SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Sunday, February 21, 2010

CONTOH PENULISAN JAWAPAN RUMUSAN SPM (THE WAY OF WRITING QUESTION NO. 1 BM 2 FORM FOUR)


Soalan 1:  Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan buruk penggunaan kad kredit dan cara-cara mengawal penggunaan kad kredit. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

                Rakyat sentiasa diingatkan supaya bijak menggunakan wang dan mengatur perbelanjaan mereka.  Rakyat mempunyai kuasa membeli tetapi ada kalanya timbul masalah apabila mereka membeli barang yang tidak perlu atau secara membazir.  Keadaan menjadi lebih meruncing dengan penggunaan kad kredit yang tidak terkawal.

                Orang ramai seharusnya menggunakan kad kredit dengan penuh berhemah agar mereka tidak menghadapi beban hutang yang boleh menjurus ke arah muflis.  Jika pemegang kad kredit berbelanja besar, banyak yang perlu mereka bayar kepada bank.  Harus diingat, kad kredit ialah kemudahan pembayaran pendahuluan iaitu beli dahulu dan bayar kemudian, bukan untuk bermegah dan boros.  Bank Negara memberi amaran bahawa sudah wujud semacam pergantungan generasi muda terhadap kad kredit dalam melayan kehendak diri yang tiada berkesudahan.  Kad kredit seakan-akan menjadi lesen untuk tunduk kepada nafsu kebendaan sehinggakan konsep pengguna rasional ditolak ke tepi.

                Kempen dan perang harga yang dilancarkan oleh syarikat pengeluar dan pasar raya ada ketikanya membangkitkan keghairahan pemegang kad kredit untuk berbelanja.  Selain memaparkan iklan di akhbar dan televisyen, kini sudah banyak syarikat mengedar risalah 'potongan harga' dan 'harga runtuh' dari rumah ke rumah.  Statistik tahun 2005 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM45.2 ribu juta menerusi kad kredit, iaitu meningkat 13.9 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

                Kelonggaran syarat pemilikan kad kredit meningkatkan jumlah pemegang "wang plastik" itu, khususnya pengguna muda.  Kegagalan melangsaikan hutang kad kredit tentunya membebankan institusi kewangan yang berkenaan, contohnya kos perhubungan dan guaman.  Dalam hal ini, kedua-dua pihak kerugian iaitu pengguna mungkin diisytihar muflis dan institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang mereka.  Kecenderungan berhutang yang keterlaluan dan kes mahkamah yang membabitkan pemegang kad kredit boleh menjejaskan imej negara yang cuba bersaing sebagai pusat kewangan serantau.

                Salah satu ciri masyarakat maju ialah kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan terhadap baik buruk sesuatu perkara.  Pemegang kad kredit tidak terkecuali dalam hal ini.  Kad kredit seharusnya kekal sebagai kemudahan untuk berbelanja, bukan mencetuskan masalah-masalah lain.
(Diubahsuaikan daripada Kad Kredit Bukan Sumber Berbelanja Besar oleh
Zainuddin Ayip, Berita Harian, 15 April, 2006)


Kaedah menulis rumusan telah dihuraikan dalam "posting" terdahulu. Sila buat semakan akan segala prinsip yang telah disarankan. Di bawah ini ditunjukkan rangka kasar isi jawapan. P mewakili pendahuluan, S = Isi Tersurat; T = isi Tersurat; K = Kesimpulan. Jawapan penuh hendaklah dibuat dalam format karangan biasa (dicadangkan empat perenggan). Selamat mencuba...

P

Petikan tentang isu / kemudahan berbelanja dengan  kad  kredit
2

S


1
(Orang ramai menghadapi) beban hutang (yang boleh menjurus ke arah muflis)
2
2
Banyak yang perlu dibayar kepada bank
2
3
Pergantungan generasi muda (terhadap kad kredit)
2
4
Konsep pengguna rasional ditolak ke tepi / tunduk kepada nafsu kebendaan
2
5
Membebankan institusi kewangan / beban kos perhubungan dan guaman
2
6
Pengguna mungkin diisytihar muflis
2
7
Institusi kewangan terpaksa melupuskan hutang
2
8
Menjejaskan imej negara
2

T


1
Pendidikan pengguna (formal) / kempen                                       )
2
2
Peranan persatuan pengguna                                                          )
2
3
Amalan kesederhanaan / pengguna berpengetahuan                     )    contoh / huraian diterima
2
4
Kelayakan pemegang kad diperketat / kawalan kelulusan kad     )     (ikut payung generalisasi)
2
5
Etika perniagaan / pengiklanan                                                     )
2



K
Masyarakat pengguna yang matang perlu diwujudkan supaya penggunaan  kad kredit hanya menjurus kepada kesejahteraan hidup mereka.
2

Nota:   jumlah perkataan setakat 120 patah sahaja
        :   maksimum S = 12 markah; maksimum T = 12 markah; maksimum S + T = 16 markah

3 comments:

fix girl :) said...

cikgu azhar bkn tak boleh lebih dripada 120 pt bkn??tu dah lebih!!

cikgu azhar said...

Lebih beberapa patah perkataan bagi melengkapkan ayat boleh diberi kelonggaran. Kalau ayat kesimpulan, jika perkataan supaya / agar masih termasuk dalam 120, maka perkataan yang selebihnya berkemungkinan diambil kira juga.

Namun, lebih baik potong sahaja perkataan / frasa yang tidak menjejaskan ayat dalam isi sebelumnya. Isi tersurat misalannya tidak perlu huraian sama ada frasa penerangan atau contoh...

Venom said...

X blh tapi make sure 120 maksimum