SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Thursday, December 1, 2011

UPSI SELAMATKAN PROTON CITY? (THE CHALLENGE OF MEGA POJECT)

Lebihan besar penawaran unit hartanah merupakan fenomena ekonomi yang berlaku di seluruh dunia, khususnya di zon pertumbuhan baharu. Ruang pejabat, kompleks perniagaan dan perumahan yang siap dibina tidak semestinya berjaya dijual semua sekali. Ejen, broker, pegawai pemasaran dan spekulator hartanah sibuk melakukan pelbagai cara supaya masing-masing mampu meraih untung.

Antara projek hartanah mega tempatan yang masih bergelut untuk mencapai sasaran ialah Lembah Beringin, Lembah Beruntung dan Sungai Buaya. Zon pertumbuhan ekonomi baharu berhampiran tidak begitu rancak sebagaimana unjuran pakar ketika projek dilancarkan. Malah, bandar pintar Cyberjaya juga masih belum mencapai tahap optimum dari segi penempatan syarikat bertaraf multinasional.
Pembangunan bandar raya pintar Proton City di Behrang, Tanjung Malim umpama jelmaan sebuah lagi Putrajaya. Dengan kawasan yang begitu luas, teratur dan dengan pemandangan deretan gunung yang diliputi awan, Proton City sangat memikat. Kompleks pengeluaran kereta kebangsaan yang baharu beroperasi sekitar tahap 30 peratus bakal menjana peluang pekerjaan dan inovasi kejuruteraan automatif pada masa hadapan. Kecuali unit-unit banglo mewah, kawasan rumah teres dan pangsa hampir dipenuhi.

Sebagai bandar pintar, Proton City menggabungkan zon penempatan manusia dan industri pembuatan yang sifar pencemaran. Hanya kilang berteknologi tinggi dan bebas cemar sahaja bakal beroperasi di sana. Penduduk akan berasa selamat dan tenang menghirup udara bersih tanpa risiko terdedah kepada sisa-sisa buangan industri, sama ada dalam aliran air atau yang terampai di udara.

Sebagai sebuah kawasan yang masih di peringkat awal fasa pembangunan fizikalnya, Proton City mungkin masih lengang dan sepi. Bagi keluarga dan penyewa unit kediaman Proton City, hal itu menjadi rahmat. Mereka berasa bebas melakukan aktiviti senaman dan kayuhan basikal tanpa banyak gangguan.
Pembinaan kampus pintar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersaiz ratusan hektar di kawasan strategik Proton City bakal menjana lebih banyak kegiatan ekonomi dan inovasi di situ. Permintaan terhadap perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan mahasiswa dan pengajian tinggi akan mewujudkan rangkaian urus niaga yang besar. Di samping hotel dan kompleks perniagaan, peluang menceburi perkhidmatan inap desa akan terbuka kepada penduduk tempatan atau pembeli luar yang sanggup menanggung risiko demi memperoleh untung lumayan.

Kedudukan Proton City yang bersebelahan Lebuh Utara Selatan dan hanya kira-kira 100 kilometer daripada Kuala Lumpur memberi kelebihan tambahan. Walaupun pembangunan bandar raya pintar Proton City masih perlahan, tetapi potensi dan daya tarikan masa hadapannya sangat cerah. Pulangan terhadap pelaburan hartanah di Proton City mungkin  memakan masa, tetapi berbaloi untuk jangka panjang...

No comments: