan ditemui justeru tiada sebarang label atau tunjuk arah diletakkan.
Sesiapa yang berpeluang ke Hudaibiyyah, tempat berlakunya perjanjian yang amat masyhur dan signifikan juga tidak menemui sebarang tanda, melainkan sebuah masjid yang serba sederhana. Juga tiada sebarang petempatan dan monumen. Yang ada hanyalah jalan raya dan sebuah gerai peniaga Bangladesh yang kecil.
No comments:
Post a Comment