SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 10, 2010

SAMBUTAN PRA-TAHUN BAHARU CINA DI SMI (LION DANCE FOR MICHAELIANS)

Ipoh, Khamis: 11 Februari 2010 / 26 Safar 1431

Masyarakat Cina seluruh dunia menyambut tahun baharu "harimau" pada hari Ahad, 14 Februari ini. SMK St Michael, Ipoh mengadakan majlis ringkas sempena perayaan tersebut menerusi acara simbolik yang menggambarkan kepercayaan dan tradisi masyarakat berkenaan. Maka, warna merah (untuk kostum) dan warna kuning (limau) mendominasi suasana.
Sebelum tarian singa dimulakan, satu sesi penyampaian hadiah sempena hari petani masyarakat India (ponggal) disempurnakan oleh pengetua. Kelab Bahasa Tamil muncul sebagai juara. Kelab-kelab lain yang bukan berasaskan kaum India juga mengambil bahagian.
Kemunculan "dua ekor" singa yang diringi dengan paluan gendang Cina mula menggamatkan suasana. Pelbagai formasi telah dipertontonkan kepada khalayak. Kecekapan empat orang pelajar mengendalikan tarian tersebut berjaya menghiburkan hadirin.
Dalam keasyikan menonton persembahan aksi singa, tidak semena-mena muncul dari dewan sesusuk tubuh lengkap dengan kostum serba merah, janggut panjang dan membawa bakul "emas". Sambil melambai-lambaikan tangan, dia menuju ke arah tapak perhimpunan.
Seorang murid Cina memberitahu penulis blog (PB) bahawa si pembawa bakul "emas" itu ialah simbolik kepada "dewa kekayaan" dalam kepercayaan masyarakat Cina. Ketika mengelilingi tapak perhimpunan, "sang dewa" sempat melempar-lemparkan ang pau dan limau kepada murid yang dapat menyambutnya.
Sebelum beredar, "sang dewa" menyerahkan sesuatu kepada pengetua. Dia turut mengedarkan limau kepada beberapa orang guru. Selepas itu dia menyertai kumpulan koir Pusat Sumber mengalunkan lagu tahun baharu Cina.
Kepada semua guru dan murid Cina, diucapkan selamat menyambut tahun baharu harimau. Berhati-hatilah semasa di jalan raya. Kita jumpa lagi pada 22 Februari kelak...

No comments: