SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Wednesday, November 30, 2011

SEKOLAH CEMERLANG UPSR 2011 (FAIR ACCESS FOR ALL CHILDREN IN SCHOOL)

Dengan sejumlah 74 orang murid memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru, SK Sura, Dungun ialah antara sekolah paling cemerlang di seluruh negara. Terdapat kelas yang mencatat 100 murid memperoleh 5A. Walaupun pencapaian akademik bukan ukuran mutlak kecemerlangan sesebuah sekolah, di mata masyarakat, kepercayaan (kesahan dan kebolehpercayaan) peperiksaan awam secara berpusat masih dianggap paling kuat.

Bagi mencapai kejayaan itu, banyak pengorbanan harus dilakukan. Misalnya, pihak sekolah mungkin menunda dahulu aktiviti dan program nilai tambah yang menjurus ke arah kebitaraan untuk layak muncul sebagai calon sekolah kluster kecemerlangan. PIBG dan sekolah sepakat untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pencapaian akademik supaya mobiliti sosial anak-anak kampung akan lebih cerah.

Program intervensi yang dilaksanakan juga bersifat adil dan menyeluruh kepada semua murid. Guru menjalankan tugas dengan ikhlas tanpa mengira bahawa seseorang murid itu memiliki kelebihan tertentu, atau kerana murid berkenaan anak guru sekolah itu atau orang-orang penting berkaitan dengan sekolah. Tiada murid berasa tersisih atau tidak diambil peduli.

Hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa juga sangat erat. Ibu bapa sedia meluangkan masa untuk hadir ke sekolah, malah sanggup turun membantu dari segi persediaan program seperti masak-memasak dan menjadi petugas sukarela. Konsep hubungan sekolah dengan rumah dalam proses pembelajaran kanak-kanak digembleng ke tahap optimum.

Murid sekolah telah terbiasa dengan budaya mendengar kata. Sesiapa yang bersikap degil dan negatif tidak akan dibiarkan menjadi dominan dan berpengaruh. Program kaunseling rakan sebaya dan khemah ibadah yang memupuk sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmummah dianjurkan dari masa ke masa.

Kepimpinan sekolah mengambil berat tentang kebajikan guru dan murid. Kepentingan keseluruhan sekolah didahulukan daripada pencapaian peribadi sebagai pemimpin yang mungkin popular, atau asyik mengejar anugerah tertentu supaya mendapat peluang berdamping dengan tokoh tertentu, selain mengintai peluang melancong ke luar negara secara percuma. Kepimpinan demikian peka terhadap sebarang bentuk diskriminasi yang mungkin berlaku di sekolah masing-masing... 

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih atas usaha gigih cikgu menerbitkan berita ini dalam blog .SK Sura merupakan salah sebuAH SEKOLAH di Daerah Dungun yang mempunyai murid lebih 1600 orang dan ia terdiri dari dua sesi.Ianya gabungan masyarakat kampong dan juga golongan elit.Saya pernah bertugas di sekolah ini selama 2 tahun lebih.Hadiah atas kejayaan tersebut,sekolah akan mengadakan jamuan kesyukoran dengan menyembelih 2 ekor lembu.Maklumat yang saya terima pada 1/12/2011,yanag mana mesyuarat berkenaan telah diadakan serta mengambil keputusan iaitu dengan 2 ekor lembu untuk jamuan besar-besaran. Tahniah SK Sura..

cikgu azhar said...

terima kasih juga atas perhatian tuan. gambar maklumat majlis yang tuan maksudkan kini dipaparkan. tuan sebahagian kejayaan sk sura...