SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 28, 2010

KESIHATAN DIUTAMAKAN DI SMK ST MICHAEL (PREVENTION CAMPAIGN FOR MICHAELIANS)

Jika anda pernah berjalan-jalan di bandar raya Jeddah atau Riyadh, anda mungkin biasa melihat papan iklan gergasi memaparkan ayat "walaa tulquu bi aidiikum ila't-tahlukah" (petikan al-Qur'an) yang bermaksud "dan janganlah campakkan diri kamu ke dalam kancah kebinasaan.."  Mesejnya ialah keburukan merokok. Di Malaysia, kita biasa melihat papan iklan "katakan tidak kepada rokok"!
Tanpa bersandarkan kajian ilmiah pun, kita dapat mengatakan (falasi bagi penyelidik) bahawa tabiat merokok bermula dalam usia persekolahan. Kajian tentang perokok tegar pernah dibuat oleh Prof. Dr. Sufean Hussien, bekas Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Nyata sekali bahawa sekali "berjaya" merokok, seseorang itu membuka langkah ketagihan.
Perokok memberi alasan bahawa dengan merokok mereka turut menyumbang terhadap aktiviti ekonomi. Banyak peluang pekerjaan daripada pengurusan industri dan teknologi hinggalah penjual rokok jalanan (kiosk) dapat dibantu. Kalau semua pakat-pakat berhenti merokok, banyak pihak yang akan terjejas.
Walaupun penceramah mengatakan bahawa perokok tiada yang beruban (kerana menemui ajal sebelum sempat berusia tua), kumpulan perokok mengemukakan dalil sebaliknya. Begitulah degilnya perokok mempertahankan tindakan mereka. Terdapat indoktrinasi senyap dalam kalangan perokok muda bahawa lelaki yang tidak merokok sebagai "tidak macho".
Sekolah telah dijadikan zon larangan merokok, baik kepada kakitangan atau pelawat. Murid dan pelajar memang dilarang membawa rokok atau peralatan merokok ke dalam kawasan sekolah. Memang susah untuk meyakinkan murid bahawa rokok itu semata-mata buruk justeru ada bekas murid yang sudah bergelar profesor mengakui mula merokok sejak di bangku sekolah (kisah benar di sekolah lama penulis blog, PB). 
Walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan tentangan, kempen antirokok tetap dilipatgandakan. Di SMK St Michael, Ipoh (SMI), kempen antirokok versi 2010 disekalikan dengan pendidikan pencegahan penyakit yang lain, khususnya yang berkaitan dengan bawaan nyamuk. Baru-baru satu pameran mini dan sesi penerangan telah dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kinta.

No comments: