SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, September 10, 2012

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TUMPU 9 BIDANG KEUTAMAAN (POLICY RENEWAL DRIVEN FOR COMPLEXITY EDUCATIONAL ENVIRONMENT)

Sektor pendidikan sekolah akan terus mendapat perhatian masyarakat di negara kita justeru kira-kira 15 peratus penduduk Malaysia, iaitu hampir enam juta orang murid dan setengah juta orang guru, serta kakitangan di sekolah, pejabat dan kementerian terbabit secara langsung dalam aktiviti memupuk pembelajaran. Selain itu, lebih banyak pihak juga mempunyai hubungan dan kepentingan dengan sekolah, terutama ibu bapa, pembekal buku dan alat tulis, serta penyedia perkhidmatan pengangkutan awam dan kawalan lalu lintas. Sekolah juga berfungsi sebagai 'pusat jagaan' kanak-kanak supaya ibu bapa lebih tenteram untuk keluar bekerja dan masyarakat menikmati manfaat keselamatan jangka panjang apabila anak-anak muda memiliki akses terhadap pendidikan dan ilmu pengetahuan di sekolah.

Kalau diikutkan kehendak ibu bapa yang cenderung untuk 'lepas tangan' terhadap pencapaian anak masing-masing, jangka waktu persekolahan harian biarlah dilanjutkan hingga lewat senja supaya mereka boleh menjemput anak 'sekali harung' apabila pulang dari tempat kerja. Usahawan pusat tuisyen telah menghidu kesempatan itu, lantas menawarkan pelbagai pakej "jagaan" anak kepada ibu bapa yang sibuk dan kekurangan masa untuk memantau perkembangan pembelajaran anak mereka. Di bandar-bandar besar, konsep pusat tuisyen untuk menyiapkan kerja rumah dan folio pentaksiran berasaskan sekolah telah bermula.

Usahawan pusat tuisyen juga bijak membina rapport dengan pihak yang berpengaruh dan memiliki akses terhadap maklumat terkini dunia pendidikan. Misalnya, mereka melantik mantan pegawai tinggi pendidikan sebagai panel penasihat pusat tuisyen mereka, di samping menganjurkan pelbagai program bengkel dan seminar dengan pengisian oleh pegawai kurikulum dan jurulatih utama peringkat kebangsaan di ibu kota. Pendek kata, pusat tuisyen seperti itu begitu serius dalam merebut kepercayaan pasaran yang sebenarnya sangat luas.

Walaupun pusat tuisyen semakin kreatif dan proaktif, tetapi peranan asas sekolah sebagai tapak pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap dan segala bentuk pengalaman pembelajaran tidak mungkin dapat ditukar ganti. Selain itu, hanya sekolah yang memiliki wewenang penuh terhadap reka bentuk penilaian, pengukuran dan pentaksiran pembelajaran. 

Setelah dua tahun Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006 - 2010) berakhir, kini muncul pula Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP, bukan akronim nama parti politik), satu rancangan perspektif jangka panjang yang menjangkau hingga tahun 2025. Laporan awal pelan berkenaan baharau sahaja dilancarkan pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baru berkenaan. Menurut laporan itu, keputusan berkenaan dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21, serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan. Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan, malah kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan.

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha berkenaan akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini. Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel. Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. 

Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta; 
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Rangka tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran akan berganding bahu dengan Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan guru seperti yang dihasratkan. Ia juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar. Ini akan dicapai dengan memperkemas dan mempermudahkan proses pengumpulan data dan pengurusan sedia ada, manakala sesetengah fungsi pentadbiran juga akan dipindahkan kepada pusat perkhidmatan terpusat atau kepada guru khusus pentadbiran di peringkat sekolah," kata laporan itu. 

Kementerian Pelajaran juga bercadang melaksanakan kemajuan kerja berasaskan kecekapan dan prestasi menjelang 2016, apabila guru diberi penilaian setiap tahun oleh pengetua masing-masing, dengan inputnya mungkin diberi rakan setugas mereka. Malah, guru paling baik mungkin dinaikkan pangkat daripada DG41 kepada DG54 dalam tempoh lebih cepat berbanding tempoh kenaikan pangkat purata sedia ada iaitu 25 tahun. Guru yang menghadapi masalah untuk mencapai kualiti minimum pula akan diberi bimbingan sokongan tambahan untuk membantu mereka kembali berada di landasan sewajarnya. 

Guru yang sering mencatat prestasi rendah, walaupun sudah menerima sokongan tambahan, akan diberi tugas lain yang mempunyai kaitan dengan fungsi sekolah seperti pentadbiran, pegawai tatatertib atau pengurusan kokurikulum," kata laporan itu

...

...

...

9 bidang keutamaan:

·         Memartabatkan profesion keguruan
·         Meningkatkan kepemimpinan sekolah
·         Meningkatkan kualiti sekolah
·         Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran
·         Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
·         Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi
·         Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja
·         Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan sumber
·         Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian

...

...

...


No comments: