SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, February 3, 2010

KADET BOMBA TINGKATAN ENAM FOKUS KESUKARELAAN (LIMITED MEMBERSHIP, BUT UNLIMITED ACTIVITIES)

Ipoh, Rabu: 3 Februari 2010 / 18 Safar 1431

Dengan keanggotaan hanya 17 orang, pasukan Kadet Bomba Tingkatan 6, SMK St Michael, Ipoh (SMI) masih mampu merencanakan aktiviti yang dapat memantapkan kualiti kepimpinan, kebajikan dan perkhidmatan pasukan. Syarat untuk mendapatkan jurulatih Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat ialah minimum satu platun, bersamaan dengan 34 anggota. Pasukan kadet tingkatan 6 ini tidak dapat digabungkan dengan kadet bomba tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang berjumlah 100 orang. Pengisian latihan dan teori mereka berbeza.

Selain aktiviti rutin kawat kaki, pasukan kadet bomba bakal terlibat dalam menguruskan kawat kebakaran peringkat sekolah pada penghujung bulan Mac dan sekitar bulan Julai. Mereka akan bertindak sebagai penyelia insiden lokasi. Selain itu, kadet bomba bakal menyertai pesta kawat kaki pakaian seragam dan formasi lintas hormat hari sukan.

Aktiviti lain yang dirancangkan termasuklah lawatan ke rumah-rumah kebajikan bertujuan memupuk empati terhadap golongan yang kurang beruntung. Anggota bomba diberi tugasan untuk mengutip sumbangan dalam kalangan warga SMI, di samping merancang aktiviti lawatan dengan teliti. Pengalaman yang bakal diperoleh bukan sahaja dapat melengkapkan pakej pembelajaran pengajian prauniversiti, bahkan mengukuhkan tradisi Michaelian yang prihatin terhadap pencapaian kesejahteraan sosial.

Kursus bantuan kecemasan dan CPR turut disenaraikan. Aktiviti ala-ala program realiti seperti pembinaan gajet, ikhtiar hidup, laluan berhalangan, pencarian harta karun dan pertandingan futsal dijangka mendapat sambutan yang hangat. Tidak ketinggalan ialah sudut info kadet bomba dan soal selidik kesedaran tentang kebakaran.

Aktiviti minggu ketiga kali ini ialah reka cipta. Anggota dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menyiapkan projek menggunakan bahan murah dan terbuang. Perjumpaan bermula pada pukul dua petang itu diakhiri dengan pembentangan projek sebelum bersurai pada pukul 3.20 petang.

No comments: