SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, September 2, 2012

RUTIN HARIAN DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH (THE SAME THING OVER AND OVER AGAIN)

Bergelar murid sekolah berasrama penuh (SBP) menjadi idaman sebahagian lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa mereka. Walaupun dari segi dasar, keutamaan diberi kepada calon yang datang daripada latar belakang murid kurang beruntung, peruntukan tempat tetap diberi kepada murid cemerlang, tanpa mengambil kira status sosioekonomi keluarga. Maka, sebahagian ibu bapa bandar dan berada, terutama bekas budak SBP yang sudah berjaya, mahu anak masing-masing merebut tempat yang terhad di SBP terpilih.

Selain, lulusan UPSR, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut membuat pengambilan kira-kira 2,000 orang lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk kemasukan ke tingkatan empat. Kini, terdapat kategori SBP premier, sekolah menengah sains, SBPI (integrasi) dan SBP agama. Terdapat juga pengambilan di sekolah bukan kementerian pelajaran, iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah asrama penuh agama negeri (termasuk Imtiaz) dan SBP swasta (seperti Kolej Yayasan Saad).

Permintaan yang tinggi terhadap pengajian bersepadu aliran konvensional dengan pengajian Islam mendorong penubuhan rangkaian sekolah menengah kebangsaan agama, SMKA di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM. Lepasan SMKA memiliki kelebihan tersendiri, iaitu pendedahan pembelajaran bahasa Arab dan beberapa mata pelajaran pengajian Islam. Mereka berpeluang memilih sama ada jurusan konvensional (aliran akademik biasa) ataupun jurusan pengajian Islam di peringkat pengajian tinggi.

Seperti biasa, manusia kelihatan bersungguh-sungguh sebelum mendapat sesuatu, tetapi seperti terleka sesudah memperoleh perkara yang dihajatkan. Sebelum mendapat kerja, tinggi gunung seribu janji; sudah dapat kerja mula tunjuk belang mengelat sana mengelat sini. Demikian juga sebahagian murid SBP yang mula sedikit terpesong dan hanyut daripada hala tuju kecemerlangan yang diharapkan.

Hakikatnya banyak perkara dalam kehidupan manusia ialah perbuatan bersifat ulangan atau rutin harian. Waktu siang diperuntukkan untuk aktiviti yang lebih cergas berbanding dengan sebahagian waktu malam untuk istirahat. Bangun pagi terus membersih diri dan bersiap sedia untuk solat, sebelum meneruskan kegiatan harian seperti bekerja atau belajar.

Di SBP, rutin pergerakan dan kegiatan murid bermula di asrama penginapan, dewan makan, surau, bilik darjah, padang dan mungkin juga di luar kawasan sekolah. Selain rutin harian, budak SBP harus membiasakan diri dengan kegiatan tetap mingguan seperti pemeriksaan kemasan katil dan almari di kamar penginapan, serta urusan "geledah" item yang terlarang. Namun, ada juga waktu yang ditunggu seperti kebenaran keluar ke bandar saban minggu, atau balik bermalam sebulan sekali.

Buli ialah kesalahan berat yang boleh mengakibatkan si pelaku disingkirkan daripada SBP. Amaran keras disampaikan dari masa ke masa. Sama ada kegiatan buli dapat dibanteras sepenuhnya atau tidak, sukar untuk dipastikan seratus peratus.

Berpacaran juga sangat dilarang. Namun, banyak juga pasangan bekas pelajar SBP berjaya membina keluarga yang bahagia. Bilakah agaknya mereka mengikat janji?

Tiada telefon bimbit dibenarkan, termasuk dalam kamar asrama. Komunikasi hanya boleh dilakukan menerusi kemudahan telefon awam. Barangkali budak SBP akan tersengih dengan peraturan ini.

Budak SBP hendaklah sentiasa berpegang kepada tujuan asal mereka berdaftar sebagai murid di sekolah idaman murid cemerlang dan ibu bapa yang sanggup berbelanja besar sebagai persediaan anak mereka bersaing merebut tempat di SBP. Kadang-kadang si anak tidaklah begitu bersungguh-sungguh hendak ke SBP, tetapi ibu bapa yang nampak kesempatan yang terhidang. Hasrat ibu bapa tetap wajib dihargai...

No comments: