SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Friday, September 7, 2012

KESEIMBANGAN MONOPOLI JANGKA PENDEK, JANGKA PANJANG (LARGER PROFIT SIZE)

Pengenalan

Monopoli ialah firma tunggal dengan keluaran yang tiada pengganti hampir dan terdapat sekatan (halangan) kemasukan firma baharu ke dalam pasaran. Maka, secara teoritikal, firma monopoli yang juga industri monopoli akan menikmati untung lebih normal dalam jangka pendek dan juga jangka panjang. Perbezaannya ialah saiz untung lebih normal monopoli dalam jangka panjang akan lebih besar.

Keseimbangan monopoli jangka pendek

Keuntungan lebih normal tercapai apabila jumlah hasil melebihi jumlah kos (TR > TC) pada tingkat keseimbangan, iaitu hasil sut sama dengan kos sut (MR = MC). Huraian gambar rajah: rujuk titik keseimbangan E, harga keseimbangan P, kuantiti keseimbangan Q, jumlah hasil (OQAPo) , jumlah kos (OQBP1) dan kawasan keuntungan lebih normal (P1BAPo). Nyatakan juga keuntungan purata (per unit), iaitu AB (garis antara AR, AC pada kuantiti keseimbangan Q).

Langkah melukis keluk

1   paksi / label - unit

2   AR, MR  (pastikan bersambung dengan paksi, dan MR = 1/2 AR)

3   MC potong minimum AC

4   Tanda titik keseimbangan E, buat garisan tegak kuantiti keseimbangan Q

5   Tarik Q hingga menyentuh keluk AR, AC

6   Tandakan kawasan untung lebih normal

Keseimbangan monopoli jangka panjang

Firma memilih saiz loji pada keluaran seimbang LAC = MR, tetapi pada LAC sedang menurun. Dalam kata lain, bagi memaksimumkan keuntungan, firma memilih saiz loji pada LAC paling rendah yang boleh dicapai. Penyesuaian loji monopoli jangka panjang bermakna bahawa SAC akan bergerak ke kanan / bawah, iaitu pada bahagian LAC yang paling hampir dengan titik minimum LAC

...

...

...

...

...

...

...

No comments: