SELAMAT BERSEDIA: UPSR, PMR, SPM, STPM, DOA BUAT KALIAN MOGA CEMERLANG!!!

Mulakan dengan basmalah dan doa, bertenang dan fokus kepada tugasan soalan...

BERITA SMK ST MICHAEL, IPOH DAN ISU SEMASA

Sila klik pautan di bawah:
cikguazhar2.blogspot.com

Followers

Search This Blog

Monday, October 11, 2010

KILAS TANGKIS TURUN DUA KALI SEMINGGU (SMI'S TEACHERS TRAINING HARDER)

Ipoh, Isnin: 11.10.10 / 3 Zulkaedah 1431

Usai musim puasa dan hari raya, Kelab Kilas Tangkis yang menaungi pemain badminton dalam kalangan guru SMK St Michael, Ipoh (SMI) dan anggota bersekutu daripada sekolah-sekolah sekitar bandaraya Ipoh kembali mencari rentak. Kalau dahulu Kilas Tangkis hanya turun pada setiap petang Jumaat, kini sudah ditambah dengan setiap hari Isnin. Bagi memberi keselesaan kepada pemain, waktu yang dipilih ialah dari pukul 5.00 hingga 7.30 petang.

Kadar sewaan gelanggang pada hari Isnin ialah RM15 sahaja. Memandangkan masuknya waktu Maghrib sekitar pukul 7.06 petang, maka permainan ditamatkan kira-kira pukul 6.45 petang. Kebanyakan gelanggang lain juga telah dikosongkan menjelang waktu berkenaan justeru keadaan di luar dewan sudah gelap.

Pada tahun ini nampak gayanya kurang perlawanan persahabatan dengan kelab atau kumpulan pemain badminton yang lain. Bukan tiada pelawaan atau perbincangan. Barangkali waktu yang sesuai belum dapat diatur.
Jagoan Kilas Tangkis gred A seperti Azmi Zuki, Chin, Haji Ahmad Syakir, dan Prakash Rao masih sukar ditandingi oleh teman pelatih yang lain. Walaupun Ibrahim Ahmad, Khir, Sharuzzaman, Abdul Aziz, Saifol Bahri, Omar dan lain-lain memberi saingan, keempat-empat orang "tagan" tadi masih berada dalam kelas yang tersendiri. Gabungan kepantasan dan taktikal menjadi senjata utama yang sukar untuk dijawab oleh teman sepelatih.

Kilas Tangkis mempelawa mana-mana pasukan badminton amatur mengaturkan perlawanan persahabatan dengan mereka. Masa dan tempat boleh dirundingkan. Kos sewaan gelanggang dan majlis ramah mesra boleh dikongsi atas budi bicara kedua-dua pasukan...

No comments: