SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Tuesday, September 4, 2012

SINGGAH SEBENTAR DI FELDA SUNGAI NEREK (SHORT VISIT TO A SPECIAL PLACE)

Pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie mengatakan bahawa seseorang musafir (berjalan melebihi dua marhalah, atau anggaran 91 kilometer) pada hari Jumaat wajib menunaikan solat Jumaat di masjid jika dia mula bergerak selepas solat Subuh. Namun, si musafir boleh menghimpunkan solat Jumaat dengan solat Asar (jamak taqdim dan qasar) asalkan memenuhi syarat tertentu.
Penulis blog (PB) bergerak dari Dungun pada pertengahan pagi. Kira-kira pukul 1.00 tengah hari, PB mula memerhatikan susur keluar Lebuh Raya pantai Timur ke kawasan petempatan yang mempunyai masjid. Akhirnya, PB mengambil keputusan untuk menuju Felda Sungai Nerek atas saranan penjaga tol.
Keadaan jalan begitu tenang, serta tiada kesesakan yang berlaku. Tempet meletak kenderaan juga byukan menjadi masalah. Lebih banyak basikal dan motosikal yang kelihatan.

Khatib yang berdiri di mimbar pula walaupun berusia agak lanjut, tetapi masih memiliki aura untuk menyampaikan khutbah tentang muhasabah Ramadan dan natijahnya terhadap kegiatan semasa bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya sementara menunggu Ramadan selanjutnya.

Keadaan masjid begitu bersih dan terjaga. Cuma, paip tempat mengambil wuduk agak rendah hingga jemaah harus membongkok jika hendak membasuh tangan hingga ke lengan. Jemaah tempat sudah biasa, hanya pengunjung luar berasa sedikit kekok.

Paparan kutipan derma mingguan Jumaat juga begitu jelas. Prinsip ketelusan dalam pengurusan kewangan walaupun dengan amaun yang kecil memang menjadi tuntutan syariat. Syabas kepada jawatankuasa masjid yang begitu prihatin.
Turut menarik perhatian ialah papan tanda besar di luar kawasan masjid tentang hukum menipu dalam urus niaga kelapa sawit. Hanya tandan dengan buah kelapa sawit yang sudah matang layak untuk dijual. Jika terdapat percubaan mencampur tandan muda sekali gus, hukumnya haram.

Walaupun demikian, terdapat kategori hukum yang tetap dan yang boleh berubah: taklifi dan wad'i. Andai kata bahawa dapatan penyelidikan saintifik membuktikan bahawa kelapa sawit muda boleh diproses menjadi keluaran yang bernilai tinggi dari segi kegunaan dan harga, maka urus niaga tandan muda sudah tiada masalah lagi. Perkara penting yang mesti diperhatikan ialah urus niaga berkenaan mesti jelas dan bebas daripada sebarang unsur keraguan, gharar.

Secara perbandingan, buah pelam boleh dijual masak atau muda, bergantung kepada permintaan pengguna secara khusus. Ada orang yang suka sambal pelam muda, kerabu pelam muda atau sekadar untuk cecah dengan kuah rojak. Namun, prinsip asas urus niaga iaitu tiada unsur syubhah, gharar dan penipuan wajib dipatuhi sepenuhnya...

No comments: