SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, February 22, 2010

SUKAN TARA SMI 2010 BERMULA (PRESPORT EVENTS GET START)

Kesihatan fizikal membantu proses pencerdasan akal. Begitulah maksim yang biasa kita dengar tentang pentingnya aktiviti  kecergasan dan senaman. Walaupun dalam banyak keadaan, kita lebih cenderung memanjakan tubuh badan kerana kononnya enggan melakukan "deraan", sikap itu tidak dapat dipertahankan. Rembesan peluh selalu dikaitkan dengan pembebasan toksin yang boleh menjadi ancaman jangka panjang terhadap kesihatan jika dibiarkan sahaja.

Berbanding dengan taksonomi Bloom yang memperingkatkan proses pembelajaran kepada 6 tahap: tahu, faham, guna, analisis, sintesis, nilai, pendekatan somatik menjurus kepada aspek fizikal yang menyokong pembelajaran seperti reka bentuk bangunan sekolah, ruang pergerakan, pengudaraan dan pencahayaan.Kegiatan sukan termasuk dalam memenuhi keperluan somatik (soma = badan). Kejohanan sukan ialah salah satu daripada 4 program wajib sekolah.
SMK St Michael, Ipoh (SMI) bakal menganjurkan kejohanan sukan tahunan edisi ke-82 pada 1 April 2010 nanti. Bagaimanapun, temasya separuh hari itu hanya membabitkan beberapa acara akhir, sedangkan banyak acara akhir yang lain dan semua saringan, serta sukan tara dilaksanakan seawal bulan Februari. Pasukan rumah sukan merancang jadual latihan bagi memungut seberapa banyak mata dalam sukan tara, dan memilih peserta yang berpotensi meraih pingat dalam acara akhir.
Acara pecut 100 meter mampu disertai oleh kebanyakan pelajar. Mereka hanya perlu melepasi masa kelayakan yang ditetapkan oleh sekretariat sukan sekolah untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Tidak perlu taktik "kotor" atau sabotaj untuk menang justeru semua pelari datang daripada rumah sukan yang sama. Misalnya, sukan tara pembukaan 2010 dikhaskan untuk La Salle.
Acara lompat jauh yang disertai para amatur memang melucukan. Banyak aksi spontan yang boleh menyebabkan penonton ketawa "pecah perut". Macam-macam gaya berlepas, melompat dan mendarat. Namun, keberanian mencuba patut diberi pujian!

Bersukan dan bertugas di bawah pancaran terik matahari memercikkan peluh dan mengeringkan tekak. Usai penyertaan dan tugas, semua bergegas ke arah lokasi redup, terutama kawasan pavilion dan tebaran bayang-bayang. Apa-apa sekalipun, keselamatan tetap menjadi keutamaan di SMI...


bersambung...

2 comments:

William Yaw said...

i love sport season at SMI where I could get my self involved in a lot of events.

Anonymous said...

endless love in sport; just like life-long learning...