Antara kemahiran penting kajian novel komponen sastera Bahasa Melayu menengah atas ialah dari segi penulisan peristiwa. Secara mudah, peristiwa ialah kejadian khusus yang membabitkan jangka masa terhad, watak, tempat dan masa. Peristiwa yang ditulis boleh menjadi bukti atau hujah untuk menyokong sesuatu idea yang hendak dikemukakan.
Contoh peristiwa 1:
Azfa Hanani disindir oleh Kamilah supaya berjumpa Cikgu Zamin, guru kaunseling daripada mengelamun semasa sesi uji kaji makmal. Sindiran Kamilah berbaur cemburu.
Perwatakan (watak utama): Bijak. Azfa Hanani dapat mengesan nada cemburu di sebalik sindiran
Kamilah.
Latar masyarakat: Masyarakat yang bijak. (gunakan peristiwa di atas sebagai huraian)
Nilai: Ketelitian. Azfa Hanani dapat membaca niat yang tersirat di sebalik sindiran Kamilah.
Persoalan: Kebijaksanaan dalam membaca percakapan orang.
Pengajaran: Kita hendaklah bijak membaca percakapan orang.
Latar tempat: Makmal kimia.
Latar masa: Pagi / Waktu persekolahan / Waktu amali Kimia
Contoh peristiwa 2:
Kedatangan dua orang pengawas (Nordin dan Rozlan) membawa khabar Azfa Hanani dikehendaki berjumpa dengan pengetua. Azfa Hanani berasa takut, lalu nekad untuk membuat pengakuan bersalah.
Perwatakan (watak utama): Mudah panik
Latar masyarakat: Masyarakat yang mudah panik. (gunakan peristiwa di atas sebagai huraian)
Nilai: Kejujuran.
Persoalan: Kejujuran dalam pengakuan.
Pengajaran: Kita hendaklah jujur dalam membuat pengakuan.
Latar tempat: Makmal kimia.
Latar masa: Pagi / Waktu persekolahan / Waktu amali Kimia
Contoh soalan KBKK
1 Jika anda ialah Azfa Hanani, bagaimanakah caranya untuk memberi tumpuan semasa sesi
pembelajaran sedang berjalan?
2. Jelaskan dua sebab seseorang itu mudah berasa cemas / panik?
7 comments:
Terima kasih ....sangat membantu saya .
Alhamdulillah...
kalau boleh tahu siapa dan dari mana...
nak mintak nilai tanggungjawab....dgn huraian
Novel Azfa Hanani memaparkan nilai tanggungjawab.
Watak utama, Azfa Hanani menunjukkan nilai tanggungjawab dengan mematuhi peranan sebagai anggota kumpulan amali di makmal kimia. Apabila ketua kumpulan, Falina mencadangkan supaya tabung didih ditukar.
Watak sampingan, Falina menjalankan tanggungjawab sebagai ketua kumpulan amali kimia. Falina sentiasa mengawal ahli kumpulan supaya sentiasa menumpukan perhatian terhadap kerja amali. Dia menegur Azfa Hanani yang beberapa kali didapati mengelamun di makmal semasa amali dijalankan.
(nota: ambil satu huraian sahaja, bergantung kepada tugasan soalan)
nk tiga nilai tanggungjawab ..
nk tahu persoalan,watak,latar,teknik plot,gaya bahasa,nilai & pengajaran...boleh terangkan tak???
T'rima kasih cikgu sebab ia banyak membantu saya untk ulangkaji untk peperiksaan pertengahan tahun pada next week....:)
Post a Comment