PB terus menuju ke kereta untuk bergerak. Tiba-tiba kelibat kanak-kanak itu kelihatan menuju ke satu arah. Nampak seperti dia sedang mengekori seorang wanita lingkungan 30-an yang menggendong seorang bayi untuk dimasukkan dalam kereta. Mungkin ibunya, getus PB.
Sunday, April 11, 2010
KEBETULAN YANG MENYELAMATKAN (THE NEGLIGENCE OF PARENT)
Ipoh, Ahad: 11 April 2010 / 26 Rabiul Akhir 1431
PB terus menuju ke kereta untuk bergerak. Tiba-tiba kelibat kanak-kanak itu kelihatan menuju ke satu arah. Nampak seperti dia sedang mengekori seorang wanita lingkungan 30-an yang menggendong seorang bayi untuk dimasukkan dalam kereta. Mungkin ibunya, getus PB.
Seorang kanak-kanak berusia sekitar tiga tahun sedang cuba menolak daun pintu kedai serbaneka Esso di Jalan Raja Musa Mahadi. Penulis blog (PB) yang kebetulan berurusan di situ menyangka budak itu anak kepada kakikatangan kedai. Tiada orang dewasa yang menemaninya.
PB terus menuju ke kereta untuk bergerak. Tiba-tiba kelibat kanak-kanak itu kelihatan menuju ke satu arah. Nampak seperti dia sedang mengekori seorang wanita lingkungan 30-an yang menggendong seorang bayi untuk dimasukkan dalam kereta. Mungkin ibunya, getus PB.
Kanak-kanak itu berjalan lurus sambil menundukkan kepala. Lagaknya seperti berfikir sesuatu. PB tidak jadi bergerak untuk mengawasi sebarang kemungkinan.
Gerak hati PB tepat. Ketika kanak-kanak itu mara, tiba-tiba sebuah kereta Kia Spectra mengundur ke arah kanak-kanak itu. Pemandunya pasti tidak perasan akan kehadiran budak kerana paras ketinggiannya tidak melepasi spoiler kereta.
Lagi pun, kedudukan budak di tengah-tengah tidak dapat dilihat menerusi cermin sisi. Mungkin juga amaran undur (reverse sensor) Spectra itu tidak dipasang, atau sudah tidak berfungsi. Wanita yang menggendong bayi tadi langsung tidak menoleh.
Tanpa berfikir panjang, PB terus menekan hon secara berterusan dan menunjukkan isyarat kecemasan kepada pemandu Spectra. Nasib baik si pemandu Spectra mendengar hon dan melihat isyarat PB. Bayangkan jika dia terus sahaja melayan muzik gemersik CD dalam kereta!
Pemandu Spectra menekan brek serta-merta dalam jarak satu meter sahaja dengan kanak-kanak tadi. PB melafazkan kesyukuran justeru nyawa kanak-kanak itu masih panjang. Si ibu yang panik terus mengambil kanak-kanak itu, terus masuk dalam kereta. Dia kelihatan tergesa-gesa dan seperti tidak keruan. Barangkali juga dia berasa sesal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment